HALUAN KEDAH

HALUAN KEDAH Haluan Kedah ialah wadah melaporkan kegiatan kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan) Kedah

20/01/2026
18/12/2025

6 Disember 2025, Beseri. PERLIS — Dalam suasana pasca banjir yang masih suram, seramai 48 orang relawan daripada HALUAN Malaysia cawangan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang turun ke lapangan dengan penuh tekad dan rasa tanggungjawab. Mereka dibahagikan kepada tiga pasukan bagi memastikan bantuan dapat disampaikan secara menyeluruh.

Pasukan Satu mengedarkan barangan keperluan asas kepada penduduk di Kampung Tasoh, membantu keluarga yang masih bergelut memulihkan hidup selepas banjir. Pasukan Dua p**a bertungkus-lumus melakukan pembersihan di Pusat Kokurikulum Kaki Bukit, mengalihkan peralatan rosak dan membersihkan selut yang menebal. Pada masa yang sama, Pasukan Tiga meneruskan khidmat di Sekolah Tengku Budriah, Arau memastikan ruang pembelajaran anak-anak dapat dipulihkan secepat mungkin.

Di kedua-dua lokasi, keadaan masih memerlukan bantuan orang ramai, khususnya tenaga pembersihan kerana banyak aset musnah dan kawasan yang sangat kotor. HALUAN Perlis terus mengharap sokongan tenaga dan sumbangan kewangan agar usaha ini dapat diteruskan.

Menurut Dr. Baharudin, pasukan sukarelawan HALUAN Malaysia akan meneruskan pelbagai aktiviti sepanjang Januari. “Antara ...
18/12/2025

Menurut Dr. Baharudin, pasukan sukarelawan HALUAN Malaysia akan meneruskan pelbagai aktiviti sepanjang Januari. “Antara yang dirancang termasuk agihan makan tengah hari, beras, minyak masak, biskut, lampin pakai buang, susu bayi, terpal atau kanvas, tikar plastik, sejadah, telekung dan kain sarung,” kelas beliau. Selain itu HALUAN Malaysia akan menjalankan khidmat rawatan kesihatan, sokongan psikologi serta pembersihan rumah warga emas dan madrasah terpilih.

PIDIE JAYA, ACEH, 17 Dis 2025 – Hampir tiga minggu selepas bencana banjir lumpur melanda Aceh, bantuan makanan masih diperlukan oleh mangsa yang terjejas. Sukarelawan HALUAN Malaysia buat kali ketiga turun padang mengagihkan pek makan tengah hari yang disediakan secara gotong-royong di rumah seora...

🇵🇸 SERUAN UNTUK RAKYAT KEDAH: AYUH BERDIRI BERSAMA GAZA! 🇵🇸"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama All...
28/07/2025

🇵🇸 SERUAN UNTUK RAKYAT KEDAH: AYUH BERDIRI BERSAMA GAZA! 🇵🇸

"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongmu..." (Surah Muhammad: 7)

Satu suara. Satu hati. Satu himpunan.
Inilah masanya rakyat Kedah bangkit menunjukkan solidariti kepada saudara-saudara kita di Gaza yang sedang dizalimi.

✨ HIMPUNAN MALAYSIA BANGKIT UNTUK GAZA
🗓 Sabtu | 9 Ogos 2025
🕓 4.00 petang – 11.00 malam
📍 Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

🚍 HALUAN KEDAH menyedia 2 buah bas khas untuk membawa pejuang-pejuang kebenaran dari bumi Kedah ke ibu negara.
📍 Bertolak dari Alor Setar | 🕖 Jam 7.00 pagi
💰 Bayaran hanya RM50 atau ikut kadar kemampuan.

📢 Jangan hanya menonton dari jauh. Mari turun padang. Bersama kami, bersama ummah.

🎟 Tempat terhad kepada 80 peserta sahaja!
📞 Tempah segera tempat anda:
📲 Abd Kadir: 013-436 8080
📲 Abd Muta’al: 013-409 7572
📲 Noor Izzah: 011-5671 1290

“Kalau bukan kita, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi?”

