Biro Keagamaan KKBT

Biro Keagamaan KKBT Biro Keagamaan KKBT / Religious Bureau KKBT

30/09/2026
✨ MAJLIS PENUTUP PBDB 1448H/2026M✨بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِAlhamdulillah, dengan izin Allah SWT, tibalah kit...
28/08/2026

✨ MAJLIS PENUTUP PBDB 1448H/2026M✨
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, tibalah kita ke Majlis Penutup PBDB 1448H/2026M. 🤍🌿

🌙 Ahad, 17 Rabiulawal 1448H / 30 Ogos 2026M
🕑 Jam 1.30 – 3.00 petang
📍 Ruang Legar, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Majlis ini dikendalikan bersama oleh Rumi Events dan Kumpulan Meraih Barkah (KMB), dengan pengisian yang insya-Allah membawa kitani ebih dekat kepada rasa cinta dan rindu kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ.

🌿 Curhat Rindu Rasulullah ﷺ bersama Ustazah Dr Widad Binti Dato Dr Haji Abdul Aziz
🤍 Tausyeh oleh anak-anak yatim
✨ Persembahan seni
📿 Selawat bersama

Dan insya-Allah, selepas majlis, akan diteruskan dengan Sesi Istimewa Berselawat di Bilik Rambut Mulia Rasulullah ﷺ.

🎟️ 50 tiket dewasa percuma akan diberikan kepada yang terpilih, tertakluk kepada terma dan syarat. Nantikan maklumat lanjut mengenai pengagihan tiket.

28/08/2026
SETULUS PENGHARGAAN BUAT PARA AHLI KHIDMAT PBDB Alhamdulillāh, segala puji bagi Allah taala, Di sebalik kelancaran Progr...
28/08/2026

SETULUS PENGHARGAAN BUAT PARA AHLI KHIDMAT PBDB

Alhamdulillāh, segala puji bagi Allah taala,
Di sebalik kelancaran Program Brunei Darussalam Berselawat (PBDB) 1448H/2026M, ada begitu ramai insan yang memilih untuk hadir, membantu, berpenat lelah dan berkhidmat ,bukan untuk nama, bukan untuk pujian, tetapi lillahi taala dan kerana cinta kepada Kekasih-Nya, Rasulullah ﷺ.

Setulus penghargaan dan jutaan terima kasih kami ucapkan kepada seluruh Ahli Khidmat, serta ahli kendali bersama daripada Al-Busyra Event Management, Kumpulan Meraih Barkah (KMB), dan setinggi penghargaan buat pihak BKISHHB dan semua yang telah bersama-sama menyumbangkan tenaga, masa dan buah fikiran dalam menjayakan setiap perjalanan PBDB.

Ada yang hadir sebelum majlis bermula, ada yang pulang setelah semuanya selesai.
Ada yang terlihat tugasnya, dan ada yang berkhidmat dalam diam..

Semuanya mempunyai tempat dan nilainya.
Tanpa kalian, mungkin tidak akan selancar perjalanan majlis ini. Namun kami juga sedar, tanpa izin dan kehendak Allah taala, tidak akan pernah terlaksana walau satu perkara pun.

Maka, sebesar-besar rasa syukur kami panjatkan kepada Allah kerana telah memilih dan menghimpunkan insan-insan yang sudi berkhidmat di jalan ini.

Semoga setiap langkah yang kalian atur, setiap tenaga yang kalian curahkan, setiap peluh yang jatuh, setiap penat yang disembunyikan dan setiap pengorbanan yang tidak terlihat oleh manusia ,

Allah catat sebagai amal soleh dan menjadi bekalan di akhirat kelak.

“Sesungguhnya Allah tidak akan menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.”
Terima kasih kerana memilih untuk berkhidmat kerana Allah, berkhidmat kerana Rasulullah ﷺ, dan berkhidmat demi menyemarakkan cinta kepada Baginda ﷺ.

Semoga silaturrahim yang terbina melalui khidmat ini terus mekar, dan semoga kita semua dipertemukan lagi dalam majlis-majlis yang membawa kita lebih dekat kepada Allah dan Rasulullah ﷺ.

Barakallāhu fīkum.
Jazākumullāhu khairan kathīran atas segala khidmat dan pengorbanan.

PBDB 1448H/2026M

Berselawat, Bersatu Hati, Menyemai Cinta kepada Rasulullah ﷺ

23/8 PBDB Majlis Ke-2 Gema Selawat NusantaraAlhamdulillah, pada ahad pagi lepas, telah berlangsung Majlis Ke-2 Program B...
26/08/2026

23/8 PBDB Majlis Ke-2 Gema Selawat Nusantara

Alhamdulillah, pada ahad pagi lepas, telah berlangsung Majlis Ke-2 Program Brunei Darussalam Berselawat (PBDB) – Gema Selawat Nusantara, sebuah majlis gabungan yang dikendalikan oleh Kumpulan Meraih Barkah (KMB) bersama Pengurus Cabang Istimewa Nahdlatul Ulama Brunei Darussalam (PCINU Brunei Darussalam).

Bertempat di Ruang Legar, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, majlis ini menghimpunkan hampir 300 orang hadirin yang terdiri daripada warga Brunei Darussalam dan warga Indonesia.

Lebih daripada sebuah pertemuan, Gema Selawat Nusantara menjadi medan menyatukan dua negeri dalam satu rasa - berselawat, bersilaturrahim dan saling menguatkan ukhwah kerana Allah.

Antara pengisian istimewa pada pagi tersebut ialah persembahan Selawat Asyghil secara gabungan oleh Kumpulan Muslimah KMB dan Qasidah FMNU, melambangkan indahnya kebersamaan antara Brunei Darussalam dan Indonesia yang bertemu dalam satu majlis, satu lantunan dan satu kecintaan kepada Rasulullah ﷺ.

Turut berlangsung penyerahan sumbangan kepada anak-anak yatim, yang disampaikan secara bersalaman dan penuh kasih sayang. Anak-anak yatim turut diberikan ruang untuk bersama-sama menjayakan majlis dengan membuat persembahan di hadapan para hadirin.

Majlis turut diserikan dengan bacaan selawat oleh Kumpulan Selawat Nahdlatul Ulama (NU) Brunei Darussalam, serta tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Prof. Madya Dr. Haji Harapandi Dahri, yang mengajak para hadirin untuk terus menghayati nilai kecintaan kepada Rasulullah ﷺ dan memelihara silaturrahim sesama umat.

🇧🇳🤝🇮🇩
Brunei Darussalam & Indonesia - berbeza tanah tempat berpijak, namun dipertemukan dalam satu kecintaan, satu ukhwah dan satu lantunan selawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ.

Semoga pertemuan ini bukan hanya menjadi kenangan sebuah majlis, tetapi menjadi jambatan silaturrahim yang terus menghubungkan hati, menguatkan ukhwah dan menumbuhkan lebih banyak kebaikan pada masa akan datang.

Bersatu Hati, Bersemi Ukhwah, Bergema Selawat. 🤍

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah atas bersama menganjurkan PBDB pada tahun ini.

Address

Pusat Belia
Bandar Seri Begawan
BS8811

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Biro Keagamaan KKBT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Biro Keagamaan KKBT:

Shortcuts

Share