15/08/2026
❤️ NOURISHING HOPE, SHARING LOVE ❤️
Alhamdulillah, satu lagi inisiatif kemasyarakatan yang penuh makna dapat dilaksanakan melalui semangat kerjasama dan kebersamaan dalam membantu mereka yang memerlukan.
Program Community Food & Fresh Vegetable Aid Programme – Hope Harvest ini merupakan hasil kerjasama Persatuan Kebajikan Suci Bakti (Anandha Saadhana), Rotary Club of Johor Centennial, SayurKita.Asia / Sayur Kita Asia Sdn. Bhd, Gabungan NGO Prihatin Johor yang saya sendiri ketuai, bersama Pertubuhan Rabithah Alawiyah Negeri Johor, serta Dewanita Ventures.
Melalui kolaborasi ini, bakul makanan telah disediakan untuk disampaikan kepada komuniti yang memerlukan, sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang kita terhadap masyarakat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada SayurKita.Asia yang turut membawa sayur-sayuran segar terus dari ladang untuk diagihkan kepada 200 orang penerima daripada kalangan penduduk yang kurang berkemampuan.Rotary Club telah mengagihkan beras dan kami telah mengagihkan bakul makanan kepada mereka yang betul2 memerlukan.
Bagi saya, usaha seperti ini sambil menyampaikan bantuan, kita dapat berganding bahu merentasi NGO, organisasi, komuniti dan sektor swasta untuk membawa sedikit kegembiraan serta harapan kepada mereka yang memerlukan.
Terima kasih kepada semua rakan kolaborasi, penyumbang, sukarelawan dan seluruh pasukan yang telah bersama-sama menjayakan usaha ini. Semoga kerjasama yang terjalin akan terus berkembang dan lebih banyak manfaat dapat kita sampaikan kepada masyarakat.
Kerana apabila kita berkongsi, kita bukan sekadar memberi bantuan.
Kita berkongsi harapan.
Kita menyemai kasih.
Kita membina komuniti yang lebih prihatin. ❤️
🌱 Nourishing Hope. Sharing Love.
🤍 Love All • Serve All