Tertakluk kepada Perlembagaan Perseketuan dan Perlembagaan ini, Badan Perundangan boleh dengan undang-undang memberi kepada Dato’ Penghulu Naning lain-lain tugas berhubung dengan Adat Perpateh Naning. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA
Sesungguhnya jua, perlembagaan persekutuan Malaysia menurut jadual kelapan fasal ke-19 menetapkan:
Sebarang Pindaan Perlembagaan Negeri
Fasal 19. (2) Peruntuka
n yang menyentuh pewarisan takhta dan kedudukan Pembesar-Pembesar Memerintah dan pembesar-pembesar adat Melayu yang seumpamanya tidak boleh dipinda oleh Badan Perundangan Negeri. (3) Mana-mana peruntukan lain boleh, tetakluk kepada peruntukan yang berikut dalam seksyen ini, dipinda melalui suatu Enakmen Badan Perundangan Negeri tetapi tidak boleh dipinda dengan apa-apa cara yang lain. PERUNTUKAN TANAH ADAT OLEH PERLEMBAGAAN
Perkara 90. Peruntukan khas yang berhubungan dengan tanah adat di Negeri Sembilan dan Melaka, dan tanah pegangan Melayu di Terengganu. (1) Tiada apa-apa jua dalam Perlembagaan ini boleh menyentuh kesahan apa-apa sekatan yang dikenakan oleh undang-undang ke atas pemindahan hakmilik atau pemajakan tanah adat di Negeri Sembilan atau Negeri Melaka, atau pemindahan hakmilik atau pemajakan apaapa kepentingan mengenai tanah itu. (1A) Bagi maksud Fasal (1)—
(a) “pemindahan hakmilik” termasuklah apa-apa penggadaian, perpindahan atau peletakhakan, atau pewujudan apa-apa lien atau amanah, atau pemasukan apa-apa kaveat, atau apa-apa bentuk urusan atau pelupusan lain daripada apa-apa jua perihalan atau jenis; dan
(b) “pemajakan” termasuklah apa-apa penyewaan dalam apa-apa jua bentuk atau jangka masa. (2) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, undang-undang yang sedia ada di Negeri Terengganu mengenai tanah pegangan Melayu hendaklah terus berkuat kuasa sehingga diperuntukkan selainnya oleh suatu Enakmen Badan Perundangan Negeri itu yang diluluskan dan dipersetujui sebagaimana yang diperihalkan dalam Fasal (1) Perkara 89. (3) Apa-apa Enakmen Badan Perundangan Negeri Terengganu yang sedemikian boleh membuat peruntukan bagi tanah simpanan Melayu yang bersamaan dengan undang-undang yang sedia ada yang berkuat kuasa di mana-mana Negeri lain yang ber-Raja; dan dalam keadaan sedemikian Perkara 89 tersebut hendaklah berkuat kuasa berhubung dengan Terengganu tertakluk kepada ubah suaian yang berikut, iaitu:
(a) dalam Fasal (1), sebutan mengenai tanah yang merupakan tanah simpanan Melayu sebaik sebelum Hari Merdeka mengikut undang-undang yang sedia ada hendaklah digantikan dengan sebutan mengenai tanah yang sebaik sebelum lulusnya Enakmen tersebut itu merupakan tanah pegangan Melayu; dan
(b) tertakluk seperti yang disebut terdahulu, apa-apa sebutan mengenai undangundang yang sedia ada hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Enakmen tersebut.