PKPMI Cawangan Medan

PKPMI Cawangan Medan Ini adalah page rasmi Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Medan. Like untuk

[SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2026]Assalamualaikum w.b.t,Salam sejahtera,dan salam SAHABAT Malaysia.Alhamdulillah, kita ...
31/12/2025

[SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2026]

Assalamualaikum w.b.t,
Salam sejahtera,
dan salam SAHABAT Malaysia.

Alhamdulillah, kita dipanjangkan usia untuk melangkah ke lembaran tahun yang baharu, dikelilingi insan tersayang sama ada bersama keluarga mahupun sahabat seperjuangan.

Dengan rasa sukacita, PKPMI Medan mengucapkan Selamat Tahun Baru 2026 kepada seluruh mahasiswa.
Semoga tahun ini membawa semangat baharu, memperkukuh tekad dan membuka lebih banyak peluang untuk kita terus melangkah ke arah kejayaan dan kecemerlangan.

“Perpaduan Melalui Kebersamaan”

Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Medan
Sesi 2025/2026

[SELAMAT HARI KRISMAS 2025]Assalamualaikum w.b.t,Salam sejahtera,Salam SAHABAT Malaysia.PKPMI Medan mengucapkan Selamat ...
24/12/2025

[SELAMAT HARI KRISMAS 2025]

Assalamualaikum w.b.t,
Salam sejahtera,
Salam SAHABAT Malaysia.

PKPMI Medan mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada semua pelajar yang meraikannya. Semoga perayaan ini membawa kedamaian dan kegembiraan buat kita semua, walau berada di perantauan.

“Perpaduan Melalui Kebersamaan”

Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Medan
Sesi 2025/2026

[MAKLUMAN PENTING]Assalamualaikum w.b.t,Salam sejahtera,Salam SAHABAT Malaysia.Sehubungan dengan pelaksanaan Work From A...
24/12/2025

[MAKLUMAN PENTING]

Assalamualaikum w.b.t,
Salam sejahtera,
Salam SAHABAT Malaysia.

Sehubungan dengan pelaksanaan Work From Anywhere (WFA) sempena Hari Natal dan Tahun Baru, 29–31 Disember 2025, dimaklumkan bahawa semua perkhidmatan International Affairs Office (IAO) USU akan dijalankan secara dalam talian.

Memandangkan perkhidmatan keimigrasian sedang bercuti, segala permohonan dimohon untuk dihantar melalui emel:
📧 [email protected]

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda.

“Perpaduan Melalui Kebersamaan”

Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Medan Sesi 2025/2026

23/12/2025

[KERJASAMA PKPMI DENGAN KONSULAT JENERAL MALAYSIA, MERCY MALAYSIA DAN DIASPORA UNTUK PROGRAM PEDULI BENCANA BANJIR]

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI.

Pelajar PKPMI Medan telah turut serta menyertai Konsulat Jeneral Malaysia (KJM) dengan kerjasama MERCY Malaysia dan Diaspora Malaysia di Medan untuk melaksanakan Program Peduli Bencana Banjir (P2B2) siri kedua di Aceh Tamiang sebagai tanda keprihatinan dan solidariti kemanusiaan terhadap mangsa banjir.

Melalui misi ini, bantuan berupa bekalan makanan, ubat-ubatan, keperluan asas, kelengkapan solat dan barangan kebersihan diri telah diagihkan kepada lebih 1,000 keluarga terjejas di Kampung Dato’ Desa Tanjung Manchang dan Dusun Alur Hitam, yang terletak kira-kira 135 kilometer dari Medan.

Ketibaan delegasi Konsulat telah disambut oleh Bupati Aceh Tamiang, Bapak Irjen Pol (P) Drs. Armia Pahmi. Konsul Jeneral turut menyampaikan salam takziah, doa serta solidariti rakyat Malaysia kepada masyarakat Aceh Tamiang, manakala pihak Bupati merakamkan penghargaan atas pelaksanaan misi bantuan ini.

“Perpaduan Melalui Kebersamaan”

Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia
(PKPMI) Medan
Sesi 2025/ 2026

Address

No. 7 Jln. Urip, Sumoharjo Anggrung, Medan Polonia, Medan City
Medan
20152

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PKPMI Cawangan Medan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PKPMI Cawangan Medan:

Shortcuts

Share