MBFM Felda Mengkawang

MBFM Felda Mengkawang BELIA PEMACU TRANFORMASI NEGARA UNTUK RAKAN-RAKAN

🦷✨ JOM MERIAHKAN PROGRAM KOMUNITI KAMPUNG ANGKAT PERGIGIAN FELDA MENGKAWANG! ✨🦷Senyuman sihat, komuniti ceria! 😁Ayuh war...
14/06/2026

🦷✨ JOM MERIAHKAN PROGRAM KOMUNITI KAMPUNG ANGKAT PERGIGIAN FELDA MENGKAWANG! ✨🦷

Senyuman sihat, komuniti ceria! 😁

Ayuh warga Felda Mengkawang dan kawasan sekitar, luangkan masa bersama keluarga untuk menyertai Program Komuniti Kampung Angkat Pergigian Felda Mengkawang yang penuh dengan aktiviti menarik dan bermanfaat!

πŸ“… 19 & 20 Jun 2026
⏰ 8.30 pagi – 4.00 petang
πŸ“ Kompleks Komuniti FELDA Mengkawang

πŸŽ‰ Antara aktiviti yang menanti anda:
βœ… Pemeriksaan & Rawatan Pergigian
βœ… Pameran Kesihatan Pergigian
βœ… Ceramah Kesihatan Pergigian
βœ… Lawatan Rumah ke Rumah
βœ… Senaman Aerobik
βœ… Permainan & Kuiz Pergigian
🎁 Cabutan Bertuah Menanti Anda!

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pemeriksaan & rawatan pergigian secara PERCUMA serta menyertai pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk seisi keluarga! Jumpa anda di sana πŸ‘‹




Majlis Hari Raya Persatuan Belia (MBFM) & KAF Felda Mengkawang 202616 April 2026, KhamisBertempat di Dewan Sivik Felda M...
20/04/2026

Majlis Hari Raya Persatuan Belia (MBFM) & KAF Felda Mengkawang 2026

16 April 2026, Khamis
Bertempat di Dewan Sivik Felda Mengkawang

Sambutan Hari Raya Persatuan Belia (MBFM) & KAF Felda Mengkawang 2026 berlangsung meriah dengan pelbagai hidangan makanan dan minuman untuk semua tetamu yang hadir Program ini berjaya mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat kebersamaan dalam komuniti. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

17/04/2026

Anjuran MBFM dan KAF FELDA Mengkawang memang sangat Meriah, tapi yang tak meriahnye x jemput Min, Min rase nk terjun jambatan dah ni

27 Mac 2026 Jumaat 9 pagiTanah Perkuburan Felda MengkawangAlhamdulillah, satu Majlis Bacaan Yassin Dan Tahlil telah sela...
30/03/2026

27 Mac 2026
Jumaat
9 pagi
Tanah Perkuburan Felda Mengkawang

Alhamdulillah, satu Majlis Bacaan Yassin Dan Tahlil telah selamat berlangsung dengan lancar.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua waris dan Komuniti Felda Mengkawang yang telah hadir dan juga yang telah menyumbang makanan dan minuman.

Program Ziarah Kasih Ramadan 2026 Bersama Persatuan Belia (MBFM) Felda Mengkawang10 Mac 2026 (Selasa)5.00 Petang Alhamdu...
11/03/2026

Program Ziarah Kasih Ramadan 2026 Bersama Persatuan Belia (MBFM) Felda Mengkawang

10 Mac 2026 (Selasa)
5.00 Petang

Alhamdulillah, berkat bulan Ramadan dapat merealisasikan Program Ziarah Kasih bersama belia-beliawanis untuk asnaf-asnaf dan golongan kurang berkemampuan di Felda Mengkawang. Terima kasih yang tidak terhingga buat YM Tok Jai atas sumbangan untuk semua.

