HALUANSiswa Mesir

Directions Website

HALUANSiswa Mesir Kelab Siswa HALUAN Mesir (HALUANSiswa Mesir) ialah sebuah kelab terdiri dari mahasiswa dan mahasiswi di Mesir.

Kelab Siswa HALUAN Mesir atau singkatannya HALUANSiswa Mesir merupakan sebuah kelab yang bernaung di bawah Education Malaysia Egypt (EME). HALUANSiswa Mesir merupakan cawangan luar negara HALUAN Malaysia, singkatan kepada Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1988. HALUANSiswa Mesir ditubuhkan bagi memenuhi objektif-objektif berikut:

1. Melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malah gemilang dari segi sahsiahnya serta prihatin dengan permasalahan kemanusiaan sejagat.

2. Melengkapkan mahasiswa dengan ketahanan diri yang tinggi dari segi mental, fizikal, emosi dan spiritual untuk menjadi pemimpin masa hadapan.

3. Menyampaikan maklumat dan melibatkan diri untuk menyumbang dalam menyelesaikan masalah kemanusiaan dari kalangan mahasiswa dan masyarakat.

4. Berkongsi kepakaran dan pengalaman yang dimiliki oleh HALUAN untuk manfaat mahasiswa/i di Mesir serta mewujudkan sinergi dan kerjasama strategik dengan kelab dan persatuan pelajar yang telah sedia ada di Mesir. Dengan membawa moto HALUAN iaitu ‘Berakhlak, Mendidik dan Berbakti’, HALUANSiswa Mesir bertekad untuk menjadi wadah alternatif kepada usaha-usaha pembangunan insan dari aspek intelektual, kerohanian, fizikal serta isu-isu kemanusiaan sejagat. Penubuhan kelab ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan mahasiswa berkompetensi yang cemerlang akademik dan mempunyai soft skills selaras dengan dasar Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk menjadikan pembelajaran melangkaui bilik kuliah.

69 tahun kita berdiri megah hasil pengorbanan mereka yang terdahulu. Kemerdekaan bukan noktah perjuangan, tetapi titik p...
31/08/2026

69 tahun kita berdiri megah hasil pengorbanan mereka yang terdahulu. Kemerdekaan bukan noktah perjuangan, tetapi titik permulaan untuk kita terus melangkah lebih tinggi.

Semoga Allah SWT terus melindungi dan memberkati bumi bertuah ini, sebagaimana doa Nabi Ibrahim AS untuk Mekah dan doa Rasulullah SAW untuk Madinah:

رَبِّ ٱجۡعَلۡ هَـٰذَا بَلَدًا ءَامِنࣰا
"Wahai Tuhanku, jadikanlah negeri ini negeri yang aman sentosa."
(Surah al-Baqarah: 126)

وَإِنَّهُ دَعَاكَ لِمَكَّةَ وَأَنَا أَدْعُوْكَ لِلْمَدِيْنَةِ بِمِثْلِ مَا دَعَاكَ لِمَكَّةَ
"(Ya Allah) Sesungguhnya Nabi Ibrahim berdoa kepadaMu kesejahteraan untuk Mekah, maka aku berdoa buat Madinah sepertimana baginda berdoa untuk Mekah."
(Hadis riwayat Muslim & disahihkan oleh al-Albani)

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗿𝗱𝗲𝗸𝗮𝗮𝗻 𝗸𝗲-𝟲𝟵
"𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢 𝘔𝘈𝘋𝘈𝘕𝘐: 𝘒𝘦𝘴𝘦𝘫𝘢𝘩𝘵𝘦𝘳𝘢𝘢𝘯 𝘋𝘪𝘯𝘪𝘬𝘮𝘢𝘵𝘪"


Salam Maulidul Rasul 1448H/2026M12 Rabiulawal sekali lagi mengimbau detik agung hari kelahiran insan paling mulia, Nabi ...
25/08/2026

Salam Maulidul Rasul 1448H/2026M

12 Rabiulawal sekali lagi mengimbau detik agung hari kelahiran insan paling mulia, Nabi Muhammad SAW. Baginda datang bukan sekadar membawa satu ajaran, tetapi membawa cahaya yang mengubah seluruh tamadun manusia, daripada kejahilan kepada ilmu, daripada perpecahan kepada ukhuwah, daripada kegelapan kepada hidayah.

Sirah baginda bukan cerita untuk dikenang semata, tetapi cermin untuk kita hidupkan dalam setiap tindakan seharian dalam cara kita berniaga, berbicara, dan berjiran sesama manusia. Cinta kepada Rasulullah SAW tidak cukup hanya dengan lafaz dan selawat di bibir, tetapi perlu dizahirkan melalui akhlak dan usaha meneruskan dakwah yang baginda perjuangkan dengan penuh pengorbanan.

Semoga sambutan Maulidur Rasul tahun ini menjadi titik muhasabah buat kita semua untuk kembali mendekati sunnah, menghayati akhlak baginda, dan menyambung obor dakwah Islam ke serata alam.


KORBAN HALUANSISWA MESIR 1447HPada 28 Mei 2026 yang lalu, telah berlangsung Program Korban Aidiladha HALUANSiswa Mesir d...
21/06/2026

KORBAN HALUANSISWA MESIR 1447H

Pada 28 Mei 2026 yang lalu, telah berlangsung Program Korban Aidiladha HALUANSiswa Mesir dengan kerjasama MUHIM Mesir, Kerukunan Keluarga Sulawesi Kairo Mesir (KKS) dan Markaz Ilmu Al-Badr Mesir.

