Rabithah Masyaikh Sufiah Nusantara

Rabithah Masyaikh Sufiah Nusantara Merupakan anggota badan para Masyaikh Sufiah daripada pelbagai aliran Thariqah Muktabarah .

π™πˆπ€π‘π€π‡ πŒπ€π‡π€πππ€π‡ π‘π€ππˆπ“π‡π€π‡ πŒπ€π’π˜π€πˆπŠπ‡ π’π”π…πˆπ€π‡ 𝐍𝐔𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 πŠπ„ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 πŒπ”π…π“πˆ ππ„π†π„π‘πˆ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘Alhamdulillah, pagi tadi kunjungan ho...
27/07/2026

π™πˆπ€π‘π€π‡ πŒπ€π‡π€πππ€π‡ π‘π€ππˆπ“π‡π€π‡ πŒπ€π’π˜π€πˆπŠπ‡ π’π”π…πˆπ€π‡ 𝐍𝐔𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 πŠπ„ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 πŒπ”π…π“πˆ ππ„π†π„π‘πˆ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘

Alhamdulillah, pagi tadi kunjungan hormat Ketua Umum Rabithah Masyaikh Sufiah Nusantara, Syeikh Sidi Rohimuddin, ke atas Sahibus Samahah Dato' Seri Utama Diraja M***i Selangor, Y.A.D. Dato' Setia Dr. Haji Anhar bin Haji Opir di Jabatan M***i Negeri Selangor.

Ziarah mahabbah bagi mengeratkan ukhuwah serta memperkukuhkan hubungan antara Rabithah Masyaikh Sufiah Nusantara dengan Jabatan M***i Negeri Selangor.

Dalam pertemuan tersebut, Syeikh Sidi Rohimuddin turut berkongsi beberapa gerak kerja dan inisiatif yang sedang digerakkan oleh pihak Rabithah, antaranya pembangunan program Kota Sufi serta pelbagai usaha dakwah, pendidikan dan pengukuhan kefahaman tasawuf yang sahih di Nusantara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan M***i Negeri Selangor atas kesudian menerima kunjungan kami dengan penuh mesra dan terbuka.

Semoga ukhuwah serta jalinan kerjasama ini terus diperkukuhkan demi manfaat umat, agama dan negara.

ππ„π‘π“π„πŒπ”π€π π’π˜π„πˆπŠπ‡ π’πˆπƒπˆ π‘πŽπ‡πˆπŒπ”πƒπƒπˆπ, πŠπ„π“π”π€ π”πŒπ”πŒ π‘π€ππˆπ“π‡π€π‡ πŒπ€π’π˜π€πˆπŠπ‡ π’π”π…πˆπ˜π˜π€π‡ 𝐍𝐔𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐃𝐑. π€πŒπ‘π€π, πˆπˆπƒπŒ πŠπ”π€ππ“π€πAlhamdu...
26/07/2026

ππ„π‘π“π„πŒπ”π€π π’π˜π„πˆπŠπ‡ π’πˆπƒπˆ π‘πŽπ‡πˆπŒπ”πƒπƒπˆπ, πŠπ„π“π”π€ π”πŒπ”πŒ π‘π€ππˆπ“π‡π€π‡ πŒπ€π’π˜π€πˆπŠπ‡ π’π”π…πˆπ˜π˜π€π‡ 𝐍𝐔𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐃𝐑. π€πŒπ‘π€π, πˆπˆπƒπŒ πŠπ”π€ππ“π€π

Alhamdulillah, Syeikh Sidi Rohimuddin selaku Ketua Umum Rabithah Masyaikh Sufiyyah Nusantara telah mengadakan pertemuan bersama Prof. Madya Dr. Amran Muhammad, Pengarah Eksekutif Institut Ilmuan Darul Makmur (IIDM), Kuantan.

Dalam pertemuan tersebut, Syeikh Sidi Rohimuddin telah berkongsi mengenai visi, misi serta gerak kerja Rabithah Masyaikh Sufiyyah Nusantara dalam usaha memartabatkan ilmu, memperkukuh kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah serta menyuburkan budaya ilmu dan nilai-nilai tasawuf yang sahih dalam masyarakat.

