Silver MAYC

Silver MAYC Malaysia Association of Youth Club (MAYC)
NEGERI PERAK,

-Official Account- VISI
Merealisasikan Gagasan 1malaysia.

Syukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya kita dapat merealisasikan keujudan page rasmi MAYC Perak. Sesungguhnya tahun 2015 ini merupakan hari yang bermakna dan bersejarah bagi MAYC Perak, sejak hampir 54 tahun penubuhannya. Dengan keujudan page rasmi ini, membuktikan bahawa MAYC Perak bergerak seiring dengan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) masa kini yang membolehkan MAYC Perak menyalurkan maklumat dengan pantas, tepat dan berkesan. Bersesuaian dengan transformasi kerjasama dibawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia semua maklumat yang disediakan dalam page rasmi ini dapat dijadikan jendela ilmu bagi memenuhi keperluan MAYC Perak di peringkat Negeri, Kawasan dan Kelab-kelab gabungan. Akhir kata saya menyeru semua warga MAYC Perak dapat memberi kerjasama dalam menjayakan page rasmi ini untuk dimanafaatkan secara positif dan berinovasi. Memperkukuhkan Perpaduan Antara Kaum Melalui Aktiviti Bagi Menuju Negara Maju. Melahirkan Pemimpin Belia Yang Mempunyai Semangat Patriotisma Dan Jati Diri Yang Tinggi Kepada Negara. MISI
Meningkatkan Kemantangan Berfikir Ahli-Ahli Belia Melalui Program-Program Pendidikan Dan Latihan Secara Teratur Dan Berterusan
Melahirkan Generasi Belia Celik Ilmu Dan Memahami Sejarah Negara, Kearah Memperkukuhkan Perpaduan Serta Keharmonian Dengan Berpaksikan Rukun Negara. Menjadikan Ahli-Ahli Belia Pelbagai Keturunan Sebagai Perantara Penyatuan Bangsa Malaysia Ke Arah Negara Bangsa.

Salam Takziah. Al fatihah
17/09/2026

Salam Takziah.

Al fatihah

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Sdr. Naim Al-Amin (DON) atas kejayaan mempertahankan jawatan sebagai Presiden M...
25/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Sdr. Naim Al-Amin (DON) atas kejayaan mempertahankan jawatan sebagai Presiden MESF bagi sesi 2026–2029.

Semoga kepercayaan dan amanah yang diberikan ini terus menjadi pemangkin dalam memperkukuh pembangunan e-sukan (esports) di Malaysia, di samping melahirkan lebih ramai bakat dan atlet e-sukan yang berdaya saing di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Tahniah atas kepercayaan yang terus diberikan. Selamat meneruskan kepimpinan demi kemajuan e-sukan negara!

Kuatt ! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Ikhlas daripada:
Exco Negeri, Pengerusi-pengerusi Kawasan
& Ahli MAYC Negeri Perak

✨ SERLAHKAN KEINDAHAN BUSANA TRADISIONAL ANDA! ✨Tunjukkan gaya, keyakinan, dan keunikan pakaian kebudayaan anda di Perta...
19/08/2026

✨ SERLAHKAN KEINDAHAN BUSANA TRADISIONAL ANDA! ✨

Tunjukkan gaya, keyakinan, dan keunikan pakaian kebudayaan anda di Pertandingan Busana Tradisional Etnik Malaysia (BTEM) sempena Karnival Mesra Anak Muda (KAMU)! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ’ƒπŸ•Ί
Kerap dipuji bila pakai baju tradisional? Haa.. Inilah masanya untuk anda beraksi dan peragakan keindahan busana etnik kesayangan anda!

πŸ“… Tarikh: 19 September 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 11:00 Pagi - 6:30 Petang
πŸ“ Tempat: Perkarangan KOMBES, Perak
πŸ’΅ Yuran Komitmen: RM 20 (Termasuk Goodies & Sijil Penyertaan!)

πŸ“Œ SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
πŸ‘€ Warganegara Malaysia (Lelaki & Perempuan)
πŸŽ‚ Berumur 13 hingga 45 tahun
πŸ‘— Memakai Busana Tradisional Etnik di Malaysia

🎯 KRITERIA PENILAIAN:
β€’ Keterampilan & Kreativiti
β€’ Keserasian Busana dengan Tema
β€’ Keyakinan & Gaya Persembahan
β€’ Kemasan & Kekemasan Pakaian
(Markah tambahan daripada juri jemputan jika berjaya menarik perhatian pengunjung!)

πŸ“² CARA MENDAFTAR:
1. Imbas kod QR pada poster atau isi Google Form penyertaan.
2. Buat pembayaran RM20 ke akaun:
πŸ‘‰ Maybank: 158172940293 (Nor Najaasiah)
Hantar resit pembayaran ke 019-427 1434 (Puan Naja).

