09/03/2026
INFAQ PRELOVED BAJU RAYA 3.0 KEMBALI LAGI!👕👖
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t, dengan penuh rasa syukur sukacita memaklumkan bahawa Universiti Islam Sultan Sharif Ali melalui Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban kembali lagi mengadakan ’Infaq Preloved Baju Raya’ bagi siri ketiga dan kali ini dengan kerjasama Fakulti Sains Halal dan Pelancongan Mampan, Maktabah UNISSA dan ASEAN Youth Organisation, Brunei Chapter.
Projek ini diungkayahkan bagi berkongsi kasih menyumbangkan pakaian kepada yang memerlukan untuk memeriahkan sambutan Hari Raya.
Warga UNISSA dan Orang Awam dialu-alukan untuk menyumbangkan pakaian yang masih dalam keadaan elok pada hari, tarikh, dan tempat yang dinyatakan di bawah:
FASA 1: PENGUMPULAN SUMBANGAN
🗓️ Hari/Tarikh: 9-12 Mac 2026 (Isnin-Khamis)
🕰️ Jam: 8.00 pagi - 2.00 petang
📍 Tempat: Dewan Al-Rayyan, UNISA, Kampus Sinaut
_______________________
FASA 2: PENGAGIHAN SUMBANGAN
🗓️ Hari/Tarikh: 13-14 Mac 2026 (Juma’at-Sabtu)
🕰️ Jam:
- 9.00 pagi - 4.00 petang (Juma’at)
- 8.00 pagi - 2.00 petang (Sabtu)
📍 Tempat: Dewan Al-Rayyan, UNISSA, Kampus Sinaut
https://maps.app.goo.gl/m9hRaxhBD2AfUinR9?g_st=aw
🛍️Sila bawa shopping bag anda sendiri
🔍 Untuk sebarang maklumat:
🧕🏼Aina (+673 720 5175)
🧕🏻Asyiqin (+673 728 5105)
🧕🏻Dr Suri (+673 836 6119)