Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta UMPSA

  • Home
  • Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta UMPSA
Call Website Contact the organization

Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta UMPSA Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta UMPSA Merupakan jabatan yang menguruskan kemudahan fasiliti dan aset Universiti Malaysia Pahang.

Jabatan ini ditubuhkan dari tahun 2002 dan mempunyai cawangan di Kampus Gambang.

 Majlis Perpisahan Cik Munirah binti M. Mansor dan Cik Wan Filzah binti Abdul Majid di Bilik Mesyuarat PPPH, UMP Pekan p...
20/03/2024



Majlis Perpisahan Cik Munirah binti M. Mansor dan Cik Wan Filzah binti Abdul Majid di Bilik Mesyuarat PPPH, UMP Pekan pada 8 Mac 2023

PPPH berkesempatan meraikan staf yang bertukar Jabatan iaitu Cik Munirah binti M. Mansor dan Cik Wan Filzah binti Abdul Majid. Khidmat bakti dan sumbangan masing-masing adalah selama 8 tahun dan 2 tahun bersama PPPH.

PPPH ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya di Jabatan baharu. Jutaan penghargaan dan terima kasih juga di atas segala sumbangan sepanjang bersama PPPH.

 Sesi perkongsian bersama Cik Kamilia Nur Syarah Binti Kamarul Anuar - Artificial Intelligence pada 1 Mac 2024Artificial...
12/03/2024



Sesi perkongsian bersama Cik Kamilia Nur Syarah Binti Kamarul Anuar - