Kampung Panchor Durian Tunggal

Directions Contact the organization

Kampung Panchor Durian Tunggal Selamat datang Ke Kampung Panchor

🎣 13 SEPTEMBER 2026 | 8.00 PAGI – SELESAI 🎣Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba! 😍Seawal jam 8.00 pagi, suasana di Kg...
13/09/2026

🎣 13 SEPTEMBER 2026 | 8.00 PAGI – SELESAI 🎣

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba! 😍

Seawal jam 8.00 pagi, suasana di Kg. Panchor, Durian Tunggal, Melaka mula meriah dengan kehadiran para peserta untuk Aktiviti Memancing Kg. Panchor. Masing-masing dah ready dengan joran dan strategi sendiri. Ada yang datang nak menang, ada yang datang nak cuba nasib… yang penting jangan balik dengan tangan kosong! 😂🎣

Program dimulakan dengan sesi pendaftaran, taklimat ringkas dan diikuti dengan aktiviti memancing. Bila tiba masa menimbang ikan, mula lah debaran nak tengok siapa yang berjaya dapat tangkapan terbanyak 🐟🔥

Seterusnya, berlangsung p**a sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang yang berjaya. Tahniah kepada semua pemenang dan syabas juga kepada semua peserta yang turut memeriahkan pertandingan! 👏🏆

Tak lengkap kalau tak ada cabutan bertuah — mana tahu rezeki datang bukan melalui ikan, tapi melalui nombor bertuah! 😆🎁

Akhirnya, selesai sudah perjalanan program untuk hari ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua peserta, urusetia, sukarelawan dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan aktiviti ini.

Penat, panas, gelak tawa dan segala usaha sepanjang persiapan akhirnya terbayar dengan kemeriahan hari kejadian. ❤️

Sampai jumpa lagi di program yang akan datang! Terima kasih kepada semua peserta, Pemuda dan JPKK Kg. Panchor, kita jumpa lagi! 🎣🤝

📅 11 September 2026 | Malam 🎣Petang tadi sibuk dengan empang, malam ni sambung p**a dengan persiapan tali joran untuk Ak...
13/09/2026

📅 11 September 2026 | Malam 🎣

Petang tadi sibuk dengan empang, malam ni sambung p**a dengan persiapan tali joran untuk Aktiviti Memancing Kg. Panchor, Durian Tunggal, Melaka.

Satu-satu kita siapkan. Tali joran dipasang, diperiksa dan disusun supaya semuanya ready untuk hari program nanti. 💪

Nampak macam kerja kecil, tapi kalau banyak joran… boleh tahan juga kerjanya. 😆
Yang penting, buat sama-sama. Bila persiapan makin lengkap, makin tak sabar nak tengok siapa yang akan dapat ikan paling banyak nanti! 🐟🔥

📅 11 September 2026 | PetangMakin dekat, makin rancak persiapan! 🎣🔥Petang ni kami sambung lagi kerja untuk Aktiviti Mema...
13/09/2026

📅 11 September 2026 | Petang

Makin dekat, makin rancak persiapan! 🎣🔥

Petang ni kami sambung lagi kerja untuk Aktiviti Memancing Kg. Panchor, Durian Tunggal, Melaka — kali ni fokus kepada pemasangan empang.

Dari kerja membersihkan kawasan, angkut pasir, sampai pasang empang, semuanya dibuat sama-sama. Penat memang penat, tapi bila tengok kawasan makin siap, rasa puas hati pun lain macam. 💪😁

Terima kasih kepada semua yang terus luangkan masa dan tenaga. Sikit-sikit, lama-lama siap. Yang penting semangat dan kerjasama! 🤝

Dah nampak rupa empang… tinggal tunggu masa untuk joran beraksi! 🎣😆

📅 10 September 2026 | MalamMalam ni sambung lagi persiapan untuk Aktiviti Memancing Kg. Panchor, Durian Tunggal, Melaka ...
13/09/2026

📅 10 September 2026 | Malam

Malam ni sambung lagi persiapan untuk Aktiviti Memancing Kg. Panchor, Durian Tunggal, Melaka 🎣

Kali ni giliran pasang khemah. Walaupun buat waktu malam, tetap semangat turun padang sama-sama siapkan apa yang patut. 💪

Terima kasih kepada semua yang luangkan masa dan tenaga untuk bantu. Bila buat ramai-ramai, kerja yang berat pun jadi ringan. 🤝

Sikit-sikit kita siapkan, insya-Allah program berjalan lancar. ❤️

📅 10 September 2026 | PetangPersiapan untuk Aktiviti Memancing Kg. Panchor, Durian Tunggal, Melaka diteruskan lagi. 🎣Pet...
13/09/2026

📅 10 September 2026 | Petang

Persiapan untuk Aktiviti Memancing Kg. Panchor, Durian Tunggal, Melaka diteruskan lagi. 🎣

Petang ni kami buat kerja-kerja pembersihan kawasan parit dengan menggunakan alat berat bagi memudahkan proses pembersihan Dalam masa yang sama, pasir dimasukkan ke dalam guni untuk digunakan bagi persiapan empang.

