Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia - Pertis

  • Home
  • Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia - Pertis

Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia - Pertis PERTIS merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan untuk meningkatkan syiar Islam dalam kalangan OKU Penglihatan Islam. 1. No. b. Mengadakan kelas:
i.

Nama penuh persatuan ini ialah Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS).

2. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan telah mengadakan mesyuarat agungnya yang pertama pada bulan Ogos 1996.No. Pendaftaran: PPM-008-14-26041996. Alamat: Ibu Pejabat, Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia,
No. 32A, Jalan 6/21D, Taman Ibu Kota, 53100 Gombak, Kuala Lumpur.

- Uni

t Penerbitan, Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia,
No. 42A, Jalan Padang Belia Off Jalan Tun Sambathan, 50470 Kuala Lumpur.

3. Persatuan ini juga bersifat kebangsaan. Justeru setakat ini ia mempunyai cawangannya di 5 buah negeri iaitu di Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Sabah dan terdapat 3 buah Pusat Kegiatan PERTIS aiitu di Pulau Pinang, Johor dan Negeri Sembilan.

4. Persatuan ini sememangnya sedang meluaskan cawangannya di negeri-negeri lain. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada permintaan golongan sasar di negeri-negeri berkenaan.

5. Persatuan ini ditadbir oleh badan yang dikenali sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat (AJK Pusat). Untuk senarai penuh dan terkini AJK Pusat PERTIS, sila rujuk lampiran.

6. Setiap AJK Pusat p**a akan mengetuai jawatankuasa kecil yang dikenali sebagai Biro dan boleh melantik AJK Kecil untuk setiap biro.

7. PERTIS di peringkat negeri p**a ditadbir oleh 6 ahli jawatankuasa PERTIS peringkat negeri yang diketuai oleh pengerusi.

8. Pada masa ini, ibu pejabat PERTIS pusat mempunyai 13 orang kakitangan.

9. Yang Berbahagia Datuk Zamani bin Sulaiman (Setiausaha Dewan Negara, Parlimen Malaysia) merupakan Penasihat kepada persatuan ini.

10. Untuk memastikan maklumat terkini sampai kepada pengetahuan ahli dan masyarakat, maka persatuan telah menyediakan talian info yang boleh diakses 24 jam sehari. Info yang diketengahkan akan bertukar setiap minggu. Talian Info yang dimaksudkan ialah 03-40223950.

11. Akaun: Bank Islam Malaysia Berhad, Persatuan Orang-orang Cacat
Penglihatan Islam Malaysia (1401 4010 08699 2)

Perkhidmatan dan Aktiviti Utama

1. Program pembangunan Al-Quran Braille:
a. Mencetak Al-Quran Braille untuk diedarkan kepada golongan buta. Majlis Tilawah Al-Quran Braille (MTQB) Peringkat Kebangsaan
(Tahunan)

c. Pelajaran jawi braille
ii. Pengajian al-Quran Braille

2. Program Pendidikan:
a. Mencetak buku-buku keagamaan. Mentranskripsi buku teks dari Kementerian Pendidikan Malaysia
i. KSSR Pendidikan Islam
ii. KSSR Bahasa Arab
iii. KSSM Pendidikan Islam
iv. KSSM Bahasa Arab

c. Bahasa arab
ii. Kelas keagamaan
iii. Kelas feqah untuk saudara baru
d. Karnival Kesenian Islam (dwi Tahunan)

3. Pembangunan Modal Insan:
a. Menjalankan aktiviti-aktiviti bersempena dengan hari-hari kebesaran
Islam, seperti sambutan maulidul Rasul, sambutan Maal Hijrah, sambutan
isra’ mikraj, majlis berbuka puasa, sambutan dan jamuan hari raya dan
sebagainya. Menganjurkan majlis ceramah, motivasi dan sebagainya. c. Mengadakan kursus untuk meningkatkan tahap profesionalisma
khususnya untuk kakitangan awam dan swasta dalam kalangan ahli
PERTIS. d. Menjaga kebajikan dan kepentingan golongan buta dan ahli. e. Menguruskan hal ehwal saudara baru OKU penglihatan.

05/05/2026

Allahumma Aamiin
゚viralシfypシ゚

04/05/2026

Healing sambil berpeluh semalam kat Taman Botani! 🌿✨ Abjad Challenge unlocked! ✅ Memang menguji mental dan fizikal betul bila masing-masing kelam-kabut karang ayat ikut huruf. Good job team! 💪🔥
゚viralシfypシ゚

01/05/2026

Esok adalah hari Jumaat, Penghulu Segala Hari. Hari yang paling barakah untuk kita melipatgandakan pahala bersedekah.
​Bayangkan... setiap urusan kebaikan yang dipermudahkan asbab daripada kerusi, meja, atau alatan yang anda wakafkan, pahalanya akan terus mengalir kepada anda selagi ia digunakan. Walaupun kita dah tiada nanti, 'saham' ini tetap berjalan. 🥺🤲
​Jom ambil berkat Jumaat esok! Tak perlukan jumlah yang besar, sumbangan seikhlas hati RM10, RM20 pun dah cukup bermakna untuk kami kumpulkan sedikit demi sedikit.
​Bantu kami lengkapkan pejabat ini dengan berwakaf.
゚viralシfypシ゚

