31/08/2024
[SEMARAK JIWA MERDEKA 2024]
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Pada 30 Ogos 2024, telah berlangsungnya Majlis Penutupan Semarak Jiwa Merdeka di Bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Republik Korea bersempena dengan Hari Kemerdekaan negara kita. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh ahli-ahli jawatankuasa Semarak Jiwa Merdeka seperti sesi wawancara bersama warga Republik Korea, sesi permainan tradisional, peragaan busana tradisional, dan persembahan kebudayaan. Majlis ini turut dihadiri oleh TYT Dato' Mohd Zamruni bin Khalid, Duta Besar Malaysia ke Republik Korea, serta pelajar-pelajar Korea daripada Yeongdeungpo Technical High School.
Pihak PPMK 23/24 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kedutaan Besar Malaysia atas bantuan mereka dalam menjayakan program ini, serta kepada semua pihak yang memeriahkan majlis ini dengan kehadiran mereka. Dalam kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-67!