16/01/2025
RUMAH HARAPAN RAKYAT
TARIKH PERMOHONAN HINGGA 21 MAC 2025
Kerajaan Negeri Sembilan telah memperkenalkan Program Rumah Harapan Rakyat bermula pada tahun 2021. Program ini adalah kemudahan pinjaman tanpa faedah untuk membina satu (1) unit rumah untuk golongan B40 yang masih belum memiliki rumah dan ingin membina rumah di atas bidang tanah masing-masing.
Bagi tahun 2025, harga seunit rumah yang akan dibina adalah sebanyak RM85,000.00, manakala amaun pinjaman pembiayaan oleh pemohon adalah sebanyak RM75,000.00 sahaja. Pinjaman pembiayaan ini adalah tanpa faedah dan bayaran balik selama 300 bulan (25 tahun).
Harga Seunit - RM85,000.00
Subsidi Kerajaan Negeri - RM10,000
Pinjaman Pembiayaan - RM75,000.00
Bayaran Deposit 5% - RM3,750.00
Bayaran Balik - RM238.00 sebulan selama 300 bulan (25 tahun)
https://www.facebook.com/share/p/1A5tgJFsKy/
Pembiayaan Tanpa Faedah
Pemohon boleh memuat turun Iklan, Nota Maklumat dan Borang Permohonan di pautan yang tertera di bawah.
Muat Turun :
https://www.pknns.gov.my/perkhidmatan/muat-turun-dokumen/rumah-harapan-rakyat-1
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN
(BAHAGIAN PEMBANGUNAN STRATEGIK)
23-H, TINGKAT 1, JALAN ZAABA,
70100 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.
Tel: 06 761 6871
Faks: 06 761 6877