❤️ TIDAK DAPAT TURUT SERTA? ANDA MASIH BOLEH BERJUANG BERSAMA!
Peluang biaya kos perjalanan peserta dari Kedah dengan sumbangan ikhlas anda.

💳 Sumbangan boleh disalurkan ke:
Bank Islam
No. Akaun: 020 200 100 22428
Nama: Haluan Cawangan Kedah
📝 Catatan: Sumbangan MR4G
📤 Sila hantar slip sumbangan kepada:
Rafiq Radzuan – 011-6166 4890





16/04/2025

🌙 Pendaftaran Korban HALUAN 1446H Kini Dibuka!
Alhamdulillah, musim ibadah korban bakal kembali.

Kini, tibalah masanya untuk kita rebut peluang menunaikan ibadah penuh keikhlasan dan pengorbanan ini — bukan sekadar melaksanakan tuntutan agama, tetapi juga menyampaikan kasih sayang dan bantuan kepada saudara-saudara kita yang memerlukan.

💬 “Sesungguhnya Kami telah memberikanmu kebaikan yang banyak, maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.” (Surah al-Kauthar: 1-2)
💡 Jangan tunggu saat akhir. Tempahan awal membantu kelancaran pelaksanaan dan pengagihan.
✨ Daftar sekarang, dan jadikan korban anda lebih bermakna tahun ini!

📲 Untuk maklumat lanjut & pendaftaran:
👉 https://www.korban.haluan.org.my
📞 Hubungi kami: 011-5779 6309/ 03-8926 8892


"Sedekah untuk Palestin: 10 Malam Terakhir, 700 Kali Lipat Ganjaran!"Inilah saatnya kita bergerak di 10 malam terakhir R...
21/03/2025

"Sedekah untuk Palestin: 10 Malam Terakhir, 700 Kali Lipat Ganjaran!"

Inilah saatnya kita bergerak di 10 malam terakhir Ramadhan – detik paling mustajab untuk meraih Lailatul Qadar dan memperbanyak pahala. Mari hulurkan tangan membantu rakyat Palestin yang sedang berjuang dalam kesengsaraan.

Mereka yang berdiam diri terhadap pembantaian yang dilakukan oleh penjajah Israel di Gaza akan diadili di hadapan sejarah dan hati nurani kemanusiaan - RTE

💡 Sedekah dan Bantu Mereka Sekarang: https://bit.ly/4fLraWw

MISI BANTUAN PASCA BANJIR KEDAHHari ini sukarelawan Haluan Malaysia Cawangan Kedah turun sekali lagi membantu mencuci se...
06/12/2024

MISI BANTUAN PASCA BANJIR KEDAH

Hari ini sukarelawan Haluan Malaysia Cawangan Kedah turun sekali lagi membantu mencuci sebuah rumah yang dimasuki air sewaktu banjir baru-baru ini, di Taman Tabung Haji, Kepala Batas, Kedah.

Kump**an ini diketuai Naib Yang Dipertua 4 (Kluster Kebajikan dan Kemanusiaan) Haluan Malaysia Cawangan Kedah, Syed Ahmad Fathi Syed Mohd Khair.

MISI BANTUAN PASCA BANJIR DI KEDAH Terima kasih kepada sukarelawan Haluan Malaysia Cawangan Perlis yang telah turun pada...
04/12/2024

MISI BANTUAN PASCA BANJIR DI KEDAH

Terima kasih kepada sukarelawan Haluan Malaysia Cawangan Perlis yang telah turun padang untuk membantu membersihkan rumah yang dilanda banjir di Taman Tabung Haji, Kepala Batas, Kedah, hari ini.

Kump**an ini diketuai saudara Mukhlis Nasri. Turut serta ialah Yang Dipertua Haluan Malaysia Cawangan Kedah, Haji Abdul Kadir Mahamood.

Jazakumullahu khoiron kathiro.