Program jugak telah disertai Pengurus Rancangan, Pengerusi KAF beserta AJK. Terima kasih buat semua AJK Belia yang telah hadir dan telah memberikan kerjasama yang baik.

Biarlah setiap sapaan menjadi doa, dan setiap bantuan menjadi saksi kasih sayang sesama insan.

06/03/2026

Assalamualaikum wbt.,

Pergi ke taman memetik melati,
Harum baunya di waktu petang,
Salam Ramadan penuh diberkati,
Majlis berbuka dan tadarus kita raikan bersama dengan tenang.

Anak nelayan menangkap ikan,
Singgah sebentar di tepi muara,
Dijemput semua hadirin budiman,
Hadir memeriahkan majlis berbuka dan tadarus Al-Quran kita.

Masjid Felda Mengkawang
MBFM Felda Mengkawang

Gotong Royong Kawasan Perkuburan Felda Mengkawang 13 Feb 2026Jumaat 9.00 pagiAlhamdulillah atas kehadiran semua warga Fe...
13/02/2026

Gotong Royong Kawasan Perkuburan Felda Mengkawang

13 Feb 2026
Jumaat
9.00 pagi

Alhamdulillah atas kehadiran semua warga Felda Mengkawang ke program tahunan pihak MBFM Felda Mengkawang setiap kali menjelang bulan Ramadan. Kerjasama yang sangat baik daripada semua.

Skuad Maya juga turun padang untuk perkhidmatan kesihatan, memeriksa tekanan darah dan juga gula dalam darah.

Terima kasih buat semua yang sudi menyediakan makan dan minum. Penderma2 yang budiman.

Anda semua terbaik!

Tahniah buat  adik2 kita dari SK Felda Mengkawang kerana berjaya bergelar Naib Johan Ragbi Kategori Cup di Kejohanan Rag...
04/02/2026

Tahniah buat adik2 kita dari SK Felda Mengkawang kerana berjaya bergelar Naib Johan Ragbi Kategori Cup di Kejohanan Ragbi Peringkat Daerah Hulu Terengganu yang telah berlangsung di SK Sri Berang.

Tahun ni naib Johan, Next Year Insyaallah kita bergelar Juara!

NELANG-NELANG BELAKA!

🎳 BOWLING BERSAMA DG 🎳24 Januari 2026 (Sabtu)8.00 - 10.30 malamDi Pusat Sukan Wakaf Tapai, MarangAlhamdulillah, Persatua...
25/01/2026

🎳 BOWLING BERSAMA DG 🎳

24 Januari 2026 (Sabtu)
8.00 - 10.30 malam
Di Pusat Sukan Wakaf Tapai, Marang

Alhamdulillah, Persatuan Belia (MBFM) Felda Mengkawang telah berjaya menganjurkan satu aktiviti "Bowling Bersama DG" yang melibatkan Belia Beliawanis dan sebahagian kakitangan Pejabat Felda Mengkawang.

Aktiviti tidak mampu kami realisasikan tanpa sokongan dan bantuan dari semua. Terima kasih tidak terhingga buat Dato' Rozi Mamat atas sumbangan kewangan untuk melancarkan lagi aktiviti semalam. Tidak dilupakan sumbangan hamper dan kewangan dari badan-badan dan juga individu-individu yang dermawan, terima kasih juga tidak terhingga buat semua.

Puan Nini (SDA Felda Mengkawang)
JKKR Felda Mengkawang
Koperasi Felda Mengkawang
Kakja Arfariza Ramli
Kakna Adinah Adinah Adnan
Saudara Matt Piya
Pok Mahari
Cikgu Yusri
Nazri dan Ana Zairo Ziana Zairo Ziana
Kedai Runcit Korie
Mekno Senrose Cikk Noor

Dan sekalung tahniah dan penghargaan buat semua belia beliawanis atas kerjasama yang telah ditunjukkan. Terbaik!

Address

FELDA MENGKAWANG
Ajil
21800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MBFM Felda Mengkawang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share