Mateen Bolkiah Charity Fundrasing

Mateen Bolkiah Charity Fundrasing Small gift and given mean everything to others that really need it. Pure heart with wild smile.

DIRGAHAYUMerafak Sembah Ke Hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Haj...
07/10/2024

DIRGAHAYU

Merafak Sembah Ke Hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam Sempena Puja Usia Baginda pada 7 Oktober 2024M.

"Mutiara Iman"Buat renungan diri semoga menjadi sesuai keinginan Allah menurut kehendak ALLAH S.A.W. Amin!
06/10/2024

"Mutiara Iman"

Buat renungan diri semoga menjadi sesuai keinginan Allah menurut kehendak ALLAH S.A.W.

Amin!

Tawaran Sebut Harga yang masih dibukakan:​​Ministry of Finance and EconomyMinistry of Foreign Affairs​​​Ministry of Home...
04/10/2024

Tawaran Sebut Harga yang masih dibukakan:

​​Ministry of Finance and EconomyMinistry of Foreign Affairs
​​​Ministry of Home Affairs
​Ministry of Development

Ikuti pautan yang terdapat pada makluman yang telah dikongsikan atau tekan pautan yang telah diberikan untuk maklumat selanjutnya.

mofe.gov.bn

Terima kasih.

Join us as a Malaysian DiplomatHow to ApplyStep 1 : Log on to www.spa.gov.myStep 2 : Choose the “JOB REGISTRATION” secti...
04/10/2024

Join us as a Malaysian Diplomat

How to Apply

Step 1 : Log on to www.spa.gov.my
Step 2 : Choose the “JOB REGISTRATION” section
Step 3 : Select the “PSC Job Registration System (SPA9)” and complete the registration process
Step 4 * : Select “Administrative and Diplomatic Officer or PTD M41”
Step 5 : Complete the application

* Note: Applicants are required to enroll as an Administrative and Diplomatic Officer in the civil service as a pre-requisite to becoming a Malaysian diplomat.

BERAKAS, Khamis, 3 Oktober. - Transformasi pendidikan bukan terhad kepada teknologi dan infrastruktur canggih semata-mat...
04/10/2024

BERAKAS, Khamis, 3 Oktober. - Transformasi pendidikan bukan terhad kepada teknologi dan infrastruktur canggih semata-mata, tetapi juga bersifat yang lebih besar dari itu. Ini termasuk aspek kesejahteraan untuk semua.



Malahan, 1 November 2023 telah menyaksikan satu transformasi dalam sistem pendidikan di mana mata pelajaran Ugama telah diintegrasikan ke dalam sistem Pendidikan Umum bagi pelajar-pelajar Tahun 2 hingga Tahun 5.



Perkara ini ditekankan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah sempena Majlis Sambutan Hari Guru Kali Ke-34 Tahun 2024, yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, di sini, pagi tadi.



Perubahan ini menurut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, boleh menyumbang kepada penggunaan masa lebih optimum di samping memperluaskan lingkungan aktiviti pembelajaran, tidak hanya terbatas kepada persekitaran bilik darjah.



Pendekatan sebegini jelas titah baginda juga boleh memperkaya pengalaman pelajar melalui konteks baharu dan sekali gus merangsang kebolehan mereka beradaptasi di dunia yang semakin kompleks dan mencabar.



“Tetapi ini tidak bermakna pendidikan ugama diabaikan menjadi ke bawah. Semua pihak berkenaan perlu memahami perkara ini," tegas Kebawah DYMM lagi.

https://www.pelitabrunei.gov.bn/Lists/Berita%202018/NewDisplayForm.aspx?ID=55416&fbclid=IwY2xjawFsKwdleHRuA2FlbQIxMQABHVfxjBpru--uAXThqdEnMHSr2KWPD9ZDFitiHaUVeQwNmWVqds1g5ZegwQ_aem_cagNSxqtUN-OEIvhqfy4Cw

BERAKAS, Khamis, 3 Oktober. - Bagi memastikan kesejahteraan guru-guru kita dipeduli, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka...
04/10/2024

BERAKAS, Khamis, 3 Oktober. - Bagi memastikan kesejahteraan guru-guru kita dipeduli, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan semangat penuh simpati memperkenankan bagi para guru di bawah kawalan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) untuk diberikan Cuti Ihsan semasa sesi penggal persekolahan mengikut garis panduan dan syarat yang ditetapkan akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2025.



Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah demikian sempena Majlis Sambutan Hari Guru Kali Ke-34, Tahun 2024 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), di sini dan baginda juga berharap, ihsan tersebut hendaknya akan dapat meningkatkan lagi prestasi dan motivasi para guru.



Terdahulu, kerajaan dalam titah baginda, insyaaAllah akan terus komited menyediakan peluang-peluang pembelajaran di dalam dan luar negeri, melalui pelbagai biasiswa yang ditawarkan.