Kerja macam ni memang perlukan tenaga dan kerjasama ramai. Terima kasih kepada semua yang turun padang dan sama-sama membantu. 💪🤝

Pelan-pelan kita siapkan, yang penting semua buat sama-sama. ❤️

📅 22 Ogos 2026 | PetangSambil-sambil buat persiapan untuk Aktiviti Memancing Kg. Panchor, Durian Tunggal, Melaka, petang...
13/09/2026

📅 22 Ogos 2026 | Petang

Sambil-sambil buat persiapan untuk Aktiviti Memancing Kg. Panchor, Durian Tunggal, Melaka, petang ni urusetia Pemuda turun padang ambil buluh yang akan digunakan untuk persiapan program. 🎣🎋

Terima kasih kepada semua yang sama-sama turun membantu. Sedikit demi sedikit, persiapan kita buat sampai selesai. 💪







🎣

27/2/2026 JUMAAT 1.00 PETANGAlhamdulillah, penuh keberkatan dan kemuliaan hari Jumaat 🤲Hari ini, Mohd Ali Rustam, Tuan Y...
27/02/2026

27/2/2026 JUMAAT 1.00 PETANG

Alhamdulillah, penuh keberkatan dan kemuliaan hari Jumaat 🤲

Hari ini, Mohd Ali Rustam, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka Istana Melaka telah menunaikan Solat Jumaat bersama anak kariah di Masjid Ar-Rahmah Kampung Panchor.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah YB Datuk Zahari bin Ab Kalil Zahari Abd Kalil, menunjukkan semangat kebersamaan antara kepimpinan negeri dan wakil rakyat setempat.

Seusai solat, TYT telah menyampaikan sumbangan kepada 10 orang warga emas serta 5 pegawai syarak sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan atas jasa mereka kepada masyarakat dan agama.

Semoga majlis yang penuh makna ini mengeratkan lagi silaturahim serta membawa keberkatan buat seluruh warga Kampung Panchor.




29/12/2025 ISNIN 9.00 MALAM Suasana malam di Kampung Panchor menjadi lebih meriah apabila anak-anak muda berkumpul denga...
29/12/2025

29/12/2025 ISNIN 9.00 MALAM

Suasana malam di Kampung Panchor menjadi lebih meriah apabila anak-anak muda berkumpul dengan penuh semangat bermain sepak takraw, gelak tawa dan sorakan mengisi ruang, bukan sahaja mengeratkan silaturahim sesama mereka malah menghidupkan kembali budaya sukan tradisional serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.

25/12/2025 KHAMIS 9.00 MALAM “Mesyuarat Masjid Ar-Rahmah Kampung Panchor diadakan bagi memastikan pengurusan masjid teru...
25/12/2025

25/12/2025 KHAMIS 9.00 MALAM

“Mesyuarat Masjid Ar-Rahmah Kampung Panchor diadakan bagi memastikan pengurusan masjid terus teratur dan berkesan, memperkukuh perancangan serta pelaksanaan pelbagai program keagamaan dan kemasyarakatan, di samping mengukuhkan peranan masjid sebagai pusat ibadah, penyatuan kariah dan pembangunan ummah secara berterusan.”

23/12/2025 SELASA 9.00 MALAM Mesyuarat Pemuda Kampung Panchor telah diadakan dengan tujuan untuk membincangkan pelbagai ...
23/12/2025

23/12/2025 SELASA 9.00 MALAM

Mesyuarat Pemuda Kampung Panchor telah diadakan dengan tujuan untuk membincangkan pelbagai perkara berkaitan pembangunan belia, perancangan aktiviti kemasyarakatan, pengukuhan perpaduan dalam kalangan pemuda, serta usaha meningkatkan penglibatan golongan muda dalam program sukarelawan dan pembangunan kampung, di samping bertukar-tukar pandangan dan cadangan bagi memastikan setiap perancangan yang dirangka dapat dilaksanakan dengan berkesan demi kemajuan dan kesejahteraan Kampung Panchor secara keseluruhan.

Address

Batu 14 Kampung Panchor
Alor Gajah
76100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kampung Panchor Durian Tunggal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kampung Panchor Durian Tunggal:

Shortcuts

Share