Permaya Page

Contact the organization

Permaya Page Laman ini adalah laman rasmi Persatuan Pelajar Malaysia-Yaman (PERMAYA).

18/10/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 11 HARI LAGI MENUJU PROGRAM HARI KEMERDEKAAN KE-69 PERINGKAT PERMAYA๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

โณ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Detik semakin hampir!

Tinggal 11 hari sahaja lagi menuju Program Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Kali Ke-69 anjuran Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA)! ๐ŸŽ‰

Semarakkan semangat patriotisme, eratkan ukhuwah sesama pelajar dan bersama-sama kita meriahkan sambutan kemerdekaan walaupun berada jauh di perantauan. โค๏ธ๐Ÿค๐Ÿ’™๐Ÿ’›

Bersatu hati, semarakkan merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ“ข Jangan lupa, kita jumpa di sana!

ZIARAH MAHABBAH PERMAYA KE HAMI & MUKALLA ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ูAlhamdulillah, segala puji bagi Alla...
17/10/2026

ZIARAH MAHABBAH PERMAYA KE HAMI & MUKALLA ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT. Dengan izin-Nya, Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) telah selesai melaksanakan program Ziarah Mahabbah ke Hami dan Mukalla yang melibatkan 10 institusi pengajian dengan bilangan hampir 80 orang pelajar Malaysia yang sedang menuntut ilmu di sana.

Antara institusi yang terlibat ialah:

1. Jamiah Al-Ahqaf
2. Jamiah Wasatiyyah
3. Jamiah Quranil Karim
4. Jamiah Ulum
5. Jamiah Iman
6. Jamiah Rayyan
7. Markaz Ibnu Abbas
8. Markaz Tarbiyatul Ajyal
9. Ribat An-Nur, Hami
10. Ribat Mustafa

Sepanjang ziarah ini, pihak PERMAYA berkesempatan mengunjungi beberapa jamiah, maahad dan markaz, antaranya Ribat An-Nur, Jamiah Wasatiyyah, Markaz Tarbiyatul Ajyal dan Jamiah Al-Ahqaf. Ziarah ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak persatuan dengan para pelajar Malaysia, di samping menyampaikan maklumat penting berkaitan kebajikan dan urusan pelajar.

Antara perkara yang dibincangkan ialah pembaharuan pasport dan isu semasa yang berlaku serta hebahan Sambutan Hari Kebangsaan yang bakal diadakan pada 29 Oktober 2026.

Selain itu, pihak PERMAYA turut bekerjasama dengan para pelajar di Mukalla bagi menghimpunkan pelajar Malaysia yang sedang menuntut ilmu di sana. Pertemuan ini menjadi ruang untuk menyampaikan maklumat berkaitan persatuan serta berkongsi nasihat dan pesanan yang diamanahkan untuk disampaikan kepada para pelajar.

Pihak PERMAYA ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyediakan tempat, meluangkan masa serta memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang program ini berlangsung.

Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada para pelajar yang telah bertungkus-lumus menyediakan jamuan untuk meraikan kehadiran pihak persatuan. Segala layanan mesra, sokongan dan kerjasama yang diberikan amat kami hargai.

Semoga ziarah ini menjadi asbab bertambahnya ukhuwah, eratnya hubungan antara persatuan dengan para pelajar, serta membawa manfaat dan kebaikan kepada seluruh warga Malaysia di bumi Yaman.

ุฌูŽุฒูŽุงูƒูู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ูƒูŽุซููŠุฑู‹ุง

Jazakumullahu Khairan Kathira โ€” Semoga Allah membalas segala kebaikan kalian dengan sebaik-baik ganjaran.

๐Ÿ’š PERMAYA โ€” Bersama Menyantuni, Memperkukuh Ukhuwah.


๐ŸŒฟ KHATAM DAURAH MUSTALAH AL-HADIS ๐Ÿ“šโœจุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ูAlhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas l...
13/10/2026

๐ŸŒฟ KHATAM DAURAH MUSTALAH AL-HADIS ๐Ÿ“šโœจ

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas limpahan rahmat dan izin-Nya, telah sempurna Daurah Mustalah Al-Hadis bersama Ustaz Abang Muhammad Ikhwan (Abanji).

