Anok Kelate Bsp Page Rasmi

  • Home
  • Anok Kelate Bsp Page Rasmi

Anok Kelate Bsp Page Rasmi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Anok Kelate Bsp Page Rasmi, Community Center, Bandar Saujana Putra, .

PERSATUAN ANAK – ANAK KELANTAN BANDAR SAUJANA PUTRA
(PPM-012-10-07062024)

Menghimpunkan anak-anak Kelantan di perantauan, khususnya di kawasan Bandar Saujana Putra, bagi memperkukuh hubungan silaturrahim dan semangat kekitaan.

Tahniah semua..RIDE MERDEKA TO ULU BENDUL Anjuran PAAK BSP
17/08/2026

Tahniah semua..RIDE MERDEKA TO ULU BENDUL Anjuran PAAK BSP

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera buat semua.Alhamdulillah, selesai sudah Program RIDE TO U...
17/08/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera buat semua.

Alhamdulillah, selesai sudah Program RIDE TO ULU BENDUL anjuran Persatuan Anak-Anak Kelantan Bandar Saujana Putra (PAAK BSP) yang telah berlangsung pada 16 Ogos 2026 (Ahad) di Ulu Bendul, Negeri Sembilan.

Program yang julung kalinya dianjurkan ini bukan sahaja menjadi medan untuk kita berkonvoi dan menikmati keindahan alam semula jadi, malah turut menjadi ruang untuk mengeratkan ukhwah, menambah kenalan serta mengukuhkan silaturahim dalam kalangan ahli dan komuniti PAAK BSP.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua AJK serta ahli PAAK BSP yang sentiasa memberikan sokongan dan terus bersama-sama menjayakan setiap program yang dianjurkan oleh PERSATUAN ANAK-ANAK KELANTAN BANDAR SAUJANA PUTRA. Komitmen dan semangat kebersamaan semua amat kami hargai.

Alhamdulillah, program kali ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan penyertaan:

🏍️ 30 buah motosikal
🚗 10 buah kereta
👥 70 orang peserta

Terima kasih juga kepada saudara Fendi (FNK) yang telah bermurah hati menaja sarapan pagi untuk semua peserta pada pagi program. Semoga segala kebaikan dan kemurahan hati beliau dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT.

Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada semua AJK, ahli PAAK BSP, peserta konvoi serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Tanpa sokongan dan kerjasama semua, sudah tentu program ini tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya.

📸 Sebagai kenangan bersama, kami turut menyediakan koleksi gambar sepanjang program berlangsung untuk tatapan dan kenang-kenangan semua peserta. Semoga setiap gambar yang dikongsikan dapat mengimbau kembali kemeriahan, keceriaan dan ukhuwah yang terjalin sepanjang perjalanan RIDE TO ULU BENDUL.

Semoga semangat kekeluargaan, persahabatan dan ukhwah ini terus kekal bersama PAAK BSP.

Insya-Allah, kita jumpa lagi dalam program akan datang pada bulan Oktober nanti, iaitu Program Hari Keluarga PAAK BSP di Port Dickson, Negeri Sembilan. 🌊🏖️

Terima kasih semua. Jumpa lagi di program akan datang!

PAAK BSP – Bersama Mengeratkan Ukhwah, Memperkukuh Persaudaraan. 💚💛

🌿🏍️ ASSALAMUALAIKUM W.B.T. 🏍️🌿RIDE TO ULU BENDUL Anjuran PAAK BSPAlhamdulillah, buat julung kalinya Persatuan Anak-Anak ...
21/07/2026

🌿🏍️ ASSALAMUALAIKUM W.B.T. 🏍️🌿

RIDE TO ULU BENDUL Anjuran PAAK BSP

Alhamdulillah, buat julung kalinya Persatuan Anak-Anak Kelantan Bandar Saujana Putra (PAAK BSP) akan menganjurkan program Ride To Ulu Bendul.

Jom sertai kami dalam konvoi santai sambil mengeratkan ukhwah, menambah kenalan dan menikmati keindahan alam semula jadi bersama komuniti BSP.

📅 Tarikh: 16 Ogos 2026 (Ahad)
📍 Lokasi: Ulu Bendul, Negeri Sembilan

Aturcara Program :
🏍️ 8pagi : Berkumpul di kedai FNK Sp 8
🔖 9pagi : Bertolak dari BSP
🔖11.00pagi : Sarapan di Kampong Lomak Salai,Kendong
🏍️1. 00ptg: Sambung perjalanan ke Ulu Bendul
🔖2.00ptg : Sampai ke destinasi Ulu Bendul
🔖5.00ptg : Bertolak balik ke BSP
🏍️7. 00ptg:Dijangka sampai di BSP

✅ Penyertaan adalah PERCUMA
👕 Baju rasmi program: RM35

Apa yang menanti anda?
🏍️ Konvoi santai & selamat
🌳 Menikmati keindahan Ulu Bendul
🤝 Merapatkan ukhwah sesama komuniti

📞 Pendaftaran & Pertanyaan
Zerie : 012-358 2438
Wan Nako: 019-324 3729

✨ "Bersama Kita Erat, Ukhwah Kita Kuat."

