Persatuan Intelektual Prihatin Negeri Sembilan

Directions Website

Persatuan Intelektual Prihatin Negeri Sembilan Persatuan Intelektual Prihatin Negeri Sembilan merupakan sebuah NGO yang ditubuhkan bagi memenuhi ke

Pek Makanan Musim KemarauSudah hampir 4 bulan bumi Lombok tidak disirami hujan. Sungai mulai kering kontang, tanaman mas...
19/09/2026

Pek Makanan Musim Kemarau

Sudah hampir 4 bulan bumi Lombok tidak disirami hujan.

Sungai mulai kering kontang, tanaman masih belum dapat ditanam.

Kami hadir ke Dusun Birak, Desa Biluk Petong bagi mengagihkan 40 pek makanan (sembako) kepada keluarga yang memerlukan.

Pesan mereka, sampaikan ucapan terima kasih kami kepada para penyumbang dari Malaysia. Semoga Allah berkati.

Dalam permusafiran kekal berdoa agar hujan segera turun dengan izinNya. الله المستعان 🌹🤲🏻


Kenduri Rakyat - 2 ekor kambingRutin ziarah ke Lombok, kami akan bawa sekurang-kurangnya 2 ekor kambing sebagai jamuan m...
16/09/2026

Kenduri Rakyat - 2 ekor kambing

Rutin ziarah ke Lombok, kami akan bawa sekurang-kurangnya 2 ekor kambing sebagai jamuan makan untuk warga kampung di Sembalun.

Kali ini ‘Kenduri Rakyat’ diadakan di Masjid Lelongken, Desa Sajang.

Terima kasih semua atas sedekah makan ini. Sungguh memberi makan adalah sunnah yang dicintai. Sabda Rasulullah SAW;

خِيَارُكُمْ مَنْ أَطْعَمَ الطَّعَامَ

“Sesungguhnya orang terbaik diantara kalian adalah orang yang memberi makan”. [HR Ibnu Sa’ad, Al-Hakim, Ath-Thabrani - Hasan]


Ziarah Sekolah Dasar Islam Al-Amanah, Desa Karya, Bawak Nao.Hadir menyantuni anak-anak sekolah dasar. Fokus sumbangan be...
16/09/2026

Ziarah Sekolah Dasar Islam Al-Amanah, Desa Karya, Bawak Nao.

Hadir menyantuni anak-anak sekolah dasar. Fokus sumbangan berbentuk peralatan tulis telah disampaikan kepada 50 orang pelajar berusia sekitar 7-9 tahun. Sebenar masih banyak yang memerlukan.

Terkedu melihat sekolah serba kekurangan. Hati tersentuh apabila disapa anak-anak tahun 5 yang polos. “Untuk kami tiada ka?” Doakan kami kembali lagi, insya Allah.

Sumbangan ini ditaja oleh sebahagian oleh beberapa Jemaah Kuliah Muslimah di Seremban manakala peserta misi kali ini terdiri dalam kalangan jemaah wanita dari Masjid Taman Bukit Chedang dan Surau Taman Dato’ Wan.

Terima kasih kepada para dermawan. Allah balas dengan kebaikan. جزاكم الله خيرا


Salam Maulidur Rasul | Firman Allah SWT : قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَ...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul | Firman Allah SWT :

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

“Katakanlah, Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kamu, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [Ali Imran; 31]

PRIHATINS - Persatuan Intelektual Prihatin Negeri Sembilan

𝗠𝗜𝗦𝗜 𝗤𝗨𝗥𝗕𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔𝗛 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 / 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠 SEGALANYA DENGAN IZIN ALLAH.Alhamdulillah, buat kali kedua kami diberikan peluang menje...
31/05/2026

𝗠𝗜𝗦𝗜 𝗤𝗨𝗥𝗕𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔𝗛 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 / 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠

SEGALANYA DENGAN IZIN ALLAH.

Alhamdulillah, buat kali kedua kami diberikan peluang menjejakkan kaki ke Kupang, Nusa Tenggara Timur, Indonesia. Sebuah bumi yang indah, masyarakatnya baik-baik dan peluang dakwahnya sangat luas.

