31/10/2025
Ketika Indonesia mengumumkan pemindahan ibu negaranya dari Jakarta ke sebuah bandar baharu bernama Nusantara, dunia melihatnya sebagai simbol kebangkitan bangsa, iaitu sebuah visi untuk membina kota masa depan di tengah hutan Kalimantan. Namun selepas beberapa tahun, impian besar itu kini semakin pudar, dan laporan terbaru daripada The Guardian memberi amaran bahawa Nusantara sedang berisiko menjadi “bandar hantu”.
Masalah utama yang membelenggu projek ini adalah wang dan manusia. Peruntukan kerajaan Indonesia untuk Nusantara telah merosot drastik, daripada lebih dua bilion dolar Amerika pada tahun 2024 kepada kurang daripada satu bilion pada 2025. Pelaburan swasta yang diharapkan p**a gagal menepati sasaran, di mana meninggalkan jurang besar dalam pembiayaan pembangunan.
Lebih membimbangkan, hanya sekitar sepuluh ribu orang kini mendiami kawasan itu termasuk pekerja binaan dan penjawat awam, yang mana jauh daripada sasaran 1.2 juta penduduk menjelang tahun 2030.
Dalam senyap, status Nusantara juga telah diubah. Ia tidak lagi digelar “ibu kota baharu Indonesia”, sebaliknya hanya diklasifikasikan sebagai “ibu kota politik”. Perubahan ini dilihat sebagai isyarat bahawa kerajaan baharu di bawah Presiden Prabowo sedang menilai semula komitmen terhadap projek mega ini. Walaupun pembinaan masih diteruskan, semangat yang pernah menyala kini kelihatan semakin malap.
Indonesia - Today | I ♥ INDONESIA | Muafakat Rakyat - Indonesia | MALAYSIA INDONESIA PALESTIN ( MUAFAKAT RAKYAT )