Pertemuan berlangsung dalam suasana penuh mahabbah dan saling bertukar pandangan mengenai usaha memperkasakan pembangunan ummah melalui pendekatan ilmu, tarbiah dan kerjasama antara institusi. Semoga Allah SWT memberkati pertemuan ini dan mengurniakan taufik dalam setiap usaha yang dilaksanakan demi manfaat agama, bangsa dan watan.

Pada sebelah malam 8 Julai 2026, telah berlangsung Majlis Zikir Perdana di Masjid Al-Malik Khalid, Universiti Sains Mala...
09/07/2026

Pada sebelah malam 8 Julai 2026, telah berlangsung Majlis Zikir Perdana di Masjid Al-Malik Khalid, Universiti Sains Malaysia (USM) yang bermula selepas solat Maghrib sehingga sekitar jam 11.30 malam.

Majlis diisi dengan bacaan tahlil, zikir dan selawat, serta tausiah yang disampaikan oleh Syeikh (Dr.) Mohd Jamil Sadaqi Al-Jarumi, Tuan Guru Baba Ahmad Ridouddin bin Haji Wahab, Sidi Syaikh Rohimuddin Nawawi al-Bantani dan Al-Fadhil Syeikh Shahiul Hamid.

Dalam majlis tersebut, pihak penganjur turut memberikan ruang kepada Rabithah Masyaikh Sufiah Se Nusantara untuk memperkenalkan gerak kerja, visi dan misinya kepada para hadirin. Penerangan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Dr. Muhammad Afif bin Yahya, selaku Setiausaha Kerja Rabithah Masyaikh Sufiah Se Nusantara.

Alhamdulillah, majlis mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila ruang masjid dipenuhi oleh masyarakat umum, para asatizah dan para pencinta jalan tasawuf sehingga majlis berakhir.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pusat Islam USM, Jabatan M***i Negeri Pulau Pinang, seluruh barisan masyaikh, para penceramah, urus setia serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis yang penuh keberkatan ini.

Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan dan mengurniakan keberkatan kepada semua yang terlibat.

πŒπ”π™π€πŠπ€π‘π€π‡ 𝐓𝐀𝐒𝐀𝐖𝐔𝐅 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 ππˆππ€ππ† πŸπŸŽπŸπŸ”: πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŠπ„π…π€π‡π€πŒπ€π π“π€π‘π„πŠπ€π‡ πŒπ”πŠπ“π€ππ€π‘π€π‡Gelugor, 8 Julai 2026 – Alhamdulillah, Muza...
09/07/2026

πŒπ”π™π€πŠπ€π‘π€π‡ 𝐓𝐀𝐒𝐀𝐖𝐔𝐅 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 ππˆππ€ππ† πŸπŸŽπŸπŸ”: πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŠπ„π…π€π‡π€πŒπ€π π“π€π‘π„πŠπ€π‡ πŒπ”πŠπ“π€ππ€π‘π€π‡

Gelugor, 8 Julai 2026 – Alhamdulillah, Muzakarah Tasawuf Pulau Pinang 2026 berjaya dilaksanakan dengan penuh manfaat bertemakan "Tarekah Tasawuf: Antara Haq dan Batil" di Dewan Kuliah G31, Pusat Pengajian Sains Matematik, Universiti Sains Malaysia (USM).

Program ini merupakan anjuran Jabatan M***i Negeri Pulau Pinang dan Pusat Islam USM dengan kerjasama Rabithah Masyaikh Sufiah Se Nusantara serta Pertubuhan Nahdhatul Ulama' Malaysia (NA'AM).

Muzakarah ini menjadi wadah penting untuk mempertemukan para ulama, ilmuwan, asatizah dan masyarakat dalam membincangkan hakikat tasawuf serta tarekah yang sahih menurut manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah, sekali gus memberikan pencerahan kepada umat agar dapat membezakan antara tarekah yang muktabarah dengan ajaran yang menyimpang daripada syariat.