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada ustaz atas curahan ilmu, bimbingan dan perkongsian yang amat bermakna sepanjang daurah ini. Semoga setiap ilmu yang dipelajari menjadi ilmu yang bermanfaat, mengukuhkan kefahaman terhadap hadis Rasulullah ๏ทบ, serta membuahkan amal dan keberkatan dalam perjalanan menuntut ilmu.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงู†ู’ููŽุนู’ู†ูŽุง ุจูู…ูŽุง ุนูŽู„ูŽู‘ู…ู’ุชูŽู†ูŽุง ูˆูŽุนูŽู„ูู‘ู…ู’ู†ูŽุง ู…ูŽุง ูŠูŽู†ู’ููŽุนูู†ูŽุง ูˆูŽุฒูุฏู’ู†ูŽุง ุนูู„ู’ู…ู‹ุง

โ€œYa Allah, manfaatkanlah kami dengan ilmu yang telah Engkau ajarkan, ajarkanlah kami ilmu yang bermanfaat, dan tambahkanlah ilmu kepada kami.โ€

Semoga Allah SWT membalas segala jasa dan pengorbanan dengan sebaik-baik ganjaran, serta menjadikan kita dalam kalangan pencinta ilmu dan pewaris sunnah Nabi Muhammad ๏ทบ.

Ilmu dipelajari, sunnah dihayati, amanah disambung. ๐ŸŒน

๏ทบ

๐Ÿ“ข MAKLUMAN PENTING: ISU KESELAMATAN YAMAN & ARAB SAUDIAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Pihak PERMAYA menasihat...
13/10/2026

๐Ÿ“ข MAKLUMAN PENTING: ISU KESELAMATAN YAMAN & ARAB SAUDI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pihak PERMAYA menasihatkan semua pelajar Malaysia di Yaman agar menangguhkan sementara perjalanan ke Arab Saudi mulai 12 Oktober 2026, khususnya bagi tujuan umrah dan perjalanan yang tidak mendesak.

Mohon semua pelajar dan jemaah sentiasa mengutamakan keselamatan serta mengikuti maklumat dan arahan rasmi daripada pihak berkuasa dan saluran PERMAYA.

Semoga Allah SWT sentiasa melindungi kita semua. ๐Ÿคฒ

Sebarang pertanyaan, sila hubungi hotline PERMAYA: ๐Ÿ“ž +967 733 206 392

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT PERMAYA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พPersatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA)Walaupun jauh di peranta...
10/10/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT PERMAYA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA)

Walaupun jauh di perantauan, semangat cinta akan tanah air tetap mekar dalam jiwa. Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat kemerdekaan, mengeratkan ukhuwah dan memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan peringkat PERMAYA! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ“… Tarikh: Khamis, 29 Oktober 2026 ๐Ÿ“ Tempat: Padang Bola Mahsun

๐ŸŽ‰ Pelbagai acara menarik menanti anda!

๐Ÿฝ๏ธ Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi gerai-gerai menarik yang menyediakan pelbagai hidangan dan juadah untuk dijual. Pastinya lebih meriah jika kita berkumpul bersama-sama!

๐Ÿ“ข Semua pelajar Malaysia di Yaman dijemput hadir!

Semoga kita dapat bertemu dan memeriahkan sambutan ini dalam suasana penuh kegembiraan, perpaduan dan ukhuwah sesama anak Malaysia.

Jauh di perantauan, tetap satu jiwa Malaysia! โค๏ธ๐Ÿค๐Ÿ’™๐Ÿ’›

10/10/2026
09/10/2026

Al-Manzumah Baiquniah

*๐Ÿ“š DAURAH MUSTALAH HADIS ๐Ÿ“š* Assalamualaikum w.b.t.Insya-Allah Lajnah Dakwah Permaya akan mengadakan Daurah Ilmu Mustalah...
09/10/2026

*๐Ÿ“š DAURAH MUSTALAH HADIS ๐Ÿ“š*
Assalamualaikum w.b.t.

