16/04/2026
Kejohanan FOOSH e-sport tournament 2026 telah melabuhkan tirainya dengan penuh meriah, bertempat di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UNIMAS.
Sepanjang tournament ini berlangsung, pelbagai pengalaman berharga telah dikutip โ bermula daripada sesi latihan bersama Gizmo, semangat berpasukan bersama PSSK, sehinggalah ke detik-detik mendebarkan pada hari pertandingan.
Antara momen yang paling bermakna adalah penerimaan cenderahati sebagai tanda penghargaan atas usaha, komitmen, dan dedikasi sepanjang kejohanan ini. ๐
Kejohanan ini bukan sahaja menguji kemahiran dalam permainan, malah membentuk nilai kerjasama, disiplin, dan semangat juang yang tinggi dalam kalangan peserta. ๐ฏ๐ฅ
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) selaku penganjur, serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini.
Tahniah kepada semua pemenang dan peserta yang telah memberikan persembahan terbaik! ๐โจ
Semoga kejohanan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam memperkasa arena eSports di peringkat universiti. ๐ฎ
UNIMAS eSports 2026 ๐พ
EsportsMY UNIMAS