Majlis dimulakan dengan ucaptama oleh Sahibus Samahah Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Sukki bin Othman, M***i Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Seterusnya para peserta mengikuti pembentangan ilmiah daripada tiga tokoh yang berpengalaman dalam bidang masing-masing:

β€’ Tuan Guru Baba Ahmad Ridouddin bin Haji Wahab
"Pengajian Tarekah di Pondok dan Masyarakat Awam: Muhasabah Pendekatan."

β€’ Prof. Madya Dr. Muhammad Khairi bin Mahyuddin
"Kriteria Tarekah Muktabarah Menurut Ahlus Sunnah Wal Jamaah."

β€’ Sidi Syaikh Rohimuddin Nawawi al-Bantani
"Tarekah Sufi: Kembali kepada Jalan Kemurnian Menurut Metod Imam al-Junayd dan Imam al-Ghazali."

Sepanjang muzakarah, para pembentang menegaskan bahawa jalan tasawuf yang benar sentiasa berpaksikan al-Quran, al-Sunnah dan disiplin syariat. Perbincangan yang dikemukakan turut menjelaskan ciri-ciri tarekah muktabarah serta kepentingan bimbingan para masyaikh dalam proses penyucian jiwa dan pembentukan akhlak ihsan.

Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran para asatizah, wakil Jabatan M***i dan Jabatan Agama Islam, pensyarah, mahasiswa, pimpinan institusi serta para muhibbin tarekah tasawuf dari pelbagai negeri.

Rabithah Masyaikh Sufiah Se Nusantara merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan M***i Negeri Pulau Pinang, Pusat Islam USM, NA'AM, seluruh barisan pembentang, urus setia serta semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan komitmen dalam menjayakan muzakarah ini.

Semoga usaha ilmiah seperti ini terus diperkasakan sebagai medan menyebarkan kefahaman tasawuf yang sahih, memperkukuhkan pegangan akidah dan syariat, serta membimbing umat menuju penghayatan ihsan dalam kehidupan.

Alhamdulillah, syukur atas kejayaan Seminar Tarekah Tasawuf Pulau Pinang 2026 pada 8 Julai yang lalu.Semoga usaha murni ...
09/07/2026

Alhamdulillah, syukur atas kejayaan Seminar Tarekah Tasawuf Pulau Pinang 2026 pada 8 Julai yang lalu.

Semoga usaha murni ini menjadi asbab tersebarnya kefahaman yang sahih tentang tasawuf, tarekah muktabarah dan penghayatan ihsan dalam kalangan masyarakat.

Tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program ini.

08/07/2026

MAJLIS ZIKIR PERDANA

08/07/2026

MAJLIS ZIKIR PERDANA

- Syeikh (Dr.) Mohd Jamil Sadaqi Bin Murdyid Diraja Dato Tajuddin

08/07/2026

MUZAKARAH TASAWUF PULAU PINANG
- Tarekah Tasawuf: Antara Haq dan Batil

8 Julai 2026 | 8:00 pagi - 4:30 petang

Universiti Sains Malaysia

Pertemuan penuh mahabbah antara Syeikh Sidi Rohimuddin al-Bantani bersama Prof. Madya Dr. Abdul Manam, panel pakar Tasaw...
06/07/2026

Pertemuan penuh mahabbah antara Syeikh Sidi Rohimuddin al-Bantani bersama Prof. Madya Dr. Abdul Manam, panel pakar Tasawuf JAKIM dan Ahli Jilsah Turuq Sufiah Negeri Sembilan.

Dalam pertemuan ini, Syeikh Sidi Rohimuddin selaku Ketua Umum Rabithah Masyaikh Sufiah Se-Nusantara telah menghadiahkan kitab Dalil al-Salikin Ila Manahij al-'Arifin yang diterbitkan oleh pihak Rabithah sebagai tanda penghargaan dan usaha menyebarluaskan khazanah ilmu tasawuf yang bersanad.

Moga ikatan para masyaikh terus terjalin erat serta menjadi asbab berkembangnya dakwah, tarbiah dan penyebaran manhaj tasawuf yang sahih berteraskan al-Quran, al-Sunnah dan warisan para ulama.

Address

Jalan Batu Tulis XIV No. 4, RT. 4 RW. 02, Kebon Kelapa, Kecamatan Gambir
Central Jakarta
10120

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rabithah Masyaikh Sufiah Nusantara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share