15/07/2026
LAWATAN PERWAKILAN AMMAN KE JORDAN RIVER FOUNDATION, 6 MEI 2026
PERWAKILAN Amman telah mengadakan lawatan ke Jordan River Foundation bagi mendapatkan pendedahan mengenai pelbagai inisiatif pembangunan komuniti, pemerkasaan wanita dan belia, serta perlindungan kanak-kanak yang dilaksanakan oleh yayasan tersebut. Selain itu, para ahli turut berpeluang melihat hasil seni kraf yang dihasilkan oleh wanita dan belia Jordan.
Lawatan ini turut membuka ruang kepada pertukaran pandangan mengenai amalan terbaik dalam pembangunan sosial dan memperkukuh hubungan baik antara PERWAKILAN Amman dan Jordan River Foundation, ke arah penerokaan peluang kerjasama pada masa hadapan.