សមាគមសប្បុរសធម៌អាល់ម៉ាហាប់ពះនៅកម្ពុជា NGO Almahabbah Cambodia

  • Home
  • Cambodia
  • Phnom Penh
  • សមាគមសប្បុរសធម៌អាល់ម៉ាហាប់ពះនៅកម្ពុជា NGO Almahabbah Cambodia

សមាគមសប្បុរសធម៌អាល់ម៉ាហាប់ពះនៅកម្ពុជា NGO Almahabbah Cambodia FOR UMMAH IN CAMBODIA

Qurban 2025 Bersama ACAC (Al-mahabbah Cambodia)🇰🇭
13/06/2025

Qurban 2025
Bersama ACAC (Al-mahabbah Cambodia)🇰🇭

25/05/2025
19/04/2025

Kelebihan Surah Al-Insyirah, Boleh Amalkan Setiap Hari

1. Dipermudahkan Segala Urusannya
Sekiranya anda membaca Surah Al-Insyirah selepas solat fardhu, Insyaallah dipermudahkan urusan semua urusan. Selain itu, segala keperluan dan rezeki turut akan Allah permudahkannya, Dia memberi pertolongan kepada kita melalui amalan. Salah satunya membaca surah Al-Insyirah.

2. Diberi Kekayaan
Ramai yang ingin kaya dunia dan akhirat, oleh itu, sering-seringlah membaca Surah Al-Insyirah ini selepas waktu solat. Caranya adalah mengamalkan bacaan surah ini sebanyak 40 kali selepas setiap waktu solat. Insyaallah kita akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. untuk berjaya dan kaya dunia akhirat. Ia adalah salah satu kelebihan surah al-Insyirah.

3. Terhindar Dari Segala Masalah
Kelebihan surah Al-Insyirah ramai tak tahu adalah apabila mereka mengalami situasi yang penuh dengan masalah. Masalah serta kes**aran dalam setiap urusan pasti dapat dihindari dengan pertolongan oleh Allah S.W.T. Dada juga akan menjadi lapang bagi sesiapa yang membaca Surah Al-Insyirah.

4. Menjadi Lebih Positif
Fikiran akan menjadi lebih positif bagi sesiapa yang membaca Surah Al-Insyirah. Kelebihan surah Al-Insyirah adalah dapat menutup ruang-ruang negatif di dalam minda dan diri kita dalam kehidupan seharian.

5. Rajin Dalam Mengerjakan Ibadah
Bagi anda yang kurang sifat kerajinan tu bolehlah cuba amalkan baca Surah Al-Insyirah. Insyaallah hati akan terasa lebih s**a untuk mengerjakan amal ibadah serta dihilangkan rasa sifat jemu beribadah. Sebab tu, penting untuk kita ajarkan surah ini kepada anak-anak sejak kecil lagi. Mereka akan lebih rajin dan mudah beristiqamah.

6. Menghilangkan Rasa Dukacita
Bacaan surah ini selepas solat fardhu, Allah S.W.T. akan menghilangkan segala dukacita dalam hatinya. Allah SWT juga akan kurniakan kegembiraan buat mereka.

Anda juga boleh menulis surah ini kepada bekas dan menghilangkannya dengan air mawar. Kemudiannya air tersebut diminum, insyaallah akan hilang rasa dukacita dan terpelihara daripada terkejut.

7. Menghindari Sifat Malas
Kelebihan Surah Al-Insyirah ini juga dapat memudahkan seseorang melakukan kerja seperti yang diimpikannya. Mereka dapat menghindari sifat malas malah akan lebih mudah untuk mendapat rezeki. Fikiran dan minda juga akan lebih lapang dan luas.

8. Terhindar Dari Kesempitan Hidup
Kesempitan hidup dari segi rezeki yang berkurangan, kesihatan yang lemah serta kes**aran yang sering terjadi dalam hidup memerlukan anda segera bertindak. Bacalah Surah Al-Insyirah selalu agar terhindar dari kesempitan hidup.

9. Dapat Melihat Perkara-perkara Yang Ajaib
Jika anda membaca (mengamalkan) Surah Al-Insyirah ini ketika waktu dhuha sebanyak 200 kali tiap-tiap hari, Insyaallah Allah S.W.T. akan memperlihatkan perkara-perkara yang ajaib kepada pengamalnya. Itulah kelebihan membaca surah Al-Insyirah yang ramai tak tahu.

