Nurjiwa Foundation

Nurjiwa Foundation Founded by Dato' Sri Khalid Mohamad Jiwa & Dato' Sri Siti Nurhaliza

19/08/2026

Di sebalik setiap helaian Al-Quran yang dibaca, ada insan-insan yang menjadi sebab ilmu itu terus disampaikan.

Melalui Pusat Tahfiz Al-Quran Afwa Al-Aafiyah, Yayasan Nurjiwa terus menyokong pendidikan dan pengajian Al-Quran buat anak-anak yang memerlukan. Semoga setiap sumbangan yang kita hulurkan menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya, setiap kali ayat-ayat suci ini dibaca.

Jom bersama-sama menyokong usaha Yayasan Nurjiwa. Walau sedikit, setiap sumbangan amat bermakna.

Sumbangkan kepada https://ezy.la/bantuankhaspalestin

Sumbang hari ini untuk teruskan manfaat buat mereka.

SEDEKAH JUMAAT | RM1, BESAR NILAINYA DI SISI ALLAH 🤍Jangan pandang kecil pada nilai yang kita sedekahkan. Walaupun hanya...
14/08/2026

SEDEKAH JUMAAT | RM1, BESAR NILAINYA DI SISI ALLAH 🤍

Jangan pandang kecil pada nilai yang kita sedekahkan. Walaupun hanya RM1, ia mungkin menjadi asbab hadirnya manfaat, kebahagiaan dan keberkatan buat mereka yang memerlukan.

Rasulullah ﷺ bersabda:

“Sedekah tidak akan mengurangi harta.”
(Riwayat Muslim, 2588)

✨ RM1 daripada kita, insya-Allah menjadi pahala yang terus mengalir.

Ayuh jadikan hari Jumaat ini lebih bermakna dengan berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan melalui Sedekah Jumaat Yayasan Nurjiwa.

🤲🏻 Jom sedekah serendah RM1.
Semoga setiap ringgit yang kita hulurkan menjadi amal yang diterima dan diberkati Allah SWT.

Salurkan sumbangan:
🏦 Maybank: 5144 8610 6455
YAYASAN NURJIWA

📲 Imbas QR dalam poster atau layari:
yayasannurjiwa.onpay.my⁠

Di usia yang semakin lanjut, hati tetap mencari cahaya Al-Quran. ✨Program Jiwa Quran menjadi ruang untuk warga emas mend...
14/08/2026

Di usia yang semakin lanjut, hati tetap mencari cahaya Al-Quran. ✨

Program Jiwa Quran menjadi ruang untuk warga emas mendekatkan diri kepada Al-Quran, mengisi masa dengan ilmu dan ibadah, serta bersama-sama menyuburkan jiwa dengan ayat-ayat suci.

Semoga setiap bacaan menjadi pahala, setiap huruf menjadi cahaya, dan setiap langkah menuju Al-Quran menjadi asbab rahmat serta keberkatan dalam kehidupan. 🤲🏻

Bulan kemerdekaan ini, jom kita raikan dengan satu amal yang mampu menyelamatkan nyawa. ❤️Yayasan Nurjiwa bersama Klinik...
13/08/2026

Bulan kemerdekaan ini, jom kita raikan dengan satu amal yang mampu menyelamatkan nyawa. ❤️

Yayasan Nurjiwa bersama Klinik Perubatan Hijraa Wangsa Maju & Pusat Darah Negara menjemput anda untuk bersama dalam Kempen Derma Darah & Saringan Kesihatan:

📅 22 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 9.00 pagi – 4.00 petang
📍 Klinik Perubatan Hijraa, Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Selain menderma darah, anda juga berpeluang mendapatkan saringan kesihatan. Jangan lepaskan peluang untuk menyumbang dan pada masa yang sama mengambil berat tentang kesihatan diri. 🫶🏻

📲 Pra-pendaftaran kini dibuka!
Imbas kod QR pada poster untuk mendaftar.

Setitis darah anda mungkin kecil nilainya pada diri kita, tetapi besar maknanya buat mereka yang memerlukan. ❤️

Jom sama-sama semarakkan Merdeka dengan kebaikan. 🇲🇾

Setulus ucapan selamat ulang tahun buat Dr. Mohanad, Wakil Yayasan Nurjiwa di Gaza.Semoga Allah SWT mengurniakan Dr. Moh...
08/08/2026

Setulus ucapan selamat ulang tahun buat Dr. Mohanad, Wakil Yayasan Nurjiwa di Gaza.