Dengan inayah dan rahmat Allah SWT, misi Qurban Dakwah yang dianjurkan oleh Persatuan Intelektual Prihatin Negeri Sembilan (PRIHATINS) bersama Persatuan Kebajikan Santuni Ummah (PKSU) telah selesai dilaksanakan dengan jayanya serta Muzleem Malaysia

Bumi Kupang sering digelar sebagai “Pulau Seribu Gereja”. Majoriti penduduknya beragama Kristian, manakala umat Islam hanya sekitar 10% daripada populasi. Namun di sinilah kami melihat betapa besarnya ruang untuk ukhuwah, kebajikan dan dakwah.

Alhamdulillah…

Sebanyak:

🐄 45 ekor lembu korban
🐐 30 ekor kambing korban
🐐 3 ekor kambing aqiqah

telah berjaya disempurnakan.

Turut diagihkan pek sembako kepada keluarga-keluarga yang memerlukan.

Perjalanan ini mengajar kami bahawa ibadah korban bukan sekadar menyembelih haiwan, tetapi juga tentang pengorbanan masa, tenaga, keselesaan dan harta demi menyampaikan manfaat kepada saudara seagama.

Firman Allah SWT:

وَٱلۡبَٰقِيَٰتُ ٱلصَّٰلِحَٰتُ خَيۡرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابٗا وَخَيۡرٌ أَمَلٗا

“Dan amal-amal soleh yang kekal manfaatnya itu lebih baik di sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.”

(Surah Al-Kahf: 46)

Semoga segala usaha kecil ini diterima sebagai amal soleh yang berkekalan di sisi Allah SWT.

Terima kasih kepada semua peserta korban, para penyumbang, sukarelawan, PRIHATINS, PKSU, Muzleem Malaysia dan seluruh sahabat yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

عيدكم مبارك، تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال

Semoga Allah menerima segala amalan kita.

Sampai jumpa lagi, Kupang. Insya-Allah.

Amalan Sunnah KorbanApabila tiba bulan Zulhijah iaitu (1 Zulhijah), orang yang ingin berkorban disunatkan untuk tidak me...
17/05/2026

Amalan Sunnah Korban

Apabila tiba bulan Zulhijah iaitu (1 Zulhijah), orang yang ingin berkorban disunatkan untuk tidak memotong rambut di kepalanya, wajahnya atau badannya, tidak juga memotong kukunya sehingga selesai sembelihan korbannya.

Hal ini berdasarkan hadis daripada Ummu Salamah R.Anha bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ

Maksudnya: Sesiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijah, janganlah dia mengambil satu apa pun (memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban

Riwayat Muslim (1977), Abu Daud (2791)

Semoga Allah menerima ibadah korban kita semua. ربنا تقبل منا 🤲🏻

Sekretariat PRIHATINS
29 Zulkaedah 1447H

Eid Mubarak | Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M.🌹Maaf Zahir Dan Batin. Semoga diangkat soleh seluruh amal dan d...
24/03/2026

Eid Mubarak | Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M.🌹

Maaf Zahir Dan Batin. Semoga diangkat soleh seluruh amal dan diterima olehNya. Terima kasih atas segalanya. Diganjari Allah dengan kebaikan.

اللهم اجعلنا من العائدين والفائزين والمقبولين
كل عام وأنتم بخير
تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
وأعاده الله علينا وعليكم بالخير واليمن والبركات
‏
Ikhlas daripada : PRIHATINS

LAPORAN PROGRAM RAMADAN | PRIHATINSAlhamdulillah, PRIHATINS menyantuni komuniti yang memerlukan sepanjang bulan Ramadan ...
16/03/2026

LAPORAN PROGRAM RAMADAN | PRIHATINS

Alhamdulillah, PRIHATINS menyantuni komuniti yang memerlukan sepanjang bulan Ramadan melalui program agihan juadah berbuka puasa.

