Belia Da'ie Brunei

Belia Da'ie Brunei "DARIPADA BELIA UNTUK BELIA"
Hasrat kami adalah menjadikan Brunei Darussalam 100% da'ie! Tekan LIKE untuk menerima maklumat terkini & tazkirah mingguan!

السلام عليكم ورحمة اللَّه وبركاته Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia ✨Aidi...
27/05/2026

السلام عليكم ورحمة اللَّه وبركاته

Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia ✨

Aidiladha mengingatkan kitani kepada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS yang penuh dengan ketaatan, keikhlasan dan tawakkal kepada Allah Ta'ala 🤍

Mudah-mudahan kitani dapat mengambil pengajaran daripada kisah ini serta sanggup berkorban, meninggalkan perkara yang dilarang Allah demi meraih cinta dan keredhaan-Nya 🤲🏻



Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada .bn atas infaq yang telah diberikan dalam program ‘...
13/05/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada .bn atas infaq yang telah diberikan dalam program ‘Ilm Series yang lalu 🌟

Semoga Allah Ta'ala membalas segala kebaikan biskita dengan ganjaran berlipat ganda di dunia dan akhirat serta menjadikannya amal jariah yang berterusan 🤲🏻



🌟 ‘ILM SERIES KE-24 🌟الحمد للَّه الذي بنعمته تتم الصالحاتDengan izin Allah Ta'ala, program ini telah berjaya dilaksanaka...
13/05/2026

🌟 ‘ILM SERIES KE-24 🌟

الحمد للَّه الذي بنعمته تتم الصالحات

Dengan izin Allah Ta'ala, program ini telah berjaya dilaksanakan dengan baik dan lancar. Semoga semua yang hadir dapat memperoleh ilmu baru serta mengambil pengajaran yang bermanfaat untuk pembaikan diri pada masa akan datang.

Ujian merupakan tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. Maka, adakah kitani akan terus beralasan, atau memilih untuk terus taat dan mendekatkan diri kepada-Nya 🤍



FEATURED VENDOR ✨Matcha lovers… This one is for you 👀السلام عليكم ورحمة اللَّه وبركاته In Sha Allah .bn akan bersama kit...
07/05/2026

FEATURED VENDOR ✨

Matcha lovers… This one is for you 👀

السلام عليكم ورحمة اللَّه وبركاته

In Sha Allah .bn akan bersama kitani di ‘Ilm Series Siri ke-24: “Pahitnya Matchalah, Manisnya Iman” 🤩🍵

Lakastah membali Matcha kegemaran kamu, dan luangkan masa duduk bersama dalam Majlis ‘Ilmu. 🤍

Kalau bukan Matcha Lovers? 🫣
No worries! ‘Ilmu is the main thing. 💥




‘ILM SERIES SIRI KE-24: Pahitnya Matchalah, Manisnya Ketaatan 🍵🍓السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Bila diuji, kitani serin...
05/05/2026

‘ILM SERIES SIRI KE-24: Pahitnya Matchalah, Manisnya Ketaatan 🍵🍓

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bila diuji, kitani sering beralasan – “belum ready”, “nanti tah”, “kenapa aku?”

✨ Kisah Nabi Ismail ‘alaihi salaam mengajar kitani untuk taat & bertawakkal kepada Allah. Setiap ujian, pasti ada hikmah di sebaliknya.

Jadi… bila diuji, adakah kitani memilih segera taat atau mengeluh & beralasan?

Jom sertai ’ILM SERIES SIRI KE-24 dalam menghayati ibrah dari KISAH NABI ISMAIL ‘ALAIHI SALAAM bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha 1447H 🌙

🗓️ Ahad, 22 Zulkaedah 1447H / 10 Mei 2026
🕗 8.00 pagi
📍 Dewan Serbaguna, Pusat Da’wah Islamiah
👕 Tema Pakaian: Hijau & Merah Jambu (Matcha Strawberry) 🍵🍓

Berminat untuk hadir? Daftar di sini 👇🏻✨
🔗 https://tiny.cc/IlmSerieske24

⭐️🕙 10.10 pagi — Bengkel “Refleksi Iman: Aku & Taat” ✨ Terbuka untuk orang ramai yang ingin mengambil masa untuk bermuhasabah dan memperbaiki hubungan dengan Allah.

Lakastah hadir untuk bersama membina hati yang mudah melaksanakan perintah Allah, bersangka baik dalam setiap ujian dan menaikkan keimanan terhadap ketentuan-Nya. 🤍



⭐ PEJUANG FAJR KALI KE-18 ⭐الحمد للَّه الذي بنعمته تتم الصالحاتProgram Pejuang Fajr kali ini berjaya dilaksanakan dengan...
26/04/2026

⭐ PEJUANG FAJR KALI KE-18 ⭐

الحمد للَّه الذي بنعمته تتم الصالحات

Program Pejuang Fajr kali ini berjaya dilaksanakan dengan lancar dan penuh keberkatan 🤲🏻

Semoga menjadi asbab menguatkan ukhuwah, mengimarahkan masjid & istiqamah dalam ibadah khususnya subuh berjemaah 🤲🏻✨



