Persatuan Bekas Pegawai SPRM

  • Home
  • Persatuan Bekas Pegawai SPRM

Persatuan Bekas Pegawai SPRM ii.Ethics & Integrity (E&I): Memperkukuh etika dan integriti dalam organisasi. v.

PBP SPRM (Persatuan Bekas Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada bekas pegawai SPRM.
Barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan yang terdiri daripada bekas Pengarah dan Pegawai SPRM yang mempunyai kepakaran dan pengalaman luas dalam pelbagai bidang tmasuk siasatan, pencegahan dan latihan juga menaw

arkan khidmat konsultan dan latihan kepada Badan-badan Kerajaan, Badan-badan Berkanun serta Pihak Swasta sepertimana di bawah :

i.Community Integrity Building (CiB): Membangun integriti dalam komuniti. iii.Pelan Antirasuah Organisasi (OACP): Strategi pencegahan rasuah berdasarkan kepada Strategi Pembanterasan Rasuah Kebangsaan (NACS) yang baru dilancarkan oleh PMX pada Mei 2024. iv.Seksyen 17A Akta SPRM 2009: Pemahaman undang-undang rasuah dan tanggungjawab organisasi. Pengurusan Risiko Rasuah (CRM): Model pengurusan yang dirangka bagi mengenalpasti bentuk rasuah yang akan mungkin terjadi serta mengambil langkah-langkah tertentu bagi menghindari kejadian rasuah daripada berlaku. Kami juga mengalu-alukan kerjasama daripada mana-mana pihak yang berminat untuk mengadakan sebarang bentuk program & latihan sepertimana yang di atas dengan fees yang munasabah dan berpatutan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Tuan Haji Ishak Abu Bakar : 017 - 3333245 ( Naib Presiden - Konsultan & Latihan )
Puan Hidayah : 019 - 6000337 ( Setiausaha Agung )

Selamat Berkhidmat Dato' Sri
13/05/2026

Selamat Berkhidmat Dato' Sri

Selamat Datang Dato' Sri Abd Halim bin Aman





11/05/2026
10/05/2026

KUALA LUMPUR, 29 Apr - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menegaskan komitmennya untuk terus memastikan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diseleweng dapat dipulihkan dan dikembalikan kepada rakyat sebelum khidmatnya tamat.

Beliau berkata komitmen itu dizahirkan menerusi tindakan terkini apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan perintah larangan transaksi melibatkan wang berjumlah AS$1.7 juta (kira-kira RM6.7 juta) yang disimpan di Barbados dan dikaitkan dengan dana 1MDB.

โ€œTindakan ini mencerminkan komitmen berterusan SPRM dalam memastikan setiap dana yang diseleweng dapat dijejaki dan dikembalikan kepada negara.

โ€œSetiap ringgit yang berjaya dipulihkan adalah hak rakyat Malaysia dan akan terus diperjuangkan,โ€ katanya.

Menurut Azam, usaha pemulihan aset bukan sekadar langkah penguatkuasaan, sebaliknya tanggungjawab penting dalam melindungi kepentingan kewangan negara, khususnya dalam keadaan ekonomi global yang mencabar.

Beliau turut menegaskan SPRM akan terus memperkukuh kerjasama antarabangsa bagi mengesan, membekukan dan melucut hak aset di luar negara.

Azam Baki akan mengakhiri tempoh perkhidmatannya di SPRM pada 12 Mei ini, digantikan oleh bekas hakim, Datuk Seri Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu.

Kredit: Berita Harian, The Star

โ€œ๐‘ซ๐’๐’๐’† ๐‘จ๐‘ฎ๐‘ด, ๐‘ต๐’๐’˜ ๐‘ณ๐’†๐’•โ€™๐’” ๐‘ด๐’๐’—๐’† ๐‘ญ๐’๐’“๐’˜๐’‚๐’“๐’… ๐Ÿ’ชโ€ โ€œ๐‘ป๐’‚๐’‰๐’๐’Š๐’‚๐’‰ ๐‘ฒ๐’†๐’‘๐’Š๐’Ž๐’‘๐’Š๐’๐’‚๐’ ๐‘ฉ๐’‚๐’‰๐’‚๐’“๐’–!โ€Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Pegawai ...
25/04/2026

โ€œ๐‘ซ๐’๐’๐’† ๐‘จ๐‘ฎ๐‘ด, ๐‘ต๐’๐’˜ ๐‘ณ๐’†๐’•โ€™๐’” ๐‘ด๐’๐’—๐’† ๐‘ญ๐’๐’“๐’˜๐’‚๐’“๐’… ๐Ÿ’ชโ€
โ€œ๐‘ป๐’‚๐’‰๐’๐’Š๐’‚๐’‰ ๐‘ฒ๐’†๐’‘๐’Š๐’Ž๐’‘๐’Š๐’๐’‚๐’ ๐‘ฉ๐’‚๐’‰๐’‚๐’“๐’–!โ€

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Pegawai SPRM bagi tahun ini telah selesai dengan jayanya pada hari ini.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik bagi sesi 2026โ€“2028. Semoga amanah yang diberikan dapat digalas dengan penuh integriti, komitmen dan semangat kebersamaan demi memperkukuhkan peranan persatuan ini.

