26/09/2025
[MERDEKA WALK & PICNIC 2025]
Sekali lagi kita bersua,
Dimulakan dengan solat berjemaah,
Diteruskan dengan Merdeka Walk & Flag Hunt penuh semangat,
Diserikan dengan pelbagai juadah potluck penuh kasih dan ikhlas,
Dihidupkan dengan nyanyian & deklamasi sajak yang menyentuh jiwa,
Kuiz Merdeka juga tak kurang sambutannya,
Diiringi keceriaan anak-anak dalam pelbagai aktiviti bersama,
Dan semuanya terpancar dalam senyuman yang mengikat ukhuwah kita semua.
Terima kasih kepada seluruh keluarga MCCH yang hadir, menyumbang masa, tenaga, dan kasih sayang. Semoga ukhuwah ini terus kukuh dan semangat kemerdekaan Malaysia kekal segar walau di perantauan.
**caption ini bukan hasil chatgpt - Admin