Raya² Berisi Bersama AsatizahAlhamdulillah, jazakumullahu khairan kathira kepada  atas ziarah yang penuh makna 🙌🏻Antara ...
18/04/2026

Raya² Berisi Bersama Asatizah

Alhamdulillah, jazakumullahu khairan kathira kepada atas ziarah yang penuh makna 🙌🏻

Antara pengisian:

⭐ Da'wah bukan untuk yang “perfect”
⭐ Ditolak & diuji itu normal
⭐ Tugas kitani: sampaikan, bukan menentukan
⭐ Rezeki milik Allah ; luas & inda terhad
⭐ Rancang boleh tapi Allah yang menentukan
⭐ Fokus syukur, Allah tambah nikmat

Semoga Allah memberkati para asatizah & pilih kitani untuk teruskan da'wah, walau dengan langkah kecil.

السلام عليكم ورحمة اللَّه وبركاتهBintang bersinar di langit subuh,Angin sejuk menyapa dunia,Ayuh bangkit penuh teguh,Pej...
18/04/2026

السلام عليكم ورحمة اللَّه وبركاته

Bintang bersinar di langit subuh,
Angin sejuk menyapa dunia,
Ayuh bangkit penuh teguh,
Pejuang fajr menanti semua✨

Alhamdulillah, dengan izin Allah Subhanahu wa Ta'ala, Belia Da’ie dengan kerjasama Urus Setia Program Keugamaan Belia, Pusat Da’wah Islamiah akan mengadakan:

⭐ PROGRAM PEJUANG FAJR KALI KE-18 ⭐

Orang ramai adalah dijemput untuk hadir pada:

📆 : Juma'at, 6 Zulkaedah 1447H | 24 April 2026M
⏰ : 3.30 - 7.00 Pagi
🕌 : Masjid An-Na'im, Kg Panchor Mengkubau

Pengisian program:
📌 Qiyamullail & Sembahyang Fardhu Subuh berjemaah
📌 Bacaan Surah Al-Kahfi secara beramai-ramai
📌 Tazkirah Subuh bertajuk “Kisah Salman Al-Farisi: Keseimbangan Antara Tuntutan Akhirat & Duniawi”

Semoga dipermudahkan langkah kitani untuk hadir menyertai program ini untuk meraih redha Allah Subhanahu wa Ta'ala jua 🤲🏻



الحمد للَّه الذي بنعمته تتم الصالحاتMajlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah berjaya diraikan dengan penuh kemeriahan....
15/04/2026

الحمد للَّه الذي بنعمته تتم الصالحات

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah berjaya diraikan dengan penuh kemeriahan.
Bersama dalam kegembiraan, terikat dalam ukhuwah 🌻

Semoga langkah kitani sentiasa menuju kebaikan dan terus istiqamah dalam amal ibadah, dari bulan Ramadan ke bulan-bulan seterusnya, sebagai hamba yang Rabbani 🤍



Raya² Berisi Bersama AsatizahAlhamdulillah, jazakumullahu khairan kathira kepada Ustazah Dr Widad  kerana sudi menerima ...
06/04/2026

Raya² Berisi Bersama Asatizah

Alhamdulillah, jazakumullahu khairan kathira kepada Ustazah Dr Widad kerana sudi menerima ziarah kami dengan penuh bermakna dan kasih sayang💖

✨ Antara perkongsian yang sangat menyentuh hati:

🌙 Usaha da'wah bermula dari yang dekat (keluarga, saudara-mara dan kemudian orang sekeliling). Jangan remehkan langkah kecil yang bermula dari rumah sendiri.

🌙 Belia perlu pendekatan da'wah yang berbeza, sesuai dengan jiwa dan keadaan durang. Bukan semua hati dapat disentuh dengan pendekatan yang sama.

🌙 Jangan jadi judgmental terutama kepada orang yang belum sempurna dari segi aurat, amalan, atau perjalanan hijrah durang. Da'wah yang benar bermula dengan rahmah, sabar, dan kasih sayang.

🌙 Rumah juga boleh jadi medan da'wah agar dapat dijadikan ruang ilmu, da'wah dan pahala amal jariah. Satu usaha yang indah — membuka ruang belajar ugama melalui aktiviti memasak.

🌙 Da'wah bukan hanya di mimbar tapi jua di rumah, di dapur, dalam perbualan santai, dan dalam layanan yang membuat orang rasa diterima.

🤍 Semoga Allah memberkati para asatizah yang ikhlas membimbing ummah, dan semoga kitani jua dipilih Allah untuk ikut sama menyambung usaha da'wah, walaupun dengan langkah yang kecil.

Insya-Allah, mudah-mudahan ada lagi peluang untuk kitani menziarahi para asatizah semasa Syawal ani dan terus belajar daripada pengalaman serta perjuangan durang.

Address

Belia Da'ie, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kg. Pulaie, Jln. Kebangsaan
Bandar Seri Begawan
BB4313

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Belia Da'ie Brunei posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Belia Da'ie Brunei:

Share