Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia - PERTAMA

Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia - PERTAMA Mengarusperdanakan peranan tarekat dan tasawuf dalam pembangunan negara dan ummah.

Membina satu pergerakan yang berasaskan ilmu dan amalan Islam mengikut fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan beraqidah Asy'ariah dan Maturidiah. Menagadakan aktiviti kebajikan untuk masyarakat Islam khasnya dan rakyat Malaysia amnya dan menubuhkan tabung kebajikan bila mana wujud keperluan. Membela dan membetulkan salah anggapan tentang tarekat tasawuf berdasarkan kajian ilmiah dan kesahihan hujah da

ri Al-Quran, Sunnah, Ijma' Ulama dan Qias dan memastikan kesucian amalan dan pegangan tarekat dan tasawuf sentiasa berpandukan Al-Quran, Sunnah, Ijma' dan Qias. mewujudkan kerjasama dengan pihak berwajib agama dan agensi kerajaan yang lain, di peringkat negeri dan negara.

30/07/2025
14/10/2024

*ASWJ SEPERTI RUU M***I WP PUNCA PECAHBELAH MASYARAKAT?*

Yang di maksud Masyarakat tentu nya masyarakat Malaysia.

1. Malaysia adalah satu Perseketuan Negeri TANAH MELAYU yg undang undang tubuh mendaulatkan Islam.
2. Manhaj Islam yg di maksud, dari kerajaan Islam Borneo( Abad 12) atau Acheh mahupun Melaka adalah ASWJ yg bermazhab Shafie, Aqidah Asyarie wa maturidi dan Tasawuf Al Ghazali dan Junid Bagdadi.Tidak lain dari itu.

3. Manhaj ASWJ ni lah telah membumi di Tanah Melayu,terbit dari Perjanjian Perseketuan Tanah Melayu 1949,yg di sebut dan di maksudkan sebagai Agama Perseketuan dalam PP3(1) pd 1957
4. Manhaj ni dapat sokongan, persetujuan takrifan nya13 dari 14 m***i Negeri. Persetujuan majoriti.
5. Sokong juga dari hampir semua sekolah pondok dan para ulama dan agamawan negeri dan negara
6. Majlis Raja Raja telah putus dan umum bahawa Manhaj Islam di Malaysia adalah ASWJ, denga feqah Shafiee, Tauhid Asyariah wa maturidiah dan tasawuf nya, Feb 2024

Maka jelas ASWJ seperti takrif dalam RUU M***I WP adalah manhaj Islam Perseketuan Malaysia dengan
sepakatan Raja Raja Melayu
M***i,
Sejarah dan
kebanyakkan ulama dan agamawan.

Maka yg membawa manhaj yg bertentangan itu secara logika dan hakika adalah fahaman yg membawa perpecahan
Realiti di nyata dalam beberapa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan di bawah MKI.

Mana mana organsasi yg mempunyai manhaj berbeza dengan apa yg telah membumi di Malaysia,cukup cukup lah ... berhenti bawa perpecahan..simpan fahaman asing dari apa yg ada dalam Tanah Melayu..... hormati MASYARAKAT, RAJA RAJA DAN ULAMA TANAH MELAYU .

AbdKareem Said
Ketua Aktivist
DEMI MELAYU

14.10.2024

09/10/2024

ISU GISBH ZAHIRKAN KELOMPONGAN BUDAYA BERAGAMA MASYARAKAT.
( Enakmen dan Dasar beragama mesti di islahkan dan diperteguhkan ).

Islam berdiri atas IMAN, ISLAM DAN IHSAN. Tiga rukun ini dihurai dalam bidang ilmu TAUHID ( kepercayaan), FIQH(perbuatan) dan TASAWUF (rasa).
Sehingga hari ni, budaya beragama dalam negara amat kurang tumpuan pada Tasawuf (rukun Ihsan), yakni perasaan asyik, gembira , ingat dan taat pada Allah. Ini dapat dilihat dalam isu berkenanan GISB, yang telah menzahirkan kelompongan budaya beragama masyarakat.