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada :1. YBhg. Dato’ Mohd Asri bin AbdullahPengarah, Bahagian Keluarga, Sosial Dan K...
18/04/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada :

1. YBhg. Dato’ Mohd Asri bin Abdullah
Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti (KSK), JAKIM

2. YBrs. Puan Zaizurina binti Mansor
Pengarah, Bahagian Penerbitan, JAKIM

3. YBrs. Dr. Muhammad Yusry Mazlan
Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

4. YBrs. Ustaz Dr. Amru AlHaz bin Adnan
menjalankan tugas sebagai Imam Besar, Masjid Negara

Moga Allah SWT mempermudah segala urusan dalam menggalas amanah ini dengan penuh dedikasi, hikmah dan keberkatan.

Ikhlas daripada seluruh warga Pertis





15/04/2026

Kuliah bulanan 15 april 2026

Inovasi Berimpak: Projek VIBES Memperkasa Komuniti OKU PenglihatanSetapak, 1 April 2026 – Satu langkah ke hadapan dalam ...
01/04/2026

Inovasi Berimpak: Projek VIBES Memperkasa Komuniti OKU Penglihatan

Setapak, 1 April 2026 – Satu langkah ke hadapan dalam inovasi berteraskan kemanusiaan apabila Lt Zahin TUDM dan Lt Faris TUDM dari Skuadron 320, Pangkalan Udara Kuantan mengadakan lawatan ke Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS).

Lawatan ini bertujuan memperkenalkan projek inovasi “Voice Integrated Intelligent Battery with Emergency Support (VIBES)”, sebuah powerbank pintar yang direka khas untuk golongan kurang upaya penglihatan. Dilengkapi dengan sistem suara bagi memaklumkan peratus semasa bateri, VIBES turut menampilkan butang kecemasan yang mampu menghantar notifikasi segera kepada saudara terdekat melalui aplikasi Telegram. Lebih menarik, lokasi semasa pengguna boleh diakses oleh ahli keluarga hanya dengan permintaan melalui Telegram, menjadikan keselamatan pengguna sentiasa terjamin.

Selain itu, lawatan ini juga merupakan sebahagian daripada usaha melengkapkan laporan projek inovasi bagi penyertaan dalam pertandingan Kump**an Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat TUDM 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 19 Mei 2026 di bawah kategori Inovasi Sosial Penciptaan.

Sepanjang sesi temubual, pelbagai input bernilai telah dikongsikan oleh Puan Shaliza, termasuk pengalaman sebenar penggunaan powerbank sedia ada serta perbandingan secara praktikal dengan projek VIBES. Demonstrasi penggunaan telefon pintar dalam kehidupan harian turut dipersembahkan, di samping cadangan penambahbaikan yang konstruktif bagi memperkasakan lagi fungsi dan keberkesanan VIBES.

Lebih bermakna, Lt Zahin TUDM dan Lt Faris TUDM turut diberi peluang mendalami asas tulisan Braille yang diajar sendiri oleh Puan Shaliza. Satu pengalaman berharga yang bukan sahaja membuka perspektif baharu, malah mengukuhkan lagi nilai empati dalam pembangunan inovasi.

゚viralシ ゚viralシfypシ゚

21/03/2026

“Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Semoga Aidilfitri ini membawa sinar kebahagiaan, ketenangan dan keberkatan buat kita semua.
Maaf zahir dan batin.”
゚viralシ ゚viralシfypシ゚

20/03/2026

“Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar…
Alunan takbir mengiringi penutupan Ramadan yang penuh keberkatan.
Semoga segala amalan diterima dan diberkati.
Ikhlas daripada Persatuan Orang -orang Cacat Penglihataan Islam Malaysia,
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.”
゚viralシfypシ゚ ゚viralシ

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang yang sudi berkongsi rezeki dalam menjayak...
14/03/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang yang sudi berkongsi rezeki dalam menjayakan program ini.

Sumbangan anda amat bermakna dalam membantu golongan asnaf, anak yatim dan OKU penglihatan, sekali gus menyambung senyuman mereka dan meringankan beban yang ditanggung.

Semoga setiap kebaikan ini menjadi saham pahala yang berterusan di sisi Allah SWT.
゚viralシfypシ゚ ゚viralシ

14/03/2026

Terima kasih kepada semua penyumbang yang sudi menyokong usaha kami.
Sumbangan anda bukan sekadar bantuan, tetapi menjadi harapan yang menguatkan langkah kami untuk terus berkhidmat.

Kerana anda, kami mampu menyambung senyuman mereka — membantu golongan OKU penglihatan melalui sumbangan Bakul Ramadan agar mereka dapat menjalani bulan Ramadan dengan lebih tenang dan bermakna.

Semoga setiap kebaikan ini menjadi saham pahala yang berpanjangan di sisi Allah.

🤲 Terima kasih atas sokongan anda.

゚viralシfypシ゚

Address

NO. 32A Jalan 6/21D, Taman Ibu Kota, Gombak

53100

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia - Pertis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia - Pertis:

  • Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization?

Share