Koperasi Jaya Murni Wanita Berhad

Koperasi Jaya Murni Wanita Berhad Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Koperasi Jaya Murni Wanita Berhad, Community Organization, Thongwa.

Idea penubuhan koperasi ini dibuat oleh Allahyarhamah Tan Sri Datuk Seri (Dr) Hjh Aishah Ghani hasil daripada perbincangan dengan Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bagi menggantikan Yayasan Dermajaya Wanita (Dermawani). Allahyarham Tun Haji Abdul Razak telah memberi pandangan bahawa penubuhan sebuah koperasi untuk wanita adalah lebih sesuai lagi kerana anggotanya akan memperolehi ruang yang lebih

luas untuk menyertai apa-apa jua kegiatan yang dianjurkan oleh koperasi. Pandangan yang diberi oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak telah dikemukakan oleh Allahyarhamah Tan Sri Datuk Seri (Dr) Hjh Aishah Ghani dalam Jawatankuasa Pusat Pergerakan Wanita UMNO Malaysia. Akhirnya mesyuarat bersetuju untuk membatalkan penubuhan Yayasan Dermajaya Wanita ( Dermawani) dan sebagai ganti ditubuhkan KOPERASI DERMAJAYA WANITA BERHAD dan telah didaftarkan pada 13 Jun 1975. Untuk mengelakkan kekeliruan yang timbul diantara Yayasan Dermajaya Wanita dan Koperasi Dermajaya Wanita Berhad ,Anggota Lembaga telah membuat keputusan untuk menukar nama Koperasi Dermajaya Wanita Berhad kepada Koperasi Jaya Murni Wanita Berhad pada 30 Mei 1998 dan nama itu kekal hingga sekarang.

Address

Thongwa

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koperasi Jaya Murni Wanita Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share