Ayuh daftarkan diri anda dan keluarga sekarang! Jangan lepaskan peluang menjadi sebahagian daripada program sulung Ride To Ulu Bendul anjuran PAAK BSP. 🏍️🌿

gambar page 2
06/07/2026

gambar page 2

Assalamualaikum W.B.T.Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Program Bubur Asyura Persatuan Anak-Anak Kelantan 2026M / 14...
06/07/2026

Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Program Bubur Asyura Persatuan Anak-Anak Kelantan 2026M / 1448H telah berlangsung dengan jayanya di hadapan Restoran FNK Fendi Nasi Kerabu, Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana segala urusan dipermudahkan dari awal persiapan sehingga program berakhir dengan lancar.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa (AJK), sukarelawan dan para petugas yang telah bertungkus-lumus mengorbankan masa, tenaga dan usaha bagi menjayakan program ini. Dari mengacau bubur, menyediakan khemah, menguruskan pengagihan sehinggalah mengemas kawasan program, semuanya dilakukan dengan penuh semangat dan semangat kekeluargaan.

Ucapan penghargaan yang tidak terhingga juga kepada semua penaja yang telah memberikan sumbangan dan sokongan:

Datin Nani
FNK Fendi Nasi Kerabu
ZamGas
Wanako Rekabina
Kak Zai Geprek
Nazur Satan
BSP Battery Centre
Putra Bookstore
Eji Motorsports
SNA Servis
Masjid BSP
Maliki Nasi Kukus
Mulok Gas Enterprise
Restoran Man Ayam Kampung
Wan Rosli
Fareha
Surau Al-Hidayah serta surau-surau dan masjid di Bandar Saujana Putra
Planet Western
Petronas

Tidak dilupakan juga kepada semua penyumbang individu yang turut sama menghulurkan sumbangan secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga Allah SWT membalas segala jasa dan kebaikan dengan ganjaran yang berlipat ganda serta melimpahkan rezeki yang diberkati.

Penghargaan istimewa juga diucapkan kepada tetamu kehormat, Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, yang sudi meluangkan masa hadir bersama-sama memeriahkan Program Bubur Asyura Persatuan Anak-Anak Kelantan 2026M / 1448H.

Turut menceriakan suasana ialah persembahan Dikir Barat yang dipersembahkan oleh anak-anak muda Kelantan. Terima kasih atas persembahan yang penuh semangat, menghiburkan dan berjaya menghidupkan suasana dengan keunikan seni budaya Kelantan. Semoga warisan ini terus subur dan menjadi kebanggaan generasi akan datang.

Kepada semua pengunjung yang hadir, terima kasih kerana bersama-sama memeriahkan program. Senyuman, gelak tawa dan kemesraan yang terjalin menjadi bukti bahawa semangat kekeluargaan masih utuh dalam kalangan kita. Kata orang Kelantan, "hok berat samo dipikua, hok ringan samo dijinjiang." Alhamdulillah, semuanya dapat diselesaikan dengan baik hasil kerjasama semua.

Akhir kata, jika sepanjang penganjuran program ini terdapat sebarang kekurangan atau kelemahan, kami memohon ribuan kemaafan. Segala teguran dan cadangan amat kami hargai untuk penambahbaikan pada masa akan datang.

Semoga segala amal kebajikan, sumbangan dan pengorbanan semua pihak diterima oleh Allah SWT sebagai amal soleh serta menjadi asbab keberkatan dan dipermudahkan segala urusan.

Jumpa lagi pada Program Bubur Asyura akan datang, insya-Allah. Terima kasih semua. Semoga ukhwah kita terus erat dan berkekalan.

PROGRAM AKTIVITI BERKELAH / HARI KELUARGAAnjuran Persatuan Anak-Anak Kelantan (PAAK BSP)📍 Lokasi: Pengkalan Balak📅 Tarik...
16/05/2026

PROGRAM AKTIVITI BERKELAH / HARI KELUARGA
Anjuran Persatuan Anak-Anak Kelantan (PAAK BSP)

📍 Lokasi: Pengkalan Balak
📅 Tarikh: 17 – 18 Oktober 2026
🕚 Masa Berkumpul: 10.00 pagi (Tayar Bergolek)
━━━━━━━━━━━━━━━
🏡 SENARAI PILIHAN CHALET
Chalet Suria
🔹 RM130 – 3 bilik(Queen +Single)
🔹 RM120 – 9 bilik(Queen)
Chalet Permata
🔹 RM150 – 6 bilik(Queen +Single)
🔹 RM130 – 6 bilik(Queen)
Chalet Mesra
🔹 RM150 – 3 bilik(Queen +Single)
🔹 RM120 – 4 bilik(Queen)
━━━━━━━━━━━━━━━

⚠️ Bilik adalah terhad. Penyertaan awal amat dialu-alukan bagi memudahkan urusan pihak urus setia.

