-Sejarah Penubuhan PSJD-
Sejarah Awal Penubuhan Pakatan Sang Jati Dusun Negara Brunei Darussalam
Pada awal tahun 1958 rancangan untuk menubuhkan sebuah persatuan pakatan telah dibincangkan oleh beberapa orang-orang Dusun yang mempunyai pendidikan dan pegalaman. Mereka memperolehi idea atau keinginan mempunyai persatuan sendiri setelah melihat kepada adanya persatuan-persatuan lain di Negara ini
seperti kelab Dayak Brunei Shell dan Tiong Hua dan lain-lain lagi. Perjumpaan pertama diadakan di kampong Pangkalan Tangsi Lamunin Tutong iaitu di rumah Orang Kaya pekerma Dewa Dato Seri Laila Jasa Awang Lukan bin Uking yang dihadiri oleh Sembilan orang iaitu Awang Lukan bin Uking sendiri, Awang Bungot bin Taha, Awang Gunjil bin Gundah dan Awang Arum bin Orang Kaya Andar. Setelah itu beberapa kali perundingan dan kata putus serta dengan sebulat suara maka persetujuan pun diambil dan rombongan pergi ke seria ke tempat Awang Gumma bin Muda untuk berbincang untuk melantik sebuah jawatankuasa sementara bagi melaksanakan urusan surat permohonan yang ditulis pleh Awang Bernard Sim bagi pendaftaran Awal. Setelah permohonan berdaftar telah diluluskan oleh kerajaan Brunei ketika itu maka tertubuhlah Pakatan ini dengan resminya dengan membuka ahli yang membayar yuran sebanyak $0.50sen sebulan dan dinaikkan kepada $1.00 pada tahun 1982. Mengikut catatan mesyuarat Agung kali 33 tahun 1991 di Dewan PSJD Lampong Padang pada 21 April 1991 semua ahli yang berdaftar pada tahun 1959 ialah seramai 608 dan pada tahun 30 Jun 1981 keramaian agak menurun iaitu 278 orang.