07/10/2024
Statement from JAKIM (Malaysian Halal Certification Body) about NAHA Halal Mark abuse. Brothers and sisters, its humble request to read about the matter then repost. Without proper investigation, repost is against Islamic Teachings.
Penjelasan Isu Penyalahgunaan Logo Halal NAHA, Jepun
1. Bahagian Pengurusan Halal JAKIM menerima banyak pertanyaan daripada para pengguna di media sosial berkaitan isu status halal produk Instant Rice Noodle yang tertera tulisan pork bone broth flavor di label pembungkusan.
2. Kekeliruan mulai timbul apabila tertera logo halal Nippon Asia Halal Association (NAHA) pada label pembungkusan produk tersebut. Untuk makluman, NAHA merupakan badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di negara Jepun. Isu ini telah mengundang pelbagai tuduhan dan persepsi buruk kepada badan pensijilan halal berkenaan yang didakwa memberikan pensijilan halal pada produk yang tidak halal.
3. Untuk makluman semua, isu ini merupakan isu yang berulang namun ditularkan kembali oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pihak NAHA telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan isu ini pada tahun 2022 di pautan berikut: https://web.nipponasia-halal.org/archives/1788 #:~:text=We%20are%20sea
4. Pihak NAHA telah memaklumkan bahawa badan pensijilan halal berkenaan tidak pernah memberikan pengesahan halal pada produk tersebut dan tindakan yang sewajarnya telah diambil terhadap syarikat berkenaan. Pihak NAHA juga memaklumkan bahawa, produk tersebut telah dijual di pasaran Thailand sebelum ini dan NAHA telah mengarahkan pihak syarikat untuk membuat proses panggil balik produk. Tindakan bagi mengatasi perkara ini juga telah dimaklumkan oleh pihak NAHA di Facebook pada tahun 2022. (https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=2057822144406051&id=233231456865138&mibextid=xfxF2i&rdid=pvWwFHubb4yVQrqH)
5. Justeru itu, sebarang aduan berkaitan isu penyalahgunaan logo dan sijil halal, boleh e-mel kepada [email protected] atau melalui talian 03-8892 5000.
Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular melalui:-
https://sites.google.com/islam.gov.my/skkbph/laman-utama
Ingat, Semak Sebelum Sebar.
Yakini Halal Malaysia.
Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
📧 [email protected]
☎️ 03-8892 5000
27 Rabiulawal 1446H
1 Oktober 2024M
SELAMAT DATANG!