Semoga Allah SWT mengurniakan Dr. Mohanad kesihatan, kekuatan dan ketabahan dalam menjalankan setiap amanah, serta sentiasa melindungi beliau dalam setiap langkah dan perjalanan.

Pada hari yang istimewa ini, kami turut menitipkan doa agar Allah SWT terus melindungi Dr. Mohanad dan seluruh rakyat Gaza. Semoga mereka sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat-Nya, diberikan keselamatan, kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi segala ujian.

Semoga segala usaha dan pengorbanan Dr. Mohanad dalam menyampaikan bantuan serta harapan kepada mereka yang memerlukan menjadi amal jariah yang mendapat ganjaran terbaik di sisi Allah SWT.

Selamat ulang tahun, Dr. Mohanad.
Semoga Allah SWT menjaga, melindungi dan memberkati setiap langkah Dr. Mohanad serta mengurniakan keamanan dan kesejahteraan buat seluruh rakyat Gaza.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin. 🤲🏻

Ikhlas daripada,
Yayasan Nurjiwa

Setiap ayat yang dibaca, setiap ilmu yang dipelajari, adalah langkah kecil menuju hati yang lebih tenang dan dekat denga...
07/08/2026

Setiap ayat yang dibaca, setiap ilmu yang dipelajari, adalah langkah kecil menuju hati yang lebih tenang dan dekat dengan Allah. 🤍

Alhamdulillah, Kelas Jiwa Quran terus menjadi ruang untuk bersama-sama mentadabbur ayat-ayat suci, memperbaiki bacaan serta menghidupkan hati dengan kalam-Nya.

Semoga setiap yang hadir dikurniakan kefahaman, keberkatan ilmu dan istiqamah dalam mencintai Al-Quran. ✨

“Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari)

Tiada istilah terlambat untuk mendekatkan diri kepada Al-Quran. Melihat kesungguhan para warga emas menghadiri kelas Jiw...
29/07/2026

Tiada istilah terlambat untuk mendekatkan diri kepada Al-Quran.

Melihat kesungguhan para warga emas menghadiri kelas Jiwa Quran menjadi satu peringatan buat kita semua bahawa usia bukanlah penghalang untuk terus menuntut ilmu. Setiap langkah yang diatur, setiap helaian yang dibuka dan setiap ayat yang dibaca merupakan satu usaha yang amat bernilai di sisi Allah SWT.

Semoga kelas ini terus menjadi ruang yang membawa ketenangan hati, menguatkan ukhuwah dan menambahkan kecintaan terhadap kalam Allah.

24/07/2026

Kadang-kadang kita terlupa, di saat anak-anak kita ke sekolah dengan rasa selamat, ada anak-anak di Gaza yang masih menggenggam buku walaupun hidup dikelilingi peperangan.

Di Sekolah Afwa Al Aafiyah, mereka tetap belajar, menghafal Al-Quran, ketawa bersama rakan-rakan dan terus memasang impian. Bagi mereka, setiap hari di sekolah adalah satu harapan bahawa masa depan masih ada.

Mereka tidak pernah berhenti berharap. Semoga kita juga tidak berhenti membantu.

Jika Allah melapangkan rezeki kita, marilah bersama menghulurkan sumbangan untuk membantu mereka meneruskan kehidupan dan pendidikan.

🤍 Salurkan sumbangan anda di:
https://ezy.la/bantuankhaspalestin

Setiap ringgit yang diberi, insya-Allah menjadi saham kebaikan dan membawa harapan buat saudara kita di Palestin.

Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk difahami, dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian.Sebuah pengi...
23/07/2026

Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk difahami, dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian.
Sebuah pengisian rohani yang menghimpunkan bacaan, tadabbur dan perkongsian Al-Quran dalam suasana penuh ketenangan.

Semoga setiap ayat yang diperdengarkan menjadi peringatan, memberi kekuatan dan membawa keberkatan dalam kehidupan.

Address

Kualasimpang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nurjiwa Foundation posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Nurjiwa Foundation:

Shortcuts

Share