Pertubuhan Kebajikan Nur Syafaat Kluang Johor

  • Home
  • Pertubuhan Kebajikan Nur Syafaat Kluang Johor

Pertubuhan Kebajikan Nur Syafaat Kluang Johor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pertubuhan Kebajikan Nur Syafaat Kluang Johor, Non-Governmental Organization (NGO), 16, Jln Muafakat 3, Pusat Perdagangan Muafakat,, .

09/04/2026

Update pembangunan Maahad Tahfiz Nur Syafaat. Kami masih memerlukan sokongan anda untuk menyiapkan baki kerja-kerja pembinaan. jom kongsi rezeki dan jadi sebahagian daripada perjuangan ini.

Sebarang pemberian ikhlas anda boleh disalurkan ke akaun :
PER KEB NUR SYAFAAT KLG
5511 9112 7234
MAYBANK
Untuk Info lanjut & kongsi rezeki klik link :
https://taplink.cc/pertubuhannursyafaat
atau hubungi pihak pengurusan :
1. Ustazah Abibah : https://www.wasap.my/601116183416
2. Ustazah Najiha : https://www.wasap.my/60197222640
Dengan berkongsi maklumat ini juga merupakan sedekah.

31/03/2026

Sikit bagi kita, besar bagi mereka. 🤝 Jom bersama Pertubuhan Kebajikan Nur Syafaat menyebarkan kegembiraan buat mereka yang memerlukan sempena Aidilfitri ini. Moga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berpanjangan. 🤲✨

Ingin berkongsi rezeki? Klik link di bio sekarang!

Sebarang pemberian ikhlas anda boleh disalurkan ke akaun :

PER KEB NUR SYAFAAT KLG
5511 9112 7234
MAYBANK

Untuk Info lanjut & kongsi rezeki klik link :
https://taplink.cc/pertubuhannursyafaat

atau hubungi pihak pengurusan :
1. Ustazah Abibah : https://www.wasap.my/601116183416
2. Ustazah Najiha : https://www.wasap.my/60197222640

Dengan berkongsi maklumat ini juga merupakan sedekah.

"Setulus hati, seikhlas budi."Pihak Pengurusan dan seluruh warga Pertubuhan Kebajikan Nur Syafaat ingin memanjatkan seti...
20/03/2026

"Setulus hati, seikhlas budi."

Pihak Pengurusan dan seluruh warga Pertubuhan Kebajikan Nur Syafaat ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi atas limpah rahmat-Nya sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

Sempena kehadiran 1 Syawal 1447H, kami menyusun jari memohon ampun dan maaf atas segala khilaf. Jutaan terima kasih juga kami ucapkan kepada para penyumbang dan rakan kerjasama yang sentiasa menjadi tulang belakang usaha kebajikan kami.

Semoga sinar Aidilfitri ini membawa keberkatan, kedamaian, dan kebahagiaan yang berpanjangan buat kita semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

20/03/2026

Malam 1 Syawal bukan sekadar meraikan kemenangan, tapi ia juga malam mustajab doa.

Di saat kita sibuk dengan persiapan dan kegembiraan, jangan kita lupakan mereka yang masih diuji dengan kesusahan dan kesempitan. 🌙✨

Jadikan diri kita 'asbab' untuk mereka turut merasai sekelumit kebahagiaan. Semoga raya tahun ini lebih bermakna dengan berkongsi kegembiraan bersama insan di sekeliling kita. Insya-Allah. 🤲❤️

20/03/2026

"Jadikan malam terakhir ini sebagai pelipur segala penyesalan di hari-hari sebelumnya." 💫

Mari kita kumpulkan sisa semangat untuk beribadah di penghujung Ramadan. Semoga kita keluar dari bulan suci ini sebagai pemenang yang lebih gemar berbagi dan peduli. Amin.

Taqabbalallahu Minna Wa Minkum. 🙏

19/03/2026

Alhamdulillah, urusan Kotak Rezeki Aidilfitri di bawah Pertubuhan Kebajikan Nur Syafaat telah selesai. Namun, usaha murni ini tidak terhenti di sini sahaja.

Sempena hari Jumaat yang penuh barakah ini, kami ingin mengajak anda semua untuk terus berkongsi rezeki dan kegembiraan buat keluarga asnaf di sekitar Simpang Renggam dan kawasan berdekatan.

Hanya dengan RM100, anda dapat menyumbangkan 1 Kotak Rezeki yang penuh dengan keperluan asas. Mari kita jadikan ia sebagai amal jariah yang berterusan sepanjang tahun. 🤲

Semoga Allah menerima segala amal kebaikan kita sepanjang Ramadan ini dan seterusnya. Amin.

12/03/2026

SubhanAllah..Malam ini Malam 23 Ramadan dan Malam Jumaat, malam yang ada dalil kebarangkalian LailatulQadr menurut pandangan Imam Syafie, Imam Malik, Ibn Khuzaimah RA. Rasulullah SAW bersabda: تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ لَيْلَةَ ثَلاَثَ وَعِشْرِيْنَ “Carilah kamu malam al-Qadar pada malam ke-23 Ramadan”. (Jami’ al-Saghir)

07/03/2026

Hari ke-17 Ramadan.
Ya Allah, muliakan orang yang berpuasa hari ini, berkahi hidupnya, terima amalnya dan ampuni dosanya. 🤲❤️

Salam Nuzul Al-Quran 1447H ✨Al-Quran bukan sekadar naskhah untuk dibaca, tetapi cahaya yang membimbing setiap langkah ke...
06/03/2026

Salam Nuzul Al-Quran 1447H ✨

Al-Quran bukan sekadar naskhah untuk dibaca, tetapi cahaya yang membimbing setiap langkah kehidupan kita. Di hari yang penuh barakah ini, marilah kita sama-sama menghayati mukjizat agung ini sebagai petunjuk dan rahmat buat seluruh alam.
Semoga cahaya Kalamullah sentiasa menyinari hati kita dan membimbing setiap usaha kebajikan yang kita lakukan demi manfaat ummah.
Ikhlas daripada kami di Pertubuhan Kebajikan Nur Syafaat.

06/03/2026

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Ramadan kini sudah memasuki fasa pertengahan—fasa pengampunan (Maghfirah) daripada Allah SWT. ✨
Seperti pesan Rasulullah SAW, inilah masanya untuk kita melipatgandakan amalan dan mengejar keampunan-Nya. Salah satu cara terbaik adalah dengan berkongsi rezeki dan kegembiraan bersama mereka yang memerlukan.

Jom sertai kami di Pertubuhan Kebajikan Nur Syafaat dalam menjayakan:
📦 Projek Kotak Ramadan (Persediaan Raya buat asnaf di Simpang Renggam)

🍲 Tajaan Berbuka Puasa & Sahur (Buat pelajar Maahad Tahfiz Nur Syafaat)
Sikit bagi kita, besar maknanya bagi mereka. Jom berkongsi manfaat! 🤲🌙

🏦 Public Bank: 3817112110 (Maahad Tahfiz Nur Syafaat)

Hubungi Kami Untuk Maklumat Lanjut:
📞 011-1618 3416 (Ustazah Abibah)
📞 019-722 2640 (Ustazah Najiha)

Address

16, Jln Muafakat 3, Pusat Perdagangan Muafakat,

86200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Kebajikan Nur Syafaat Kluang Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Kebajikan Nur Syafaat Kluang Johor:

  • Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization?

Share