Persatuan Penduduk & Kejiranan Taman Intan Baiduri, Sepang Official

  • Home
  • Persatuan Penduduk & Kejiranan Taman Intan Baiduri, Sepang Official

Persatuan Penduduk & Kejiranan Taman Intan Baiduri, Sepang Official This page is community and social interaction oriented.

16 Mac 2026 - Penyerahan sumbangan kebajikan berkhatan untuk anak En Khairul Nizam yang telah disampaikan oleh Ketua Bar...
02/04/2026

16 Mac 2026 - Penyerahan sumbangan kebajikan berkhatan untuk anak En Khairul Nizam yang telah disampaikan oleh Ketua Baris 5, En Hameme.

Semoga anak-anak TIB menjadi seorang insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

18 Mac 2026 - Penyerahan Sumbangan Kebajikan Pendidikan Melanjutkan Pelajaran ke IPT Anak TIB yang telah di sampaikan ol...
02/04/2026

18 Mac 2026 - Penyerahan Sumbangan Kebajikan Pendidikan Melanjutkan Pelajaran ke IPT Anak TIB yang telah di sampaikan oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Intan Baiduri En Wan Mohd Zamakhsyari kepada Anakanda Ketua Baris 2, En. Tengku Mohd Nor Jihan.

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada anak TIB kerana telah berjaya ditawarkan untuk meneruskan pengajian diperingkat seterusnya.

Semoga kejayaan dan kecemerlangan pelajaran anak TIB menjadi pemangkin semangat buat anak-anak TIB yang lain dalam meneruskan pelajaran dan pendidikan ke peringkat yang tertinggi.

18/03/2026 - Alhamdulillah..tahniah diucapkan kepada En Mohd Norahmi diatas kelahiran anak baru-baru ini. Sumbangan keba...
01/04/2026

18/03/2026 - Alhamdulillah..tahniah diucapkan kepada En Mohd Norahmi diatas kelahiran anak baru-baru ini. Sumbangan kebajikan kelahiran telah disampaikan oleh Ketua Baris 2 En Tengku Mohd Nor Jihan.

Semoga anak-anak TIB membesar dengan sihat, diberi kepandaian dan menjadi insan yang berguna satu hari nanti agar dapat menyumbang kepada komuniti dan negara. InsyaAllah.

18/03/2026 - Penyerahan Wang Sumbangan Kecemerlangan Peperiksaan yang telah disampaikan oleh Ketua Baris 2, En Tengku Mo...
01/04/2026

18/03/2026 - Penyerahan Wang Sumbangan Kecemerlangan Peperiksaan yang telah disampaikan oleh Ketua Baris 2, En Tengku Mohd Nor Jihan kepada anak En Mohd Khairul Efendi dan En Muhammad Firdaus diatas kejayaan anak beliau dalam peperiksaan UPKK

Tahniah dan kami mendoakan agar Adik - adik TIB terus belajar dengan gigih dan cemerlang.

16 Mac 2026 - Sumbangan Kebajikan Warded Hospital untuk anak En Mohd Khairul Aqram dan Anak Setiausaha KRT Taman Intan B...
31/03/2026

16 Mac 2026 - Sumbangan Kebajikan Warded Hospital untuk anak En Mohd Khairul Aqram dan Anak Setiausaha KRT Taman Intan Baiduri Adik Muhammad Adwa Iman yang telah disampaikan oleh Ketua Baris 5 - En Hameme. Doakan semoga beliau sentiasa dalam keadaan sihat dan permudahkan segala urusan seharian.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙Saya mewakili semua barisan Ahli Jawatankuasa Tertinggi KR...
20/03/2026

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙

Saya mewakili semua barisan Ahli Jawatankuasa Tertinggi KRT & Persatuan Penduduk Taman Intan Baiduri, Sepang, Selangor ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga Penduduk Taman Intan Baiduri, Sepang, Selangor.

Semoga Aidilfitri tahun ini menjadi medan untuk kita mempereratkan silaturahim, saling bermaafan serta terus mengekalkan nilai murni yang dipupuk sepanjang Ramadan. Didoakan agar kita semua sentiasa dikurniakan kesejahteraan, kebahagiaan dan keberkatan dalam kehidupan.

"𝑺𝒆𝒓𝒊𝒃𝒖 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒂𝒇𝒂𝒏, 𝑺𝒆𝒋𝒖𝒕𝒂 𝑲𝒆𝒃𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂𝒂𝒏"

Ikhlas daripada,
Wan Mohd Zamakhsyari Bin Wan Abdul Razak
Pengerusi KRT &
Persatuan Penduduk Taman Intan Baiduri, Sepang, Selangor



28/02/2026 - Alhamdulillah telah selesai Majlis Iftar TIB 2026 pada malam ini. Sekalung penghargaan dan ucapan terima ka...
28/02/2026

28/02/2026 - Alhamdulillah telah selesai Majlis Iftar TIB 2026 pada malam ini. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penduduk yang hadir pada malam ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada penginfaq dan penyumbang makanan pada malam ini, semoga anda dipermudahkan urusan dan dikurniakan limpahan rezeki.

