04/12/2020
Peluang Bagi Pelajar Lepasan Sarjana Muda Mengikuti Pengajian Master 2021-2022 di KU Leuven (Belgium) Tajaan SCIENCE@LEUVEN.
Maklumat Am:
✔️ Tajaan ini dinamakan Science@Leuven Scholarships.
✔️ Tajaan ini terbuka kepada semua lepasan sarjana muda/pelajar antarabangsa yang bermotivasi dan berbakat yang berminat untuk mengambil bahagian dalam program sarjana antarabangsa Fakulti Sains KU Leuven.
✔️ Program pengajian Master yang ditawarkan adalah:
Master of Chemistry
Master of Geography
Interuniversity Master of Geology *
Master of Physics
✔️ Calon lepasan sarjana muda yang berminat boleh memohon secara dalam talian sehingga 15 Februari 2021.
Jumlah Tajaan:
✔️ Jumlah biasiswa boleh mencecah EUR10,000 untuk 1 tahun.
✔️ Lembaga biasiswa Science@Leuven akan menentukan dengan tepat jumlah biasiswa yang akan diberikan. Biasiswa ini selalunya akan meliputi yuran pengajian selama 1 tahun, insurans dan perlindungan insurans kesihatan asas. Jumlah yang diberikan untuk perbelanjaan sara hidup adalah pelbagai dan akan ditentukan oleh pihak penaja.
✔️ Kebanyakan program sarjana di Fakulti Sains KU Leuven adalah selama 2 tahun. Biasiswa untuk pengajian tahun kedua hanya akan diteruskan dengan syarat pelajar mendapat keputusan cemerlang pada tahun pertama.
Syarat-syarat Umum:
✔️ Pemohon tidak pernah belajar atau bekerja di KU Leuven (University of Leuven) sebelum ini
✔️ Pemohon mempunyai ijazah sarjana muda dari universiti luar yang memberi akses ke program sarjana yang ingin dipohon
✔️ Pemohon belum memperoleh ijazah sarjana atau PhD
✔️ Pemohon dapat membuktikan keputusan yang cemerlang semasa mengikuti pengajian terdahulu
✔️ Pemohon mempunyai asas pengetahuan bahasa Inggeris yang baik TOEFL (minimum score 94 internet-based with at least 19 for reading, 18 for Listening, 19 for speaking and 21 for writing) atau IELTS (minimum score 7 overall, whilst at least 6.5 for reading, 6 for listening, 6 for speaking and 6 for writing)
✔️ Pemohon menunjukkan motivasi yang tinggi untuk mengikuti program sarjana di Fakulti Sains KU Leuven
✔️ Pemohon bersedia bertindak sebagai duta program ini
✔️ Pelajar yang telah mendapat biasiswa akan diminta untuk menandatangani kontrak yang telah ditetapkan syarat-syarat tertentu.
Maklumat lanjut?
Sila layari
Kaveh Lahabi was awarded the Science@Leuven Scholarship in 2011-2012. He graduated magna cm laude in July 2013 as Master in Physics. Watch the interview on YouTube