MISI BANTUAN PASCA BANJIR DI KEDAH Semalam (3 Disember 2024), selain menjalankan operasi mencuci rumah, pasukan sukarela...
04/12/2024

MISI BANTUAN PASCA BANJIR DI KEDAH

Semalam (3 Disember 2024), selain menjalankan operasi mencuci rumah, pasukan sukarelawan Haluan Malaysia Cawangan Kedah turut menyampaikan bantuan roti dan air mineral kepada penduduk di Kampung Tengah Mukim Derang Pokok Sena, yang turut menjadi mangsa banjir.

Operasi itu diketuai Naib Yang Dipertua 4 (Kluster Kebajikan dan Kemanusiaan) Haluan Kedah, Syed Ahmad Fathi Syed Mohd Khair.

MISI BANTUAN PASCA BANJIR DI KEDAHOperasi mencuci rumahAlhamdulillah, semalam (3 Disember 2024l, satu pasukan sukarelawa...
04/12/2024

MISI BANTUAN PASCA BANJIR DI KEDAH

Operasi mencuci rumah

Alhamdulillah, semalam (3 Disember 2024l, satu pasukan sukarelawan Haluan Malaysia Cawangan Kedah telah turun padang untuk operasi mencuci rumah yang dilanda banjir di rumah Ustaz Rosli Shariff, di Kampung Tengah, Mukim Derang, Pokok Sena.

Pasukan berkenaan diketuai Naib Yang Dipertua 4 (Kluster Kebajikan dan Kemanusiaan) Haluan Kedah, Syed Ahmad Fathi Syed Mohd Khair.

Bilangan mangsa banjir semakin meningkat!Ya Allah, selamatkanlah mereka.Ya Allah, lindungilah mereka.اللَّهُمَّ حَوَالَي...
28/11/2024

Bilangan mangsa banjir semakin meningkat!

Ya Allah, selamatkanlah mereka.
Ya Allah, lindungilah mereka.

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالْجِبَالِ وَالْآجَامِ وَالظِّرَابِ وَالْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

"Ya Allah turunkan hujan ini mengelilingi kami dan bukan menimpa di atas kami. Ya Allah curahkanlah hujan ini di atas tempat-tempat tinggi, gunung-ganang, bukit-bukit, lembah-lembah dan tempat tumbuhnya pepohonan."



https://www.facebook.com/share/p/1GujiUGEn5/
____
Bersama HALUAN Membantu Mereka Yang Memerlukan
https://www.haluan.org.my/donations/bantuan-bencana-banjir-monsun-timur-laut-2024-2025/

Join Broadcast List HALUAN
http://broadcasthaluan.wasap.my

Mencuri dalam solat  #2Menoleh kiri dan kanan ketika solatNak khusyuk dalam solat bukan mudah. Kadang-kadang masa solat ...
28/11/2024

Mencuri dalam solat #2

Menoleh kiri dan kanan ketika solat

Nak khusyuk dalam solat bukan mudah. Kadang-kadang masa solat itulah tiba-tiba muncul perasaan nak tengok benda kat dinding, padahal sebelum solat tak rasa apa-apa pun. Itulah cara syaitan mencuri dalam solat kita.

عَنْ عَائِشَةَ ، قَالَتْ : " سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الِالْتِفَاتِ فِي الصَّلَاةِ ؟ فَقَالَ : هُوَ اخْتِلَاسٌ يَخْتَلِسُهُ الشَّيْطَانُ مِنْ صَلَاةِ الْعَبْدِ " .

Aisyah r.a berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah SAW tentang menoleh-noleh ketika solat. Baginda menjawab: "Ia merupakan satu curian, yang mana syaitan mencurinya daripada solat seorang hamba"

Haish! Setan betul syaitan ni!
Dah tahu perangkap syaitan ni, bolehlah kita lebih berhati-hati. Jom kita sama-sama tingkatkan khusyuk di dalam solat. 😊

____
Bersama HALUAN Membantu Mereka Yang Memerlukan
https://www.haluan.org.my/donations/tabung-pengurusan-haluan/

Join Broadcast List HALUAN
http://broadcasthaluan.wasap.my

Address

Meureudu
24186

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HALUAN KEDAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share