Insya-Allah Lajnah Dakwah Permaya akan mengadakan Daurah Ilmu Mustalah Hadis dengan pembahasan kitab:

๐Ÿ“– Kitab: ุงู„ู…ู†ุธูˆู…ุฉ ุงู„ุจูŠู‚ูˆู†ูŠุฉ

๐Ÿ“š Rujukan Utama: ุงู„ุชู‚ุฑูŠุฑุงุช ุงู„ุณู†ูŠุฉ

๐ŸŽ™๏ธ Bersama:
Ust Abang Muhammad Ikhwan (Abanji)

๐Ÿ‘ค Biodata Ringkas:
โ€ข STAM di SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud, Sarawak
โ€ข 2016 โ€” Madrasah Al-Khairat Kuching, Sarawak
โ€ข 2017 โ€“ Kini โ€” (calon Master) Universiti Al-Ahgaff, Yaman

๐Ÿ“… Tarikh:
9, 10 & 11 Oktober

โฐ Waktu:
7.30 malam

๐Ÿ“ Tempat:
Markaz PERMAYA, Bangunan belakang Bank al-Omqy.

๐ŸŒฟ Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama mendalami ilmu Mustalah Hadis dan memahami asas-asas ilmu hadis dengan lebih tersusun.
Semua dijemput hadir dan manfaatkan kesempatan ini.

๐ŸŒ™ MAJLIS MAULID AKBAR PERMAYA 1448H / 2026M ๐ŸŒ™Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, selesai sudah Majlis Maulid Akbar PER...
26/09/2026

๐ŸŒ™ MAJLIS MAULID AKBAR PERMAYA 1448H / 2026M ๐ŸŒ™

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, selesai sudah Majlis Maulid Akbar PERMAYA 1448H / 2026M dengan kehadiran hampir 600 orang. ๐Ÿค

Setinggi-tinggi terima kasih kami ucapkan kepada semua pelajar yang sudi hadir dan bersama-sama memeriahkan majlis ini. Kehadiran antum semua benar-benar menceriakan suasana dan menjadikan majlis ini lebih bermakna.

Terima kasih juga buat semua penyumbang, penyokong dan sahabat-sahabat yang banyak membantu dari awal hingga selesai. Setiap sumbangan, tenaga, masa dan sokongan yang diberikan sangat kami hargai. Antum semua adalah antara tulang belakang yang membantu PERMAYA menjayakan majlis ini.

Kami juga memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang majlis berlangsung. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah serta mendapat ganjaran yang sebaik-baiknya daripada Allah SWT.

Jazakumullahu Khairan Kathira! ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿ’š
Terima kasih atas kebersamaan dan kasih sayang semua.

Semoga kita dapat berkumpul lagi dalam majlis-majlis yang akan datang, insya-Allah. ๐ŸŒฟ

PERMAYA | 1448H / 2026M

ZIARAH MAHABBAH PERMAYA ๐Ÿค๐Ÿป๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พAlhamdulillah, pihak Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) mengambil kesempatan sempena...
25/09/2026

ZIARAH MAHABBAH PERMAYA ๐Ÿค๐Ÿป๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Alhamdulillah, pihak Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) mengambil kesempatan sempena Majlis Maulid Akbar PERMAYA untuk mengadakan Ziarah Mahabbah ke beberapa maahad yang bersedia menerima kunjungan kami.

Ziarah ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pihak PERMAYA dengan maahad-maahad pengajian, di samping mendapatkan maklumat berkaitan 5 perkara utama, iaitu:

1. Nama Mudir Maahad
2. Nombor Idarah
3. Mandub Rasmi Maahad
4. Yuran Pengajian
5. Prosedur kemasukan ke Maahad

Dalam kesempatan ini juga, pihak PERMAYA membuka ruang untuk membincangkan persoalan-persoalan yang berkaitan dengan kebajikan dan urusan para pelajar, serta mendapatkan nasihat dan pandangan daripada para mudir dan pelajar demi manfaat bersama.

Pihak PERMAYA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak maahad yang sudi meluangkan masa menerima kunjungan kami sebagai tetamu.

Semoga ziarah ini menjadi asbab bertambah eratnya ukhuwah, kerjasama dan hubungan antara PERMAYA dan maahad-maahad di Yaman.

Jazakumullahu Khairan Kathira.
Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan dan mempermudahkan segala urusan.

Address

Darul Mustafa
Tarim
58049AIDEED

Opening Hours

Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Permaya Page posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Permaya Page:

Shortcuts

Share