PEMBINA Samarahan

Call Directions Website Contact the organization

PEMBINA Samarahan Pembina melahirkan kepimpinan belia yang syumul menerusi penglibatan amal mahasiswa menjelang 2030

MARUAH ITU UNTUK DIPELIHARA.Maruah bukan sekadar tentang bagaimana seseorang dilihat oleh orang lain, tetapi tentang bag...
10/02/2026

MARUAH ITU UNTUK DIPELIHARA.

Maruah bukan sekadar tentang bagaimana seseorang dilihat oleh orang lain, tetapi tentang bagaimana kita menghargai diri sendiri dan menghormati kehormatan orang lain.

Dalam apa jua keadaan, batas tetap perlu dijaga. Persetujuan, kehormatan dan keselamatan seseorang bukan perkara yang boleh dipandang ringan.

Jangan normalisasikan perbuatan yang merendahkan maruah. Jangan jadikan kuasa, pengaruh atau keadaan sebagai alasan untuk melampaui batas.

Kerana setiap insan mempunyai maruah yang wajib dihormati dan dipelihara. 🤍

Pelihara maruah. Hormati batas. Hargai sesama insan.

“Benda yang kita cakap tu benar… tapi pernah tak kita fikir, boleh jadi kita sedang berghibah? 👀Ghibah bukan sekadar “ce...
09/21/2026

“Benda yang kita cakap tu benar… tapi pernah tak kita fikir, boleh jadi kita sedang berghibah? 👀

Ghibah bukan sekadar “cerita pasal orang”. Walaupun apa yang kita katakan itu benar, ia tetap boleh menjadi ghibah apabila perkara tersebut tidak disukai oleh orang yang dibicarakan.

Sebelum bercakap tentang orang lain, cuba tanya diri sendiri:
Perlu ke? Betul ke? Ada manfaat ke?

Kalau tak ada kebaikan, mungkin diam itu lebih selamat. 🤍

Jaga lisan, jaga hati.
Sebab kita tak tahu berapa banyak pahala yang boleh hilang hanya kerana kata-kata.

🇲🇾🇲🇾🇲🇾Selamat Hari Malaysia!🇲🇾🇲🇾🇲🇾Pergi ke pekan membeli selasih,Berpakaian wangi di pagi hari,Walau berbeza adat dan ka...
09/11/2026

🇲🇾🇲🇾🇲🇾Selamat Hari Malaysia!🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Pergi ke pekan membeli selasih,

Berpakaian wangi di pagi hari,

Walau berbeza adat dan kasih,

Hidup harmoni teguh berdiri.

😷⚠️WASPADA JEREBU⚠️😷Kualiti udara yang semakin merosot boleh memberi kesan kepada kesihatan, terutamanya kepada kanak-ka...
09/09/2026

😷⚠️WASPADA JEREBU⚠️😷

Kualiti udara yang semakin merosot boleh memberi kesan kepada kesihatan, terutamanya kepada kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan.

Jadi jangan lupa diri⚠️⚠️

Kurangkan aktiviti luar, pakai pelitup muka, minum air secukupnya, tutup tingkap dan pintu dan pantau bacaan IPU

Kecil langkahnya, besar manfaatnya🤍🤍

Selamat Hari Sarawak ❤️💛🖤📅 22 Julai 2026Berkibar megah bendera Sarawak,Lambang perpaduan rakyat sejahtera;Segulai Sejala...
07/22/2026

Selamat Hari Sarawak ❤️💛🖤

📅 22 Julai 2026

Berkibar megah bendera Sarawak,
Lambang perpaduan rakyat sejahtera;
Segulai Sejalai terus disemarak,
Sarawak maju, makmur selamanya.

"Sarawak Maju Makmur, Segulai Sejalai."

Ikhlas daripada PEMBINA Sarawak

Alhamdulillah 🤲Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas pencapaian PEMBINA Sarawak yang telah ber...
07/18/2026

Alhamdulillah 🤲

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas pencapaian PEMBINA Sarawak yang telah berjaya meraih Tempat Ketiga dalam Anugerah Persatuan Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Sarawak 2026.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus berbakti, memperkasa belia dan melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak serta berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Tahniah buat seluruh warga PEMBINA Sarawak! 💚

✨ MUSH'AB IBN UMAIR R.A. 🤍🌿Dilahirkan dalam kemewahan 💎, namun memilih jalan pengorbanan demi meraih reda Allah. 🕊️Kisah...
07/15/2026

✨ MUSH'AB IBN UMAIR R.A. 🤍🌿

Dilahirkan dalam kemewahan 💎, namun memilih jalan pengorbanan demi meraih reda Allah. 🕊️

Kisah Mush'ab ibn Umair R.A. mengajar kita bahawa nilai sebenar seorang insan bukan terletak pada harta, kemasyhuran atau kesenangan dunia, tetapi pada iman, keikhlasan dan kesediaan berkorban di jalan Allah.

Walaupun kehilangan segala kemewahan, beliau tetap teguh mempertahankan Islam hingga syahid. 🛡️⚔️ Sungguh, pengorbanan yang lahir daripada keimanan mampu mengubah sejarah. 📖✨

🤲 Semoga Allah mengurniakan kepada kita hati yang teguh seperti Mush'ab ibn Umair R.A., menguatkan iman kita dalam setiap ujian, serta menjadikan kita insan yang lebih mencintai akhirat daripada dunia. 🤍

🌿 Kadangkala, satu kata yang mendamaikan lebih bernilai daripada seribu kata yang boleh membesarkan perselisihan.Semoga ...
07/09/2026

🌿 Kadangkala, satu kata yang mendamaikan lebih bernilai daripada seribu kata yang boleh membesarkan perselisihan.

Semoga Allah mengurniakan kepada kita hikmah dalam setiap bicara dan menjadikan kita asbab penyatuan ummah🤲.

✨ "Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan." 🤍🌿📖 Surah...
07/02/2026

✨ "Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan." 🤍🌿
📖 Surah Al-Insyirah: 5–6

🌧️ Dalam hidup, setiap ujian yang Allah hadirkan bukanlah tanda Dia meninggalkan kita, tetapi tanda kasih sayang-Nya untuk mendidik, menguatkan 💪 dan mengangkat darjat hamba-Nya. 🤲

🌤️ Allah mengulang ayat ini sebanyak dua kali sebagai penegasan bahawa di sebalik setiap kesusahan, pasti ada jalan keluar dan kemudahan yang menanti. ✨

💙 Teruslah bersabar.
🌱 Teruskan berusaha.
🤍 Jangan pernah berputus asa daripada rahmat Allah.

🤲 Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita, mengurniakan kekuatan untuk terus melangkah, serta menjadikan setiap ujian sebagai jalan mendekatkan diri kepada-Nya. Aamiin. 🌸✨

Hari Asyura bukan “just another day”.It’s a reminder:Allah boleh selamatkan kita dari apa sahaja, even dari keadaan yang...
06/26/2026

Hari Asyura bukan “just another day”.

It’s a reminder:
Allah boleh selamatkan kita dari apa sahaja, even dari keadaan yang kita rasa mustahil.

So… how strong is your tawakkal today?

Address

Block C 1/FL SL 60 Jalan Datuk Mohd Musa, 94300 Samarahan
Sarawak, ON

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PEMBINA Samarahan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PEMBINA Samarahan:

Shortcuts

Share