KRT Kg Baru K.Abang

KRT Kg Baru K.Abang Untuk memberitahu segala aktiviti yg dijalanakan di dalam Kg Baru K.abg oleh KRT

06/04/2026
Majlis Iftar Zon Rantau AbangAlhamdulillah hadir ke Majlis Iftar anjuran KRT Zon Rantau Abang bagi memperkukuh silaturra...
01/03/2026

Majlis Iftar Zon Rantau Abang

Alhamdulillah hadir ke Majlis Iftar anjuran KRT Zon Rantau Abang bagi memperkukuh silaturrahim dan menyantuni kemuliaan Ramadan.

๐Ÿ“… 28 Februari 2026
๐Ÿ•Œ 10 Ramadan 1447สฐ
๐Ÿ“ Dewan Bidara, Hotel UiTM Dungun

Semoga pertemuan ini menjadi wadah pengukuh perpaduan serta membawa keberkatan kita semua.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,Pihak KRT Kg Baru Kuala Abang ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-...
17/02/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Pihak KRT Kg Baru Kuala Abang ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh warga dan penduduk kampung.

Semoga Ramadan yang penuh keberkatan ini membawa rahmat, keampunan dan kesejahteraan kepada kita semua.
Marilah kita bersama-sama mempereratkan silaturahim, mengukuhkan perpaduan serta menghidupkan bulan mulia ini dengan amalan yang baik dan penuh keikhlasan.

โ€œMemperkasa Komuniti, Mengukuh Perpaduanโ€

Ikhlas daripada,
Jawatankuasa KRT Kg Baru Kuala Abang ๐ŸŒ™โœจ

08/11/2025

Juara Persembahan Zone Rantau Abang

07.11.2025Majlis Semarak Penghargaan Komuniti Perpaduan.๐€๐‹๐‡๐€๐Œ๐ƒ๐”๐‹๐ˆ๐‹๐‹๐€๐‡...Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kep...
08/11/2025

07.11.2025

Majlis Semarak Penghargaan Komuniti Perpaduan.

๐€๐‹๐‡๐€๐Œ๐ƒ๐”๐‹๐ˆ๐‹๐‹๐€๐‡...

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perpaduan Daerah Dungun atas pengiktirafan yang sangat bermakna ini.

๐ŸŽ–๏ธAnugerah Kelompok Komuniti Terbaik - Jiran Wanita

Sempena Majlis Semarak Penghargaan Komuniti Perpaduan Peringkat Daerah Dungun 2025 yang telah dirasmikan oleh :

YBhg. Encik Mohd Rosli bin Alias, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PERPADUAN) Negeri Terengganu.

Bertempat : Dewan Aspirasi MZ Planet Sura, Dungun.

Pengiktirafan ini menjadi penyuntik semangat untuk terus berbakti dan menyumbang kepada masyarakat dan perpaduan komuniti.

Terima kasih kepada semua AJK Krt Kg Baru Kuala Abang atas kerjasama.

Semoga kita terus diberi kekuatan untuk memberi yang terbaik, InsyaAllah.

PROGRAM KOMUNITI BERSAMA ๐Ÿ“… Tarikh: Khamis, 23 Oktober 2025๐Ÿ•˜ Masa: 9.00 malam๐Ÿ“ Tempat: Balairaya Kg Baru, Kuala AbangProg...
24/10/2025

PROGRAM KOMUNITI BERSAMA

๐Ÿ“… Tarikh: Khamis, 23 Oktober 2025
๐Ÿ•˜ Masa: 9.00 malam
๐Ÿ“ Tempat: Balairaya Kg Baru, Kuala Abang

Program Komuniti Bersama PDRM ini dianjurkan oleh 4 KRT terdiri daripada :-

โ€ข KRT Kg Baru
โ€ข KRT Rhu Batil
โ€ข KRT Kuala Abang
โ€ข KRT Rantau Abang

Tujuan program ini dianjurkan untuk mengeratkan hubungan antara penduduk kg dan pihak polis serta berkongsi isu keselamatan komuniti setempat.

Program ini diserikan juga dengan cabutan bertuah.

SEMINAR PENCEGAHAN KEGANASAN RUMAHTANGGA DAN PENDERAAN KANAK-KANAK & BULI PKD DUNGUN 2025Khamis 16 Oktober 2025Hadir ke ...
24/10/2025

SEMINAR PENCEGAHAN KEGANASAN RUMAHTANGGA DAN PENDERAAN KANAK-KANAK & BULI PKD DUNGUN 2025

Khamis 16 Oktober 2025

Hadir ke Seminar ini diadakan bagi memberi kesedaran dan pendedahan kepada masyarakat tentang masalah keganasan rumahtangga penderaan Kanak-kanak dan Buli dan menjadi ahli masyarakat yg prihatin dan berpengetahuan melaporkan kes-kes yang berlaku di dalam masyarakat kita. Pelbagai saluran boleh dijadikan supaya masalah ini tidak berleluasa.

Seminar dimulakan dengan Ceramah dari Ustaz Dr Abdul Wahab bin Md Ali, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam UITM Dungun dengan ceramah Keluarga Bahagia Masyarakat Sejahtera, Tips Melayari Bahtera Rumahtangga di Alaf Baru.

Seterusnya seminar diteruskan lagi dengan Forum Pencegahan Keganasan Rumahtangga, Penderaan Kanak-kanak dan Buli.

Moderator: Dr Fatimah Mohamed Yusoff, Ketua Unit Penyakit Tidak Berjangkit NCD PKD Dungun

Panel 1: YM Tuan Azlah bt Tuan Azam, Pengerusi Pelindung JKM dan aktivitis sukarelawan NGO BOSS Dungun.

Panel 2: Inspektor Muhammad Fikri dari IPD Dungun

Panel 3: Dr Farah Safura BT Mahamud, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam UiTM Dungun

Seminar diserikan dengan cabutan-cabutan bertuah yg disediakan oleh penganjur.

Adresse

Democratic Republic Of The

Site Web

Notifications

Soyez le premier ร  savoir et laissez-nous vous envoyer un courriel lorsque KRT Kg Baru K.Abang publie des nouvelles et des promotions. Votre adresse e-mail ne sera pas utilisรฉe ร  d'autres fins, et vous pouvez vous dรฉsabonner ร  tout moment.

Partager