HALUANSiswa Mesir pada tahun ini menyembelih sebanyak 11 ekor kambing dan dagingnya diagihkan kepada fakir miskin, mahasiswa, serta komuniti setempat sebagai simbol keprihatinan dan inginkan rasa kebersamaan dalam menyambut Hari Raya Aidiladha.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada para peserta korban, petugas dan semua pihak yang telah menyumbang tenaga, masa dan harta dalam menjayakan program ini.

Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan diterima Allah SWT serta menjadi saham akhirat yang berkekalan.

𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗔𝗟 𝗛𝗜𝗝𝗥𝗔𝗛 𝟭𝟰𝟰𝟴𝗛Setiap tahun baru bukan sekadar pertambahan angka, tetapi peringatan bahawa umur semakin berkuran...
16/06/2026

𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗔𝗟 𝗛𝗜𝗝𝗥𝗔𝗛 𝟭𝟰𝟰𝟴𝗛

Setiap tahun baru bukan sekadar pertambahan angka, tetapi peringatan bahawa umur semakin berkurang dan perjalanan menuju Allah semakin dekat.

Hijrah bukan hanya berpindah tempat, tetapi berpindah hati. Dari kelalaian kepada kesedaran, dari dosa kepada taubat, dari sekadar berharap kepada berusaha.

Tidak mengapa jika langkah kita kecil, asalkan tidak berhenti. Tidak mengapa jika masih banyak kekurangan, asalkan sentiasa memperbaiki diri.

Semoga tahun ini menjadi titik permulaan untuk kita lebih dekat dengan al-Quran, lebih menjaga solat, lebih ikhlas dalam beramal, dan lebih lembut dalam melayani sesama manusia.

Semoga Allah memberkati setiap langkah hijrah kita.

Ikhlas daripada HALUANSiswa Mesir✨



𝗗𝗔𝗨𝗟𝗔𝗧 𝗧𝗨𝗔𝗡𝗞𝗨 Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniahKEBAWAH DULI YANG MAHA MULIASERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTU...
01/06/2026

𝗗𝗔𝗨𝗟𝗔𝗧 𝗧𝗨𝗔𝗡𝗞𝗨

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku

Pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

Sembah Takzim Daripada
Seluruh Warga HALUANSiswa Mesir

Aidiladha bukan sekadar perayaan,tetapi peringatan tentang taat, sabar dan pengorbanan.Mari kita menjadi hambayang senti...
27/05/2026

Aidiladha bukan sekadar perayaan,
tetapi peringatan tentang taat, sabar dan pengorbanan.

Mari kita menjadi hamba
yang sentiasa mendahulukan Allah dalam setiap urusan.

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗔𝗶𝗱𝗶𝗹𝗮𝗱𝗵𝗮 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛.
Dari seluruh warga HALUANSiswa Mesir.



Bukan semua doa diangkat dengan air mata,ada yang diangkat dengan hati yang benar-benar berharap.Hari Arafah,hari yang p...
26/05/2026

Bukan semua doa diangkat dengan air mata,
ada yang diangkat dengan hati yang benar-benar berharap.

Hari Arafah,
hari yang penuh keampunan, rahmat dan peluang untuk kembali kepada Allah.

Jangan biarkan ia berlalu seperti hari biasa.
Perbanyakkan doa, zikir dan puasa.

Semoga Allah menerima segala amal kita
dan menghapuskan dosa-dosa yang lalu.


Setiap ilmu yang diajarkan,setiap teguran yang diberikan,dan setiap doa yang dipanjatkan seorang guru,menjadi cahaya yan...
16/05/2026

Setiap ilmu yang diajarkan,
setiap teguran yang diberikan,
dan setiap doa yang dipanjatkan seorang guru,
menjadi cahaya yang membentuk siapa diri kami hari ini.

Guru bukan sekadar pendidik,
tetapi insan yang sabar memimpin,
ikhlas membimbing,
dan tidak pernah jemu menyemai harapan dalam jiwa anak bangsa.

Terima kasih atas segala usaha, kasih sayang dan pengorbanan yang dicurahkan.

Selamat Hari Guru
“Guru membina generasi, menyuluh kehidupan”

__

𝙎𝙚𝙧𝙩𝙖𝙞 𝙠𝙤𝙧𝙗𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖 𝙃𝘼𝙇𝙐𝘼𝙉.
https://www.korban.haluan.org.my/v2

📝 Pilih Pakej D untuk korban di Mesir.

📞 Pertanyaan lanjut sila hubungi:
Luqman Aziro: https://WA.me/60195267615

4 Mei 2026 – Telah diadakan satu sesi ramah mesra antara HALUANSiswa Mesir dan aktivis HALUAN Malaysia.Program ini dimul...
06/05/2026

4 Mei 2026 – Telah diadakan satu sesi ramah mesra antara HALUANSiswa Mesir dan aktivis HALUAN Malaysia.

Program ini dimulakan dengan sesi forum bicara tentang peranan mahasiswa dalam misi kemanusiaan, memberi fokus kepada pendedahan realiti sebenar kerja-kerja kemanusiaan di lapangan, termasuk cabaran, keperluan mendesak serta bagaimana bantuan disalurkan secara tersusun kepada golongan yang memerlukan.

Para hadirin turut diberi gambaran tentang bagaimana setiap individu, termasuk mahasiswa, boleh memainkan peranan melalui sokongan, kesedaran dan usaha kecil yang berterusan.

Semoga program ini menjadi titik permulaan untuk melahirkan lebih ramai mahasiswa yang peka, cakna dan bersedia untuk terlibat dalam usaha membantu masyarakat sejagat.



Address

Abdel Moneim El Sheribini Street
Cairo

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HALUANSiswa Mesir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share