AZIM Jerman

AZIM Jerman AZIM adalah sebuah pertubuhan berorientasikan pembangunan modal insan ke arah mewujudkan Malaysia moden berteraskan bangsa yang berketrampilan.

Kadang-kadang kita rasa kebaikan yang kita buat itu kecil.Tapi dalam Islam, menunjukkan orang lain kepada kebaikan juga ...
11/03/2026

Kadang-kadang kita rasa kebaikan yang kita buat itu kecil.
Tapi dalam Islam, menunjukkan orang lain kepada kebaikan juga satu pahala yang besar.

Jika kita berkongsi ilmu, mengingatkan kawan untuk solat, atau menyebarkan sesuatu yang baik — pahala itu mengalir seperti pahala orang yang melakukannya.

Bayangkan berapa banyak pahala yang boleh kita kumpul hanya dengan berkongsi satu kebaikan hari ini. 🌿

✨ Jom jadi sebab kepada kebaikan.
Share post ini supaya lebih ramai orang dapat peringatan yang baik.

Tag seseorang yang selalu mengajak kepada kebaikan.

********

Manchmal denken wir, unsere gute Tat sei klein.
Doch im Islam hat sogar das Hinweisen auf eine gute Tat großen Wert.

Wenn du Wissen teilst, jemanden an das Gebet erinnerst oder etwas Gutes weitergibst — bekommst du denselben Lohn wie die Person, die es tut.

Stell dir vor, wie viele Belohnungen entstehen können, nur weil du heute etwas Gutes teilst. 🌿

✨ Sei ein Grund für etwas Gutes.
Teile diesen Beitrag, damit mehr Menschen daran erinnert werden.

Markiere jemanden, der dich oft zu guten Taten inspiriert.

✨ Ramadan bermula dengan satu niat –yang tenang di dalam hati.Nabi ﷺ mengingatkan kita bahawa setiap siang dan malam di ...
08/03/2026

✨ Ramadan bermula dengan satu niat –yang tenang di dalam hati.

Nabi ﷺ mengingatkan kita bahawa setiap siang dan malam di bulan Ramadan, Allah membebaskan hamba-hamba-Nya dari api neraka, dan doa orang yang berpuasa tidak akan sia-sia.

Mungkin hari ini adalah masa untuk memperbaharui niat kita.Tidak perlu sempurna. Cukup ikhlas. 🤍

Satu doa yang perlahan.
Satu niat yang baik.
Sedikit harapan dalam hati.

Kadang-kadang perubahan bermula hanya dengan satu niat yang tulus.

💬 Apa doa yang ada di hati kamu hari ini? Kongsi di ruangan komen atau simpan dalam doa kamu.

*********
✨ Ramadan beginnt mit einer Niyyah – einer stillen Absicht im Herzen.

Der Prophet ﷺ erinnerte uns daran, dass Allah jeden Tag und jede Nacht im Ramadan Menschen vom Höllenfeuer befreit – und dass die Du’a eines Fastenden erhört wird.

Vielleicht ist heute der Moment, deine Absicht neu zu setzen.
Nicht perfekt. Nur ehrlich. 🤍

Ein stilles Gebet.
Ein guter Gedanke.
Ein kleines Stück Hoffnung.

Denn manchmal beginnt Veränderung einfach mit einer aufrichtigen Niyyah.

💬 Welche Du’a liegt heute in deinem Herzen? Teile sie gerne in den Kommentaren oder nimm dir einen Moment, sie in deinem Herzen zu flüstern.





Alhamdulillah, sambutan untuk Kelas Tahsin AZIM Jerman sangat memberangsangkan! 📖✨  Bagi memastikan setiap peserta menda...
07/03/2026

Alhamdulillah, sambutan untuk Kelas Tahsin AZIM Jerman sangat memberangsangkan! 📖✨

Bagi memastikan setiap peserta mendapat bimbingan yang lebih fokus dan berkualiti, kami dengan sukacitanya mengumumkan penambahan tenaga fasilitator baharu, Sis. Hajar. 🤍

Dengan latar belakang hafazan 30 juzuk serta ijazah sanad bacaan Hafs ‘An ‘Asim, insyaAllah beliau akan membantu memperkukuhkan lagi sesi pembelajaran tahsin kita.

Semoga dengan penambahan ini, lebih ramai peserta dapat memperbaiki bacaan Al-Quran dengan bimbingan yang terbaik.

Mari terus bersama kami dalam perjalanan memperindah bacaan Al-Quran. 🌙📖

02/03/2026

Recap 1.0 – Ihya Ramadhan bersama Azim Jerman 🌙✨

✨ Bagaimana jika Ramadhan kali ini menjadi titik perubahan hidup kita?

Alhamdulillah, Ihya Ramadhan 1.0 bersama Azim Jerman telah berlangsung dengan penuh pengisian, muhasabah dan semangat ukhuwwah. Setiap sesi mengingatkan kita bahawa perubahan tidak perlu besar — yang penting istiqamah.

