05/12/2025
Semalam berlangsung sesi Sidang Media Pelancaran Pakej Tahsin Quran Bersanad bersama Masyayikh Al Azhar as Syarif dan tandatangan perjanjian persefahaman diantara Darul Maghfirah dan Excel Travel & Tours. Excel Travel diwakili oleh Pengurus Besar, Tuan Abdul Hafiz dan Penasihat Agama mereka Ust Akram Ikrami.
Kedua pihak bersetuju bekerjasama untuk membangun pakej Edu Tourism berfokus di Mesir dan menjadikan Kompleks Darul Maghfirah sebagai pusat sehenti pembelajaran Al Quran dan lain lain.
Kompleks Darul Maghfirah yang terletak di Nasr City, Cairo adalah sebuah bangunan apartment 9 tingkat yang diubahsuai menjadi homestay yang boleh memuatkan 40 orang dalam satu satu masa, dilengkapi Dewan Serbaguna yang berkapasiti 100 orang, Dobi, Lif, Ruang Legar Tetamu, Restoran, CCTV dan Pengawal Keselamatan. Memberikan keselesaan dan ketenteraman kepada para peserta insya Allah sepanjang proses pembelajaran di sana.
Kumpulan pertama akan berangkat pada 7 Disember ini.
Terima kasih kepada Harian Metro, Utusan, Malaysia Tribune, Seismic yang hadir dalam sidang media semalam.
Mohon doa semua sahabat agar pakej ini mendapat sambutan, diredhai dan diberkati oleh Allah swt.
Aamiin yra.