Ini mungkin kerana, kita amat kurang mengarusperdanakan majlis zikir dan lain lain amalan budaya yang memupuk kepautan hati pada Allah dan Rasul.

Maka,naluri rasa jiwa manusia mencari kepuasan beramal , dan bila naluri ni tidak dipandu dengan amalan yang betul dan terkawal, disebabkan itu seorang insan mencari kumpulan serpihan secara sembunyi-sembunyi untuk capai keseronokan tersebut. Justera itu menyebabkan peningkatan dalam ajaran sesat masa kini, yang terlahir dari kegagalan masyarakat membudayakan tarbiyyah rohaniyyah yang menepati ajaran muktabar Ahlu Sunnah wal Jamaah yang sudah dirumuskan dalam Aqidah Asyairah Maturidiah, Feqah Mazhab Syafie dan Mazhab Muktabarah serta Tareqah Tasawuf Muktabarah.

Dengan adanya, aktiviti-aktiviti seperti kumpulan Marhaban, majlis zikir , majlis maulid dan selawat yang penting untuk diarusperdanakan di masjid-masjid sebagai aktiviti mingguan. Dengan aktiviti-aktiviti ini, ia akan mengisi keperluan naluri hati masyarakat awam. Dengan cara ini, dapatlah membendung masyarakat dari mencari yang perkara yang pelik-pelik dan semua aktiviti tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Pihak kami, menyaranan agar Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) , mewujudkan Enakmen Tarekat Tasawuf seperti yang ada di Negeri Sembilan telah diutarakan oleh YB Dato Seri Dr Haji Ahmad Zahid Hamidi dalam Majlis Zikir Perdana 2016.. Saranan ini telah dihantar pada semua JAIN pada 2016 dan berikutnya. Setakat ni, Negeri Pahang telah luluskan Enakmen Tarekah Tasawuf selepas Negeri Sembilan. Kami menyeru JAIN lain untuk ikut serta dalam usaha ini.

Yakin jika adanya akitiviti-aktiviti mingguan di masjid-masjid utama negeri dan negera dapat membendung perkara-perkara yang tidak berpandukan ajaran Ahlu Sunnah wal Jamaah. Dengan adanya, majlis zikir ia dapat mengingati dan merasai tautan hati dengan Allah dalam masyakat. Justera, ia boleh membendung banyak masaalah sosial serta ajaran sesat.

Kesimpulannya, dalam isu seperti GISB yang telah menzahirkan rasa keperluan masyakarat pada tarbiyyah rohaniyyah perlu dikawal dan dibimbing. Insha Allah orang awam tidak mudah terpedaya dengan kumpulan yang abai haq assasi dan berpegang dengan perkara pelik, konon atas nama tarekat tasawuf . Jika kita kaji kebanyakan ahli GISB, bukan dari mana mana tarekat muktabar, terutama sekali yang berdaftar di Jab M***i Negeri Sembilan.

Justeru itu, enakmen dan dasar budaya beragama mesti diubah dan diteguhkan.

Abd Kareem Said Khadaied.
SUA Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia

Address

Thongwa

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia - PERTAMA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia - PERTAMA:

Share

Our Story

Pertubuhan ini adalah satu badan NGO yang dianggotai oleh individu atas kapasiti individu. Tiada mana-mana ahli memasuki pertubuhan ini sebagai wakil mana-mana tarekat.

Oleh itu PERTAMA bukan satu badan NGO yang menggabungkan semua tarekat tetapi hanya satu NGO yang dianggotai oleh kepelbagaian pengamal tarekat.

Tujuan kami semua adalah untuk mencari kebaikan dan juga Insha Allah dapat mengarusperdanakan amalan-amalan tarekat dalam masyarakat demi pembangunan negara.

Usaha sedang berjalan untuk bergerak ke arah mewujudkan satu Majlis Sufi Negara dengan kerjasama semua aliran tarekat, para akademik dan agensi kerajaan seperti JAKIM dan yang berkaitan demi berbakti kerana Allah S.W.T. Majlis ini akan bertindak sebagai badan rujukan dan boleh memberi garispanduan pembangunan institusi tarekat.