📍 Lokasi: Tboung Khmum Province, Kemboja
🍽 Agihan: 100 pek makanan iftar

Melalui program ini, sebanyak 100 pek juadah berbuka puasa telah diagihkan kepada masyarakat setempat bagi membantu mereka menikmati hidangan iftar dengan lebih sempurna di bulan yang penuh keberkatan ini.

Semoga setiap sumbangan yang disampaikan menjadi asbab kegembiraan buat penerima serta ganjaran pahala yang berterusan buat para penyumbang.

PRIHATINS, Menyampaikan Kebaikan.




LAPORAN PROGRAM RAMADAN | PRIHATINSAlhamdulillah, pada 5 Mac 2026, PRIHATINS telah melaksanakan Program Ramadan di Nagar...
16/03/2026

LAPORAN PROGRAM RAMADAN | PRIHATINS

Alhamdulillah, pada 5 Mac 2026, PRIHATINS telah melaksanakan Program Ramadan di Nagari Palembayan di Sumatera Barat sebagai sebahagian daripada usaha menyantuni komuniti yang terjejas akibat banjir.

Program ini bertujuan untuk membantu meringankan beban keluarga setempat serta berkongsi rezeki Ramadan bersama masyarakat di kawasan tersebut.

Antara bantuan yang telah diagihkan kepada penerima manfaat ialah:

🛍 35 set Sembako (keperluan makanan asas)
🧴 30 set Hygiene Kit bagi menjaga kebersihan diri dan keluarga
🍛 100 bungkus Nasi Rendang Dendeng untuk juadah iftar

Agihan ini memberi manfaat kepada keluarga-keluarga setempat dan juga masyarakat sekitar yang memerlukan, agar mereka dapat menyambut Ramadan dengan lebih tenang dan bermakna.

Semoga setiap sumbangan yang disalurkan menjadi asbab kebaikan dan pahala berpanjangan buat para penyumbang serta memberi kekuatan kepada mereka yang sedang diuji.

Terima kasih kepada semua yang terus menyokong usaha kemanusiaan PRIHATINS.





AGIHAN 40 SEMBAKO RAMADAN PRIHATINSAlhamdulillah, sempena Ramadan yang mulia, Tim kami telah menyantuni warga yang terke...
20/02/2026

AGIHAN 40 SEMBAKO RAMADAN PRIHATINS

Alhamdulillah, sempena Ramadan yang mulia,
Tim kami telah menyantuni warga yang terkesan dengan banjir.

Sebanyak 40 pek diagihkan di Nagari Paninggahan, Kecamatan Junjung Sirih, Kabupaten Solok.

Berikut adalah set barangan yang kami agihkan dalam satu pek

▶️Satu Set:
Beras 5kg
Minyak Masak 2L
Gula 1kg
Mie Kuning 1kg
Susu kental - 2 tin
Kopi - 1 bungkus
Teh - 1 kotak
Biskut - 1 bungkus

Bantuan segera ini bagi meringankan bebanan mereka. Sumbangan boleh disalurkan 👇🏻

‎‏Nota ringkas:
‎‏1). Bayaran menerusi Maybank PRIHATINS; 5551 3511 8352 atau QR code Prihatins
‎‏2). Tarikh Tutup : 1 MAC 2026, AHAD
3). Rujukan :

‎‏Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi ;
‎‏1. Yusri Mohamad - 019 370 4756
‎‏2. Habibullah Aziz - 014 236 0953
3. Ihsan Pajarrudin - 012 433 9844

‎‏Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segalanya. Moga usaha kecil kita ini diberkati Allah.

Terima kasih kepada semua yang bersama membantu dan menyokong kami.

Aktiviti PRIHATINS, sila layari laman sesawang - www.prihatins.com

‎‏Sekian, terima kasih.

‎جزاكم الله خيرا وبارك الله فيكم
‎‏‎خير الناس أنفعهم للناس

‎‏Sekretariat PRIHATINS

PRIHATINS, Menyampaikan Kebaikan

❤️

Address

Sidoarjo

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Intelektual Prihatin Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share