20/08/2026
📚 KOMBO WAHDATUL WUJUD
💥 Harga Kombo: RM89 sahaja
📖 𝐑𝐢𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐟𝐢 𝐖𝐚𝐡𝐝𝐚𝐡 𝐚𝐥-𝐖𝐮𝐣𝐮𝐝
✍️ Baha’ al-Din Zadah
Sebuah risalah ringkas tetapi padat yang menjelaskan konsep Wahdatul Wujud serta asas-asas utama yang berkaitan dengan mazhab tersebut.
Penulis menghimpunkan perkara-perkara terpenting berkaitan Wahdatul Wujud dengan gaya penulisan yang jelas dan langsung, tanpa memanjangkan perbahasan. Beliau turut menjelaskan pendiriannya terhadap golongan sufi yang berpegang dengan konsep tersebut serta menegaskan sikap bersangka baik terhadap mereka dari sudut agama dan ibadah.
Namun begitu, bagi mereka yang tidak mempunyai pengalaman dalam perjalanan kerohanian, penulis menasihatkan agar berpegang kepada zahir syariat dan tidak menyelami perbahasan-perbahasan seperti ini secara sembarangan, kerana dikhuatiri membawa kepada kesesatan.
Edisi ini turut disertakan tahqiq dan ulasan daripada 𝗦𝘆𝗲𝗶𝗸𝗵 𝗗𝗿. 𝗦𝗮𝗲𝗲𝗱 𝗙𝘂𝗱𝗮𝗵, termasuk beberapa nukilan daripada karya-karya lain bagi membantu pembaca memahami istilah dan perbahasan berkaitan Wahdatul Wujud dengan lebih jelas.
Sebuah karya yang sesuai sebagai pengenalan kepada gambaran asas Wahdatul Wujud serta titik permulaan untuk penelitian yang lebih mendalam.
📖 𝐑𝐢𝐬𝐚𝐥𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐟𝐢 𝐖𝐚𝐡𝐝𝐚𝐡 𝐚𝐥-𝐖𝐮𝐣𝐮𝐝
✍️ Syeikh Dr. Saeed Fudah
Sebuah karya yang menghimpunkan dua risalah khusus mengenai Wahdatul Wujud, dengan perbahasan yang lebih luas dan terperinci.
𝗥𝗶𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 – 𝒂𝒍-𝑹𝒊𝒔𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒂𝒍-𝑱𝒂𝒅𝒊𝒅𝒂𝒉 𝒇𝒊 𝑾𝒂𝒉𝒅𝒂𝒉 𝒂𝒍-𝑾𝒖𝒋𝒖𝒅
Antara perkara yang dibincangkan:
* Pengenalan tentang 𝗸𝗼𝗻𝘀𝗲𝗽 𝘄𝘂𝗷𝘂𝗱(kewujudan).
* Penjelasan dan penelitian tentang 𝗪𝗮𝗵𝗱𝗮𝘁𝘂𝗹 𝗪𝘂𝗷𝘂𝗱.
* Perbahasan mengenai wujud (𝗮𝗹-𝗪𝘂𝗷𝘂𝗱) dan sesuatu yang wujud (𝗮𝗹-𝗠𝗮𝘄𝗷𝘂𝗱).
* Perbezaan antara 𝗪𝗮𝗵𝗱𝗮𝘁𝘂𝗹 𝗪𝘂𝗷𝘂𝗱 dan 𝗪𝗮𝗵𝗱𝗮𝘁𝘂𝗹 𝗦𝘆𝘂𝗵𝘂𝗱.
* Penjelasan bahawa persamaan hanya pada nama atau istilah, bukan pada hakikat.
* Pandangan 𝗜𝗺𝗮𝗺 𝗮𝗹-𝗚𝗵𝗮𝘇𝗮𝗹𝗶 dalam kitab 𝗮𝗹-𝗠𝗶𝘀𝘆𝗸𝗮𝗵.
* Pandangan 𝗜𝗺𝗮𝗺 𝗮𝗹-𝗦𝗮𝗮𝗱 dalam 𝗮𝗹-𝗠𝗮𝗾𝗮𝘀𝗶𝗱 dan syarahnya.
* Pandangan 𝗦𝘆𝗲𝗶𝗸𝗵 ‘𝗔𝗯𝗱 𝗮𝗹-𝗥𝗮𝘇𝘇𝗮𝗾 𝗮𝗹-𝗤𝗮𝘀𝘆𝗮𝗻𝗶.
* Pandangan 𝗔𝗹𝗮’ 𝗮𝗹-𝗗𝗮𝘄𝗹𝗮𝗵 𝗮𝗹-𝗦𝗶𝗺𝗻𝗮𝗻𝗶, seorang tokoh yang dikenali dengan kewalian dan ilmu kerohanian.
* Nukilan pandangan 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗮𝗹-𝗦𝗶𝗿𝗵𝗶𝗻𝗱𝗶 𝗮𝗹-𝗙𝗮𝗿𝘂𝗾𝗶.