10. Dapat Mengatasi Sakit Pinggang
Bagi anda yang sering melakukan kerja-kerja rumah seharian misalnya, bacalah Surah Al-Insyirah ayat ke 3 tersebut sebanyak 3 kali. Kemudiannya ditiupkan di tapak tangan dan ditepukkan pada bahagian pinggang dan punggung. Insyaallah Allah akan lindungi atau sembuhkan rasa sakit tersebut dengan izinNya.

11. Menyerikan Wajah
Surah Al-Insyirah bukan sahaja memberi kebaikan dalaman, tetapi juga dapat menyerikan wajah. Bagi para isteri yang nak kelihatan cantik di mata suami tu, amalkanlah membaca Surah Al-Insyirah ini. B

acakan Surah Al-Insyirah ayat ke 4 ini sebanyak 7 kali, kemudiannya ditiupkan ke tapak tangan dan disapukan ke muka. Mohon kepada Allah S.W.T. supaya suami pandang kita nampak cantik. Siapa tak nak cantik kan, betul tak?

12. Terhindar Dari Penyakit
Untuk mengelakkan daripada terkena wabak dan penyakit berjangkit, amalkan membaca Surah Al-Insyirah ini setiap waktu. Pelbagai penyakit yang ditakuti dalam dunia ini, atasinya dengan kelebihan Surah Al-Insyirah ini.

13. Mengubati Sengatan Serangga
Bagi mengubati pesakit terkena sengatan serangga, bacakan surah Al-Insyirah, kemudiannya tiupkan kepada pesakit. Insyaallah akan sembuh dengan izin Allah S.W.T. Kelebihan Surah Insyirah ini sering digunakan oleh pakar perubatan Islam juga.

14. Hajat Mudah Dikabulkan
Apabila anda mempunyai sesuatu hajat yang penting, anda bolehlah kerjakan solat sunat Hajat atau Tahajjud di tengah malam. Jangan lupa untuk baca Surah Al-Insyirah sebanyak 103 kali atau lebih banyak mengikut kemampuan. Insyaallah segala hajat anda akan tercapai dan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

Assalamualaikum wbt.   IBADAH QURBAN DAN AQIQAH DI KEMBOJA TAHUN 2025M🐂🐂 (satu bahagian RM350)🐂🐂( seekor lembu RM2450)🐐🐐...
12/04/2025

Assalamualaikum wbt.

IBADAH QURBAN DAN AQIQAH DI KEMBOJA TAHUN 2025M

🐂🐂 (satu bahagian RM350)
🐂🐂( seekor lembu RM2450)
🐐🐐 (seekor Kambing RM700)

Insya-Allah Kita akan agihkan kepada penduduk kampung - kampung di daerah dombea,wilayah Tboung khmum ,kemboja.

🐂🐐kepada yang berhajat sila tulis nama anda atau Hantar resit Pertanyaan
sila hubungi:

http://www.wasap.my/85590552272/qurban
Cikgu Nasrudin Salleh

Semoga Allah melihat Kita dengan pandangan rahmat Dan Kasih sayang Nya

🌸Sila buat bayaran ke:
MAYBANK MALAYSIA BERHAD
153039129477
SLES SALMAS

Jangan lupa pm resit bayaran yang bertulis pengirimnya

🌸TARIKH TUTUP BAYARAN 1 minggu sebelum Hari Raya Qurban 2025 (1/06/2025)

JAZAKUMULLAH KEPADA SEMUA DAN KITA DOAKAN AMALAN KORBAN INI DITERIMA ALLAH

21/03/2025

SAHUR DI DUA DUNIA

21/03/2025
សមាគម សប្បុរសធម៌ អាល់ម៉ាហាប់ពះ នៅកម្ពុជា ថ្កោលទោសក្រុមភេវរកម្មដែលប៉ុនប៉ងធ្វើឃាត សម្ដេចតេជោ ហ៊ុន សែន
14/02/2025

សមាគម សប្បុរសធម៌ អាល់ម៉ាហាប់ពះ នៅកម្ពុជា ថ្កោលទោសក្រុមភេវរកម្មដែលប៉ុនប៉ងធ្វើឃាត សម្ដេចតេជោ ហ៊ុន សែន

Address

Phnom Penh
025

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+85590552272

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when សមាគមសប្បុរសធម៌អាល់ម៉ាហាប់ពះនៅកម្ពុជា NGO Almahabbah Cambodia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to សមាគមសប្បុរសធម៌អាល់ម៉ាហាប់ពះនៅកម្ពុជា NGO Almahabbah Cambodia:

Share