Semoga ikatan ukhuwah dan semangat kejiranan sesama penduduk sentiasa harmoni di Taman Intan Baiduri.

16 Februari 2026 - Pengerusi PPTIBSS & KRT Taman Intan Baiduri, Sepang En. Wan Mohd Zamakhsyari bersama AJK telah mengad...
25/02/2026

16 Februari 2026 - Pengerusi PPTIBSS & KRT Taman Intan Baiduri, Sepang En. Wan Mohd Zamakhsyari bersama AJK telah mengadakan lawatan kebajikan bagi menziarahi anak kepada salah seorang warga TIB, En. Noazilan yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang akibat kemalangan jalan raya.

Tujuan lawatan ini diadakan bagi menzahirkan keprihatinan dan semangat kekeluargaan warga TIB terhadap ahli keluarga yang sedang berdepan dengan ujian. Semoga En Noazilan diberikan kekuatan dan semoga adik Danish Fauzan diberikan kesembuhan segera..

🕌 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐇𝐀𝐍 1447H | 2026M 🕌Assalamualaikum…🌙 𝐒a𝐥a𝐦 𝐑a𝐦a𝐝h𝐚n A𝐥-𝐌u𝐛a𝐫a𝐤 🌙Alhamdulillah, kita diper...
18/02/2026

🕌 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐇𝐀𝐍 1447H | 2026M 🕌

Assalamualaikum…
🌙 𝐒a𝐥a𝐦 𝐑a𝐦a𝐝h𝐚n A𝐥-𝐌u𝐛a𝐫a𝐤 🌙

Alhamdulillah, kita dipertemukan lagi dengan bulan penuh keberkatan. Semoga Ramadhan tahun ini membawa ketenangan, keberkatan, dan keampunan buat kita semua. Mari perbanyakkan ibadah, sucikan hati, dan tingkatkan amal soleh.

Moga setiap doa dikabulkan, setiap usaha diberkati, dan setiap langkah menuju kebaikan dirahmati. Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh keikhlasan dan kesabaran.

𝙈𝙖𝙧𝙝𝙖𝙗𝙖𝙣 𝙔𝙖 𝙍𝙖𝙢𝙖𝙙𝙖𝙣 🌙

𝙄𝙠𝙝𝙡𝙖𝙨 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙠𝙖𝙢𝙞 :
Barisan AJK KRT & Persatuan Penduduk Taman Intan Baiduri, Sepang, Selangor

30/01/2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Penduduk (JPP) Bil. 1/2026 Zon Labu telah berlangsung dan dipengerusikan o...
31/01/2026

30/01/2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Penduduk (JPP) Bil. 1/2026 Zon Labu telah berlangsung dan dipengerusikan oleh Ahli Majlis Zon Labu yang baru, Encik IIyas As-Said bin Zaharuddin serta dihadiri oleh mantan JPP Zon Labu, Encik Hazimun.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Pengerusi Persatuan Penduduk serta Ketua Kampung dari seluruh Zon Labu untuk membincangkan dan menyelaras isu-isu komuniti setempat.

En Wan Mohd Zamakhsyari selaku Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Intan Baiduri Sepang Selangor telah hadir mewakili penduduk Taman Intan Baiduri dalam mesyuarat tersebut.

18/01/2026 - Alhamdulillah, Majlis Apresiasi KRT Daerah Sepang 2025 telah berlangsung dengan jayanya di The Avenoir, Put...
25/01/2026

18/01/2026 - Alhamdulillah, Majlis Apresiasi KRT Daerah Sepang 2025 telah berlangsung dengan jayanya di The Avenoir, Putrajaya.

Majlis ini dihadiri oleh semua warga AJK Majlis Tertinggi KRT Taman Intan Baiduri, Sepang sebagai simbolik penghargaan atas komitmen dan dedikasi yang telah dipamerkan sepanjang Sesi 2024 - 2025.

​Tahniah diucapkan kepada semua warga AJK Majlis Tertinggi KRT Taman Intan Baiduri yang telah diraikan.



25hb Dis 2025 - Majlis Apresiasi AJK KRT Taman Intan Baiduri yang telah berlangsung di Steamboat & Grill Nilai City, Nil...
26/12/2025

25hb Dis 2025 - Majlis Apresiasi AJK KRT Taman Intan Baiduri yang telah berlangsung di Steamboat & Grill Nilai City, Nilai. Majlis ini diserikan dengan kehadiran Pn Fadzilawati Binti Ibrahim Penyelaras Zon BBST/Dengkil, Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Sepang. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada semua AJK yang telah banyak menyumbang masa, tenaga dan idea dalam menjayakan aktiviti dan program komuniti kita pada Seisi 2024 - 2025. Kejayaan KRT Taman Intan Baiduri adalah hasil usaha komuniti bersama. Semoga hubungan kita terus kukuh dan semangat sukarelawan ini terus menyala demi kebaikan taman kita.

Address

Taman Intan Baiduri

43900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Penduduk & Kejiranan Taman Intan Baiduri, Sepang Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization?

Share