Yayasan Perkasa Siswa

  • Home
  • Yayasan Perkasa Siswa

Yayasan Perkasa Siswa Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Yayasan Perkasa Siswa, Nonprofit Organization, Yayasan Perkasa Siswa, Kementerian Pendidikan Tinggi Aras 5, No. 2 Menara 2 Jalan P5/6, Presint 5, .

Yayasan Perkasa Siswa merupakan agensi rasmi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia yang mengurus dan menyelaras program pembangunan pelajar dan hal ehwal kebajikan mahasiswa.

YPS DI PBAKL 2026: SAMBUTAN MENGGALAKKAN PENGUNJUNG TERUS MEMENUHI PAVILION MAPIM PADA HARI TERAKHIR PBAKL 2026Pavilion ...
07/06/2026

YPS DI PBAKL 2026: SAMBUTAN MENGGALAKKAN PENGUNJUNG TERUS MEMENUHI PAVILION MAPIM PADA HARI TERAKHIR PBAKL 2026

Pavilion Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) terus mencatatkan kehadiran pengunjung yang memberangsangkan pada hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 (PBAKL 2026) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Sejak awal penganjuran, Pavilion MAPIM menjadi antara lokasi tumpuan utama pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelajar, pendidik, penyelidik serta peminat buku ilmiah. Sambutan yang semakin meningkat ini mencerminkan minat yang tinggi terhadap bahan bacaan berkualiti serta usaha berterusan dalam memperkukuh budaya ilmu dalam kalangan masyarakat.

Hari terakhir penganjuran menyaksikan suasana yang masih meriah dengan kehadiran pengunjung yang memanfaatkan peluang untuk mendapatkan pelbagai penerbitan ilmiah, di samping menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh penerbit-penerbit terlibat.

MAPIM merakamkan penghargaan kepada semua pengunjung dan pihak yang terlibat atas sokongan berterusan dalam menjayakan penganjuran PBAKL 2026, selaras dengan aspirasi memperkasa ekosistem ilmu dan penerbitan negara.


TELAAH YB MENTERI DI PBAKL2026, ANGKAT WACANA BESAR ILMU, ADAB DAN MASA DEPAN PENDIDIKAN TINGGI7 Jun 2026 | Pusat Dagang...
07/06/2026

TELAAH YB MENTERI DI PBAKL2026, ANGKAT WACANA BESAR ILMU, ADAB DAN MASA DEPAN PENDIDIKAN TINGGI

7 Jun 2026 | Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)

Sepanjang penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026, Pavilion Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) bukan sahaja menjadi pusat jualan naskhah ilmiah, malah berkembang sebagai ruang percambahan idea menerusi penganjuran bicarawara Republik Merah MAPIM dan program Telaah KPT yang menghimpunkan tokoh masyarakat, penyelidik, penulis serta ilmuwan.

Istimewanya, program Telaah KPT yang berlangsung semalam menyaksikan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir berkongsi lima (5) karya pilihan yang membentuk perspektif beliau terhadap pendidikan, kepimpinan, hubungan antarabangsa dan pembangunan insan.

Dalam sesi tersebut, beliau memulakan kupasan dengan buku ‘The Real World of College: What Higher Education Is and What It Can Be’ karya Wendy Fischman dan Howard Gardner yang membincangkan perubahan landskap pendidikan tinggi yang semakin cenderung kepada pendekatan bersifat transaksional.

Beliau menegaskan bahawa universiti tidak boleh dilihat semata-mata sebagai institusi pengeluaran graduan, sebaliknya perlu kekal sebagai ruang pembentukan insan, pengembangan pemikiran kritis serta pembinaan nilai sosial dalam kalangan mahasiswa.

Menurut beliau lagi, cabaran pendidikan tinggi masa kini termasuk kecenderungan pelajar menilai kejayaan akademik hanya berdasarkan pencapaian gred dan kebolehpasaran semata-mata.

Seterusnya, beliau mengupas karya Risalah untuk Kaum Muslimin oleh Allahyarham Prof. Diraja Terpuji Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas yang menekankan hubungan antara ilmu, adab dan krisis pemikiran umat Islam moden.

Beliau menyifatkan karya tersebut sebagai antara tulisan penting yang mengangkat perbahasan tentang makna ilmu sebenar serta kepentingan adab dalam membentuk manusia yang berilmu dan berakhlak.


PAVILION MAPIM TERUS MENJADI TUMPUAN PENGUNJUNG DAN DIF-DIF KEHORMAT DI PBAKL 2026Pavilion Majlis Penerbitan Ilmiah Mala...
06/06/2026

PAVILION MAPIM TERUS MENJADI TUMPUAN PENGUNJUNG DAN DIF-DIF KEHORMAT DI PBAKL 2026

Pavilion Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 terus menerima kunjungan pelbagai dif-dif kehormat, pemimpin institusi, tokoh akademik serta para penggiat industri penerbitan sepanjang penganjuran acara tersebut di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Kehadiran para tetamu kehormat ini mencerminkan sokongan berterusan terhadap usaha memperkasa budaya ilmu, penerbitan ilmiah dan pembangunan ekosistem pembacaan negara. Lawatan tersebut turut membuka ruang kepada perkongsian pandangan, pertukaran idea serta pengukuhan jaringan kerjasama strategik antara pelbagai pihak berkepentingan.