Dan sehubungan dengan itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya bertitah menyarankan supaya pihak Kementerian Pendidikan dan KHEU akan memperkemaskan lagi dasar biasiswa kerajaan dengan membuka peluang lebih luas demi kepentingan pembangunan sumber tenaga manusia.

https://www.pelitabrunei.gov.bn/Lists/Berita%202018/NewDisplayForm.aspx?ID=55415&fbclid=IwY2xjawFsKjVleHRuA2FlbQIxMQABHeE1l9OxovIZhrPqPh2JjVvnOJsoz7Y6wsMPLzd-3_bqKLvE7OF_34JWsA_aem_9Zk6Dlnd_HJuUJnEN6cIuw

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 2 Oktober. - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda ...
02/10/2024

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 2 Oktober. - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan ini memaklumkan bahawasanya Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, iaitu isteri kepada Yang Amat Mulia Pengiran Suami Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi, dengan izin Allah Subhanahu Wata'ala telah selamat meluaran seorang puteri pada hari ini, Rabu, 28 Rabiulawal 1446 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2024 Masihi di Portland Hospital, London, United Kingdom, jam 9.55 pagi waktu tempatan.

Berikutan dengan meluaran ini sebanyak 17 das tembakan meriam telah dilepaskan di pekarangan Istana Nurul Iman.

BERAKAS, Isnin, 30 September. - Setiap  penjawat  awam diperingatkan akan sentiasa memelihara dan menanai misi kerajaan....
01/10/2024

BERAKAS, Isnin, 30 September. - Setiap penjawat awam diperingatkan akan sentiasa memelihara dan menanai misi kerajaan. Walaupun kita sudah banyak mencapai kejayaan, namun kita mesti terus berusaha untuk memperbaiki lagi keupayaan diri.

Perkara tersebut ditekankan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa berkenan bertitah pada Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Ke-31, 2024 berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, hari ini.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya bertitah menegaskan dalam dunia yang semakin kompleks, warga penjawat awam perlu mencari peluang-peluang baharu, mencipta nilai tambah dan berfikir ligat untuk melihat Perkhidmatan Awam terus berada di hadapan.

Pada majlis sambutan kali ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menyambut baik dan berbesar hati akan dapat melancarkan sebuah buku yang mengetengahkan aspek kepimpinan Tokoh Jasawan Negara, paduka ayahanda baginda, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, yang bukan sahaja terkenal dengan kebijaksanaan baginda dalam hal ehwal kenegaraan, malah juga sangat prihatin terhadap kemajuan Perkhidmatan Awam.

https://www.pelitabrunei.gov.bn/Lists/Berita%202018/NewDisplayForm.aspx?ID=55353&fbclid=IwY2xjawFo9ktleHRuA2FlbQIxMQABHbS4uetvHYEVuME34SLJpM9Hq14daLYSs7zoF6Im-sNjya8MB_NezSWy_A_aem_gJGlDOPKRmr754wQGYijJg

NEW YORK CITY, AMERIKA SYARIKAT, Isnin, 23 September. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Has...
27/09/2024

NEW YORK CITY, AMERIKA SYARIKAT, Isnin, 23 September. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat mengadakan perjumpaan dua hala bersama Presiden Republik Kosovo, Puan Yang Terutama Vjosa Osmani-Sadriu, berlangsung di Park Hyatt New York.

Semasa perjumpaan dua hala tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah mengalu-alukan Puan Yang Terutama dan delegasi ke Negara Brunei Darussalam (NBD) bagi Lawatan Negara pada 2 hingga 3 Disember 2024.

Mengenai hubungan dua hala, sejak menjalinkan hubungan diplomatik pada 2017, NBD dan Republik Kosovo mengekalkan hubungan mesra terutama kerjasama pendidikan melalui program biasiswa yang dianugerahkan kepada 14 pelajar Kosovo sejak 2001.

https://www.pelitabrunei.gov.bn/Lists/Berita%202018/NewDisplayForm.aspx?ID=55229&fbclid=IwY2xjawFjQpNleHRuA2FlbQIxMQABHcp3jOWImQa-XbmjBKFanmpqYQmWgZDKgQ_hkSrOusBIrZcyPK19RtuoJQ_aem_ptgdtP8UnyLXcpmHPKsmdg

Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan (IBE) melalui Unit Sukatan dan Timbangan (SDT) di bawah Kementerian Kewangan ...
26/09/2024

Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan (IBE) melalui Unit Sukatan dan Timbangan (SDT) di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi akan melaksanakan kerja-kerja pemeriksaan dan penelitian bacaan ketepatan ke atas alat sukatan jenis pam minyak di stesen-stesen minyak.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Unit SDT, IBE melalui e-mel: [email protected] atau melalui talian 233 4092.

https://www.facebook.com/100064668700224/posts/932628052236143/?mibextid=RtaFA8

Address

Jerudong
Bandar Seri Begawan

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mateen Bolkiah Charity Fundrasing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Mateen Bolkiah Charity Fundrasing:

Share