Dan yang paling best…
✨ Peluang untuk daftar masih TERBUKA!
Masih belum terlambat untuk bersama kami. Jangan tangguh niat baik — mula sekarang.

📖 Program seterusnya:

🕌 Tadarus Online – 30 minit setiap hari
Kita hidupkan Al-Quran bersama, konsisten walau sedikit.

📚 Tahsin Al-Quran
🗓 Sabtu | 9.00am – 10.00am
📅 7 Mac 2026

📘 Kuliah Fiqh Ramadhan
🗓 Ahad | 8.00am – 10.00am
📅 8 Mac 2026

Ramadhan adalah madrasah jiwa. Jangan biarkan momentum ini terhenti di sini.

👉 Daftar sekarang & ajak sekurang-kurangnya seorang sahabat untuk join sekali.
Comment “NAK JOIN” atau DM kami untuk maklumat lanjut 🤍🌙







Seronoknya sesi pertama Kuliah Fiqh Ramadhan bersama Zainal Abidin Bidin! ✨ Alhamdulillah dan tahniah untuk semua pesert...
01/03/2026

Seronoknya sesi pertama Kuliah Fiqh Ramadhan bersama Zainal Abidin Bidin! ✨ Alhamdulillah dan tahniah untuk semua peserta yang hadir selama 2 jam di platform Gmeet tadi 🤩🤩seramai 41 orang yang tinggal disekitar Jerman dan sekitarnya.

Alhamdulillah, sesi bersama ustaz Bidin sangat interaktif dan membuka mata tentang fiqh Ramadhan.

Bukan sekadar kupas tentang puasa, tapi turut bincangkan isu solat, niat, al quran, tarawikh dan banyak lagi perkara penting yang kadang mungkin kita boleh terlepas pandang.

Banyak ilmu santai tapi dekat dengan kehidupan harian — memang berbaloi hadir 😊

Jangan lepaskan peluang untuk sertai kuliah seterusnya!

Jom daftar dan teruskan perjalanan menambah ilmu bersama kami 🌙

Link pendaftaran telah kami sediakan di Bio 🥰😍.

Jangan terlepas untuk rebut peluang keemasan ni ye

Sedikit motivasi buat anda semua ;
Barangsiapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju surga (HR. Muslim no. 2699)

AzimJerman

Ingatkan dah betul sebutan kita… rupanya banyak lagi kena betulkan 😅Sesi pertama Kelas Tahsin oleh Azim Jerman yang dike...
28/02/2026

Ingatkan dah betul sebutan kita… rupanya banyak lagi kena betulkan 😅

Sesi pertama Kelas Tahsin oleh Azim Jerman yang dikendalikan oleh Saudara Farhan berjalan dengan sangat smooth & penuh ilmu 💛

Fokus kali ni: Makhraj Utama – rongga mulut & kerongkong.
Nampak simple, tapi bila detailkan… terus rasa “eh selama ni aku sebut macam tak berapa tepat ye?

Walaupun jauh di perantauan, usaha untuk perbaiki bacaan tetap diteruskan.
Belajar santai, tak pressure tapi tetap deep.

📌 Next session:
🗓 7 Mac 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 – 9.00 pagi (Waktu Jerman)
💻 Platform: Google Meet

Kalau sesi pertama dah buka mata, next session confirm lagi padu 🚀

👉 Tekan link di bio sekarang untuk join sesi seterusnya & secure tempat anda.





Ini merupakan tazkirah yang didakan semasa takbir AZIM JERMAN pada malam terakhir ramadan. Semoga semua mendapat manfaat...
11/04/2024

Ini merupakan tazkirah yang didakan semasa takbir AZIM JERMAN pada malam terakhir ramadan. Semoga semua mendapat manfaatnya

Membangun jiwa selama sebulan,Memohon meraih seribu pengampunan,Menyambut syawal penuh pengharapan,Sucikan jiwa salam le...
09/04/2024

Membangun jiwa selama sebulan,
Memohon meraih seribu pengampunan,
Menyambut syawal penuh pengharapan,
Sucikan jiwa salam lebaran 🌙☪️

Kami ingin menyeru para muslimin dan muslimat di Jerman untuk bersama dalam “Takbir Online mit AZIM Jerman“ menerusi link di bawah:

https://join.skype.com/DuF99HZ9IcC4

Bersama Kita hidupkan Sunnah syawal 🤲🏻 memeriahkan erti “Kemenangan“ di malam Raya 🤝

Hampir menghampiri pengakhirannya 😢
04/04/2024

Hampir menghampiri pengakhirannya 😢

Adresse

Frankfurt

Webseite

Benachrichtigungen

Lassen Sie sich von uns eine E-Mail senden und seien Sie der erste der Neuigkeiten und Aktionen von AZIM Jerman erfährt. Ihre E-Mail-Adresse wird nicht für andere Zwecke verwendet und Sie können sich jederzeit abmelden.

Teilen