Terima kasih juga kepada semua ahli yang hadir dan memberikan sokongan padu. Semoga kita terus istiqamah dalam menyumbang kepakaran, pengalaman dan nilai-nilai integriti kepada masyarakat serta negara.

Bersama kita melangkah ke hadapan dengan satu suara, satu matlamat.

14 April 2026Naib Presiden mewakili Persatuan Bekas Pegawai SPRM , hadir menyaksikan Majlis Konvokesyen Pegawai Integrit...
14/04/2026

14 April 2026

Naib Presiden mewakili Persatuan Bekas Pegawai SPRM , hadir menyaksikan Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Kali Ke-12 di Pusat Konvensyen Bangi Avenue.

Tahniah Diucapkan

๐—ž๐—ฎ๐—บ๐—ถ, ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐˜€ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ถ ๐—ฆ๐—ฃ๐—ฅ๐—  ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ผ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—š๐—œ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ง๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฟ๐—ถ ๐—”๐˜‡๐—ฎ๐—บ ๐—•๐—ฎ๐—ธ๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ต ๐˜„๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ...
07/04/2026

๐—ž๐—ฎ๐—บ๐—ถ, ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐˜€ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ถ ๐—ฆ๐—ฃ๐—ฅ๐—  ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ผ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—š๐—œ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ง๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฟ๐—ถ ๐—”๐˜‡๐—ฎ๐—บ ๐—•๐—ฎ๐—ธ๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ต ๐˜„๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฃ๐—ฅ๐— .

Tan Sri, pohon yang berbuah manis memang akan sentiasa dilempar batu. Semakin tinggi kita mendaki, semakin kencang angin yang meniup.

Jangan biarkan sorakan provokasi di luar sana memadamkan api integriti dalam dada.โ€‹Teruskan melangkah dengan tegak. dalam dunia penguatkuasaan, fokus tidak boleh goyah.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/04/1530623/gangguan-kepada-azam-kerja-harus-tetap-jalan-bekas-tkp-sprm?utm_source=BHWhatsAppChannel&utm_medium=Traffic&utm_campaign=News

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafa Ali, hari ini menitipkan nasihat kepada warga agensi itu mengenai cabaran semasa dan baharu yang perlu dihadapi mereka hari ini, susulan gangguan terbaharu yang diterima Tan Sri Azam Ba...

Presiden Persatuan Bekas Pegawai SPRM telah mengadakan kunjungan hormat ke pihak pengurusan Universiti Utara Malaysia (U...
07/04/2026

Presiden Persatuan Bekas Pegawai SPRM telah mengadakan kunjungan hormat ke pihak pengurusan Universiti Utara Malaysia (UUM) melibatkan Naib Canselor dan Dekan berkaitan.

Pertemuan ini memberi fokus kepada perbincangan strategik mengenai pelaksanaan Program Knowledge, Integrity & Anti-Corruption (KIAR) di UUM sebagai inisiatif memperkukuh budaya integriti dalam kalangan warga universiti.

Selain itu, turut dibincangkan cadangan berkaitan pewujudan atau pemerkasaan jawatan Pengarah Integriti UUM bagi memastikan tadbir urus yanglebih sistematik dan berimpak tinggi.

Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkasa agenda integriti dan antirasuah di peringkat institusi pendidikan tinggi, selaras dengan aspirasi nasional ke arah Malaysia yang bebas rasuah.

Sinergi Pasukan Mesyuarat AJK PBP SPRM Bil. 2/2026โ€‹Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin....
04/04/2026

Sinergi Pasukan
Mesyuarat AJK PBP SPRM Bil. 2/2026

โ€‹Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

โ€‹Alhamdulillah, dalam suasana kemeriahan Syawal yang masih terasa, barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Bekas Pegawai (PBP) SPRM telah berkumpul bagi menjayakan Mesyuarat AJK Bil. 2/2026. Pertemuan ini penting bagi memastikan kesinambungan agenda persatuan terus berjalan lancar.

โ€‹Rumusan Mesyuarat
โ€‹Mesyuarat yang dipimpin oleh barisan kepimpinan tertinggi ini telah membincangkan beberapa perkara teras antaranya

1. โ€‹Laporan Aktiviti Berkala:
Menilai pelaksanaan program yang telah dijalankan sepanjang suku pertama tahun 2026.

2. โ€‹Pengurusan Kebajikan:
Memperhalusi inisiatif kebajikan untuk ahli bagi memastikan sokongan yang berterusan.

3. โ€‹Pentadbiran & Kewangan:
Menyemak status kedudukan kewangan dan tadbir urus persatuan agar kekal telus dan efisien.

โ€‹Terima kasih diucapkan kepada semua AJK yang hadir memberikan komitmen serta idea-idea bernas. Semoga segala perancangan yang diputuskan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
โ€‹

25/03/2026

PUTRAJAYA โ€“ Kertas siasatan melibatkan dua pegawai kanan Jabatan Alam Sekitar (JAS) berhubung isu e-waste dan sisa plastik telah dikemukakan kepada...

Address

Malaysian Anti-Corruption Academy (MACA) , Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Bukit Tunku, Kuala Lumpur,

50480

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Bekas Pegawai SPRM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization?

Share