Jawatankuasa Penggerak Masjid

Directions Website

Jawatankuasa Penggerak Masjid Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jawatankuasa Penggerak Masjid, Nonprofit Organization, Masjid Al-Hikmah, UiTM Alor Gajah, Alor Gajah.

PENCARIAN EXCO JAWATANKUASA PENGGERAK MASJID (JPM) SESI SEPTEMBER 2026 -FEBRUARI 2027﷽السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ا...
02/10/2026

PENCARIAN EXCO JAWATANKUASA PENGGERAK MASJID (JPM) SESI SEPTEMBER 2026 -FEBRUARI 2027

﷽
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Merujuk kepada perkara di atas, Jawatankuasa Penggerak Masjid (JPM) merupakan salah satu kelab berteraskan kerohanian di UiTM Melaka yang sentiasa aktif dalam melahirkan mahasiswa dan mahasiswi berjiwa Islamik, berilmu serta berakhlak mulia.

Kami dengan sukacitanya mengumumkan pembukaan Pencarian Exco JPM bagi Sesi September 2026 -Februari 2027. Terbuka kepada semua Mahasiswa Diploma dan Degree Semester 1,2 & 3!🌟

Inilah peluang buat anda untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar JPM , sebuah organisasi yang bukan sahaja memupuk nilai kepimpinan, bahkan mendidik jiwa agar sentiasa dekat dengan Allah SWT.

📌 Link Pendaftaran:
https://forms.gle/MnXfyu1BUDAAewo59

✨ Antara kelebihan menyertai JPM:
⚫ Berpeluang mengenali sahabat-sahabat yang saling mengingatkan ke arah kebaikan
🟡 Mendapat pengalaman berorganisasi, mengurus masa dan melibatkan diri dalam pelbagai program
⚫ Melatih kemahiran insaniah serta potensi diri dalam pelbagai bidang
🟡 Membina jaringan kenalan sesama mahasiswa dan persatuan
⚫ Memperbaiki diri melalui aktiviti kerohanian dan dakwah yang dijalankan
🟡 Menyampaikan dakwah dengan pelbagai pendekatan kreatif dan berkesan

💫 Jom sertai kami dan jadilah agen perubahan ke arah kebaikan!
Bersama kita semarakkan roh Islam di bumi UiTM Alor Gajah. 🌿

☎ Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
👳🏻‍♂️ Haikal:+60199570143
🧕🏻 Hikmah:+6014345 5468


🕊️ SALAM TAKZIAH & AL-FATIHAH 🕊️Dukacita dimaklumkan bahawa Tun Dr Siti Hasmah, Bekas Wanita Pertama Malaysia, telah kem...
28/09/2026

🕊️ SALAM TAKZIAH & AL-FATIHAH 🕊️

Dukacita dimaklumkan bahawa Tun Dr Siti Hasmah, Bekas Wanita Pertama Malaysia, telah kembali ke rahmatullah.

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan bacaan Surah Al-Fatihah dan mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Semoga seluruh keluarga Allahyarhamah diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini.

Salam takziah dari kami Unit Jawatankuasa Penggerak Masjid (JPM) UiTM Kampus Alor Gajah Cawangan Melaka🙏🏻.

28/09/2026
📚✨ SELAMAT MENJALANI SEMESTER BAHARU! ✨📚Assalamualaikum w.b.t. 🌙Selamat kembali ke kampus dan selamat memulakan Sesi Sep...
28/09/2026

📚✨ SELAMAT MENJALANI SEMESTER BAHARU! ✨📚

Assalamualaikum w.b.t. 🌙
Selamat kembali ke kampus dan selamat memulakan Sesi September 2026 – Februari 2027 buat seluruh warga UiTM Cawangan Melaka! 💜💛
Semoga semester baharu ini menjadi langkah untuk kita terus menuntut ilmu, memperbaiki diri dan mencipta kejayaan. Jangan lupa, setiap ilmu yang dipelajari adalah satu bentuk ibadah dan amanah. 🤍

“Menuntut ilmu adalah kewajipan bagi setiap orang Islam.”
(HR. Ibnu Majah)

🌟 Semester baharu, semangat baharu, azam baharu!
Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan buat semua mahasiswa.


SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾Pihak Jawatankuasa Penggerak Masjid (JPM) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Mala...
15/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾
Pihak Jawatankuasa Penggerak Masjid (JPM) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia yang Ke- 63 kepada seluruh warga UiTM.

Marilah kita bersama-sama mengenang detik bersejarah pembentukan Malaysia serta mensyukuri nikmat keamanan dan keharmonian yang dikecapi sehingga ke hari ini.

Dalam kepelbagaian bangsa, budaya dan agama, marilah kita terus memupuk semangat perpaduan, saling menghormati dan memperkukuh rasa cinta terhadap tanah air tercinta.

Semoga semangat Hari Malaysia terus menyatukan kita sebagai satu keluarga Malaysia, demi membina negara yang lebih aman, sejahtera dan harmoni. ❤️🇲🇾

Ayuh kita raikan kepelbagaian, eratkan perpaduan dan terus bersama membina Malaysia! ✨🇲🇾



09/09/2026

Address

Masjid Al-Hikmah, UiTM Alor Gajah
Alor Gajah

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jawatankuasa Penggerak Masjid posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share