πŸ“ž SEBARANG PERTANYAAN / MAKLUMAT LANJUT:
β€’ Puan Aeen: 013-533 5041
β€’ Puan Naja: 019-427 1434

Ajak kawan-kawan dan keluarga datang bagi sokongan! Jom meriahkan budaya kita! πŸ”₯

πŸ”₯ PERTANDINGAN BREAKDANCE KAMU 2026 KINI DIBUKA! πŸ”₯Panggilan untuk semua b-boys & b-girls! Korang ada moves paling gempak...
19/08/2026

πŸ”₯ PERTANDINGAN BREAKDANCE KAMU 2026 KINI DIBUKA! πŸ”₯

Panggilan untuk semua b-boys & b-girls! Korang ada moves paling gempak? Inilah masanya untuk tunjukkan bakat dan beraksi di pentas utama Karnival Mesra Anak Muda (KAMU)! πŸ•ΊπŸ’₯

πŸ“… Tarikh: 20 September 2026 (AHAD)
⏰ Masa: 11:00 Pagi – 6:30 Petang
πŸ“ Tempat: Kompleks Belia & Sukan Negeri Perak
πŸ† Kategori Dipertandingkan:
β€’ 2 vs 2 Remaja Bawah 15 Tahun
β€’ 2 vs 2 Dewasa
β€’ 7 to Smoke

πŸ”₯ Lineup Khas:
β€’ Pengadil: Stefani (London, UK) | Hiro 10 (Japan) | L (Malaysia)
β€’ DJ: Wanz (Malaysia)
β€’ MC: Nes (Malaysia)

πŸ“² Pendaftaran:
Imbas kod QR pada poster untuk mendaftar sekarang! Tempat adalah terhad, jangan lepaskan peluang ini!
Jom meriahkan Karnival Mesra Anak Muda Perak! πŸŽ‰

05/06/2026

Jumaat | 5 Jun 2026 | Astaka Kompleks Belia dan sukan Negeri Perak

Belia Berselawat
Bersama Ustaz Akhil Hayy.

Malam yang indah dipenuhi alunan selawat, perkongsian ilmu dan semangat ukhuwah. Semoga segala kebaikan yang diperoleh menjadi bekalan dalam kehidupan seharian.

SELESAI SIARAN LANGSUNG DI PERAK FM Presiden Majlis Belia Negeri Perak | Pengerusi MAYC Negeri Perak , Sdra Muhammad Nai...
04/06/2026

SELESAI SIARAN LANGSUNG DI PERAK FM

Presiden Majlis Belia Negeri Perak | Pengerusi MAYC Negeri Perak , Sdra Muhammad Naim Al Amin bin Saharudin bersama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Encik Asmori bin Hj. Sa’ahari telah selesai bersiaran langsung di Perak FM bagi mempromosikan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perak 2026.

Pelbagai pengisian menarik menanti para belia sepanjang program yang akan berlangsung pada 5 hingga 7 Jun 2026. Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan sambutan terbesar buat golongan belia di Negeri Perak!

Ayuh hadir beramai-ramai dan jadilah sebahagian daripada semangat yang menjadi penggerak pembangunan masa depan negeri dan negara.

πŸ“… 5 - 7 Jun 2026
πŸ“ Kompleks Belia & Sukan Negeri Perak, Ipoh




8:00 PM | Hidang KL Makan Malam Bersama Pengerusi, Timbalan dan semua perwakilan MAYC Negeri Perak , Selepas Mesyuarat A...
30/05/2026

8:00 PM | Hidang KL

Makan Malam Bersama Pengerusi, Timbalan dan semua perwakilan MAYC Negeri Perak , Selepas Mesyuarat Agung MAYC Kebangsaan Ke 64.

Semoga ukhwah yang terbina ini dapat dikekalkan demi kecemerlangan MAYC Negeri Perak.


Sabtu | 30/5/2026 | Internation youth centre (iyc) Cheras. Alhamdulillah, selesai sudah amanah dan tanggungjawab sebagai...
30/05/2026

Sabtu | 30/5/2026 | Internation youth centre (iyc) Cheras.

Alhamdulillah, selesai sudah amanah dan tanggungjawab sebagai perwakilan sempena Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan Kali Ke-64.

Terima kasih kepada seluruh kepimpinan, perwakilan dan MAYC Negeri Perak atas komitmen serta semangat perjuangan yang ditunjukkan sepanjang persidangan berlangsung.

Semoga segala keputusan, pandangan dan
perancangan yang telah dibincangkan menjadi pemangkin kepada kemajuan organisasi serta memperkasakan lagi peranan belia dalam pembangunan masyarakat dan negara.
Teruskan melangkah, teruskan berbakti demi perjuangan belia.


selamat bersidang kepada para perwakilan sempena Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan Kali Ke-64.Semoga persidangan i...
29/05/2026

selamat bersidang kepada para perwakilan sempena Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan Kali Ke-64.

Semoga persidangan ini berjalan lancar serta menjadi platform terbaik dalam memperkukuh perpaduan, memperkasa kepimpinan belia dan merangka hala tuju organisasi demi masa depan generasi muda yang lebih cemerlang.


Jemput semua Rakan Rakan Belia 🀲🏼
28/05/2026

Jemput semua Rakan Rakan Belia 🀲🏼

Address

Kampong Chenderong Balai

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Silver MAYC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Silver MAYC:

Shortcuts

Share