🔼 Deposit RM 50.00 perlu diserahkan awal kepada urus setia bagi proses tempahan bilik

🔼 Bayaran Makan /Minum RM 100.00

📞 Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:
* En. Hadrami — 016-634 1373
* Pn. Marina — 011-1434 6089

💳 Bayaran boleh dibuat ke akaun berikut:
Persatuan Anak-Anak Kelantan
Affin Bank
No. Akaun: 1019-5000-1728
📌 Sila kemukakan resit pembayaran selepas transaksi dibuat.

Terima kasih atas kerjasama semua 😊

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir serta turut serta memeriahka...
10/05/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir serta turut serta memeriahkan Pertandingan Bowling anjuran PAAK (Persatuan Anak-Anak Kelantan Bandar Saujana Putra 2026) yang telah berlangsung dengan jayanya di Submit USJ.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa (AJK) yang bertungkus-lumus menguruskan program ini dari awal hingga akhir. Tidak dilupakan juga kepada para penaja yang sudi memberikan sumbangan hadiah dan sokongan bagi menjayakan program ini.

Ribuan terima kasih kepada:

Masjid BSP
Surau An-Nur
Petron
Petronas BSP
FNK
HRT Motor
BSP Battery
Zam Gas
Wanako Rekabina
Maliki Nasi Kukus
Edy Tomyam PUJ
MAHSYA Kitchen
McDonald’s
Surau Al-Mukmin
Klinik Cherang
Yaya Surprise
Dr. Shal
FADZ Carwash SP5
Ayu Kitchen

Semoga segala usaha, sumbangan dan kerjasama yang diberikan mendapat keberkatan serta dibalas dengan kebaikan yang berlipat ganda.

Insya-Allah, semoga program seperti ini dapat terus mengeratkan ukhuwah dan silaturahim sesama komuniti pada masa akan datang.

Terima kasih semua ❤️

PAAK BSP Wanita
20/04/2026

PAAK BSP Wanita

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ahli PAAK BSP,Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan bersam...
19/04/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ahli PAAK BSP,

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan bersama-sama menjayakan program Jamuan Raya serta AGM 2025/2026 sehingga berlangsung dengan lancar dan jayanya.

Seiring dengan itu, telah berlangsung rombakan AJK lama serta pelantikan barisan AJK baharu bagi sesi 2026/2027. Tahniah diucapkan kepada semua yang terpilih. Gabungan ahli lama dan muka baharu diharapkan dapat terus memperkukuhkan serta memajukan PAAK BSP.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada para penaja makanan serta hadiah cabutan bertuah. Walaupun hadiah yang disediakan tidak banyak, namun ia tetap membawa makna dan kegembiraan kepada semua—baik yang menerima mahupun yang tidak.

Tidak dilupakan juga kepada barisan AJK yang telah bertungkus-lumus menjayakan penyediaan makanan, pengurusan tempat serta semua urusan dari awal hingga tamat program. Jasa dan komitmen anda amat dihargai.

Ucapan terima kasih khas juga kepada barisan AJK sesi 2025/2026 atas segala usaha, komitmen dan kerjasama sepanjang tempoh perkhidmatan anda. Anda telah memainkan peranan penting dalam menjayakan pelbagai program sepanjang sesi tersebut. Sebagai tanda penghargaan, cenderahati daripada pihak PAAK BSP turut disediakan—walaupun tidak seberapa, namun diharapkan menjadi kenangan bermakna.

Kepada AJK yang baharu dilantik, selamat menjalankan amanah dan semoga dapat bekerjasama sebagai satu pasukan yang mantap.

Sama-sama kita nantikan program-program seterusnya yang akan menyusul.

Bersama ini dilampirkan gambar-gambar suasana program petang tadi untuk kenangan kita semua.

Sek kito jage, pecoh!

Senarai AJK Baharu Sesi 2026/2027

AGM 2026/2027

Tahniah kepada semua yang terpilih. Semoga dapat menggalas tanggungjawab dengan sebaiknya.

Pengerusi: En. Zamzuri
Timbalan Pengerusi: Wan Nazro
Setiausaha: Pn. Zainab
Timbalan Setiausaha: Pn. Nur Ana
Bendahari: Tuan Hadrami
Timbalan Bendahari: Puan Marina

Sekian, terima kasih.

— Admin

Address

Bandar Saujana Putra

42610

Telephone

+60193243729

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Anok Kelate Bsp Page Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Anok Kelate Bsp Page Rasmi:

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization?

Share