* Ulasan dan komentar terhadap pandangan 𝗮𝗹-𝗞𝗮𝘁𝘁𝗮𝗻𝗶.
𝗥𝗶𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗞𝗲𝗱𝘂𝗮 – 𝑴𝒊𝒏𝒂𝒉 𝒂𝒍-𝑾𝒂𝒅𝒖𝒅 𝒇𝒊 𝑩𝒂𝒚𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒛𝒉𝒂𝒃 𝑾𝒂𝒉𝒅𝒂𝒉 𝒂𝒍-𝑾𝒖𝒋𝒖𝒅
Antara perkara yang dibincangkan:
* Kaedah dan prinsip umum dalam memahami 𝗸𝗼𝗻𝘀𝗲𝗽 𝗪𝗮𝗵𝗱𝗮𝘁𝘂𝗹 𝗪𝘂𝗷𝘂𝗱.
* Perbezaan antara 𝗪𝘂𝗷𝘂𝗱 𝗠𝘂𝗺𝗸𝗶𝗻 dan 𝗪𝘂𝗷𝘂𝗱 𝗪𝗮𝗷𝗶𝗯, serta perbahasan tentang hakikat kewujudan kedua-duanya.
* Perbahasan tentang perkara-perkara yang bersifat mumkin dan hakikat kebergantungan kewujudannya.
* Perbezaan antara 𝗪𝘂𝗷𝘂𝗱 ‘𝗔𝘆𝗻𝗶 dan 𝗪𝘂𝗷𝘂𝗱 ‘𝗔𝗿𝗮𝗱𝗵𝗶.
* Perbahasan mengenai ungkapan “Tiada wujud melainkan Allah SWT.”
* 𝗦𝘆𝗶𝗿𝗶𝗸 dan 𝗶𝗺𝗮𝗻 di sisi pendokong Wahdatul Wujud.
* Perbahasan mengenai 𝗮𝗹-𝗪𝘂𝘀𝘂𝗹 (sampai kepada Allah SWT).
* Perbahasan mengenai 𝗽𝗲𝗿𝗯𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗦𝗪𝗧 menurut fahaman Wahdatul Wujud.
* Sanggahan terhadap risalah 𝗮𝗹-𝗡𝗮𝗯𝘂𝗹𝘀𝗶yang berjudul 𝗜𝗱𝗵𝗮𝗵 𝗮𝗹-𝗠𝗮𝗾𝘀𝘂𝗱 𝗺𝗶𝗻 𝗪𝗮𝗵𝗱𝗮𝗵 𝗮𝗹-𝗪𝘂𝗷𝘂𝗱.
* Perbahasan mengenai persoalan perkongsian pada konsep wujud.
* Penjelasan mengenai ungkapan 𝗮𝗹-𝗔𝘀𝘆‘𝗮𝗿𝗶: “Kewujudan setiap sesuatu adalah zatnya.”
* Penjelasan tentang makna 𝗪𝗮𝗵𝗱𝗮𝘁𝘂𝗹 𝗪𝘂𝗷𝘂𝗱 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗿𝘂𝘁 𝗮𝗹-𝗡𝗮𝗯𝘂𝗹𝘀𝗶.
* Perbahasan tentang 𝗪𝗮𝗵𝗱𝗮𝘁𝘂𝗹 𝗪𝘂𝗷𝘂𝗱 dalam kalangan ahli falsafah, termasuk 𝗫𝗲𝗻𝗼𝗽𝗵𝗮𝗻𝗲𝘀, 𝗣𝗮𝗿𝗺𝗲𝗻𝗶𝗱𝗲𝘀, 𝗦𝗽𝗶𝗻𝗼𝘇𝗮 dan 𝗛𝗲𝗴𝗲𝗹.
📎 Lampiran:
𝗝𝗮𝘄𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗳𝗮𝘁𝘄𝗮 𝗜𝗯𝗻 𝗞𝗮𝗺𝗮𝗹 𝗣𝗮𝘀𝗵𝗮.
📚 Dua risalah yang saling melengkapi — risalah pertama (𝐑𝐢𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐟𝐢 𝐖𝐚𝐡𝐝𝐚𝐡 𝐚𝐥-𝐖𝐮𝐣𝐮𝐝) memberikan gambaran asas dan memperkenalkan konsep-konsep utama Wahdatul Wujud, manakala risalah kedua (𝐑𝐢𝐬𝐚𝐥𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐟𝐢 𝐖𝐚𝐡𝐝𝐚𝐡 𝐚𝐥-𝐖𝐮𝐣𝐮𝐝) membawa pembaca kepada perbahasan yang lebih luas dan mendalam, termasuk isu-isu akidah, pandangan para tokoh serta kaitannya dengan pemikiran falsafah.
Sesuai untuk penuntut ilmu, pengkaji serta pembaca yang ingin memahami perbahasan Wahdatul Wujud daripada sumber-sumber yang dihimpunkan dan diteliti secara ilmiah.
🛒 Dapatkan Kombo Wahdatul Wujud sekarang di Shopee Aslein Malaya sementara stok masih ada!
🔗 Pautan pembelian disediakan di ruangan komen 👇🏽