Sebagai platform yang menghimpunkan penerbit-penerbit ilmiah dari seluruh negara, Pavilion MAPIM terus memainkan peranan penting dalam mempromosikan karya berkualiti, memperluas akses kepada sumber ilmu serta menyokong agenda pembangunan modal insan berteraskan pengetahuan.


5 Jun 2026 | Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)Pavilion Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) di Pesta Buku A...
05/06/2026

5 Jun 2026 | Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)

Pavilion Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 telah menerima kunjungan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Adam Adli Abd Halim semalam.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam memperkukuh ekosistem ilmu negara melalui penerbitan ilmiah, penyelidikan dan penghasilan karya berkualiti.

Sepanjang lawatan, beliau meninjau pelbagai penerbitan akademik serta hasil penyelidikan yang dipamerkan oleh institusi pendidikan tinggi dan penerbit tempatan. Penglibatan aktif IPT dalam PBAKL 2026 membuktikan peranan penting sektor pendidikan tinggi dalam memperkasa budaya ilmu dan penyebaran pengetahuan kepada masyarakat.

KPT akan terus menyokong usaha memartabatkan penerbitan ilmiah dan budaya membaca selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI serta pembangunan modal insan berpengetahuan dan berdaya saing.


YB DATO’ SERI DIRAJA DR. ZAMBRY LAWAT PAVILION MAPIM, SERU IPT PERKASA PENERBITAN ILMIAH BERKUALITI3 Jun 2026 | Pusat Da...
04/06/2026

YB DATO’ SERI DIRAJA DR. ZAMBRY LAWAT PAVILION MAPIM, SERU IPT PERKASA PENERBITAN ILMIAH BERKUALITI

3 Jun 2026 | Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)

Yang Berhormat Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah mengadakan lawatan ke Pavilion Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026.

Dalam lawatan tersebut, beliau menzahirkan penghargaan terhadap usaha institusi pengajian tinggi (IPT) dalam memperkasa ekosistem penerbitan ilmiah negara serta menekankan kepentingan menghasilkan bahan penerbitan yang berkualiti, berimpak tinggi dan mampu menjadi rujukan di peringkat nasional serta antarabangsa.

Beliau turut menyeru agar warga akademia dan IPT terus memperkukuh budaya penulisan, penyelidikan dan penerbitan ilmu sebagai medium penting dalam menyokong agenda pemerkasaan pendidikan tinggi serta pembangunan modal insan negara.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pendidikan Tinggi dalam memperkasakan penerbitan ilmiah sebagai wahana penyebaran ilmu, pemikiran dan inovasi demi kemajuan negara.


02/06/2026

BANTUAN AWAL PENDIDIKAN TINGGI (BAPT) MERINGANKAN BEBAN, KPT PRIHATIN MELALUI INISIATIF BAPT

Yayasan Perkasa Siswa mencerminkan komitmen KPT dalam memastikan akses pendidikan tinggi yang inklusif, agar tiada pelajar tercicir daripada peluang melanjutkan pengajian akibat kekangan kewangan.


SESI PERKONGSIAN BUKU ILMIAH: MAHASISWA MENGGUGATBagaimana sebuah buku mampu membentuk pemikiran, jati diri dan perjalan...
02/06/2026

SESI PERKONGSIAN BUKU ILMIAH: MAHASISWA MENGGUGAT

Bagaimana sebuah buku mampu membentuk pemikiran, jati diri dan perjalanan kejayaan seseorang?

Sertai sesi perkongsian khas yang mengupas karya Mahasiswa Menggugat dan pengaruhnya dalam membentuk kepimpinan, nilai serta prinsip hidup yang menjadi asas kepada kejayaan YBhg. Profesor Dr. Mohd Izani Mohd Zain.

Ayuh bersama-sama menelusuri idea, inspirasi dan pengajaran daripada sebuah karya yang terus relevan dalam membina mahasiswa berfikiran kritis, berdaya saing dan berjiwa besar.


UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAHSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim ata...
02/06/2026

UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (P.J.N.) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi Tahun 2026

Ikhlas daripada:
Pengerusi dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah serta Warga Yayasan Perkasa Siswa


DIRGAHAYU TUANKUMerafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniahKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pe...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah takzim daripada:
Pengerusi dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah serta Warga Yayasan Perkasa Siswa

FORUM BIJAK MEMBACA SISWA BERDAYA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2026Ayuh bersama-sama menyertai Forum Bijak Me...
31/05/2026

FORUM BIJAK MEMBACA SISWA BERDAYA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2026

Ayuh bersama-sama menyertai Forum Bijak Membaca: Siswa Berdaya, sebuah platform intelektual yang menghimpunkan pemimpin mahasiswa untuk membincangkan kepentingan budaya membaca dalam melahirkan generasi mahasiswa yang berilmu, kritis dan berdaya saing.

Forum ini bakal mengetengahkan perkongsian pandangan, pengalaman serta aspirasi kepimpinan mahasiswa dalam memperkukuh amalan membaca sebagai asas pembentukan modal insan berkualiti dan pemacu kecemerlangan pendidikan tinggi negara.


Address

Yayasan Perkasa Siswa, Kementerian Pendidikan Tinggi Aras 5, No. 2 Menara 2 Jalan P5/6, Presint 5

62200

Telephone

+60388706521

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Perkasa Siswa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization?

Share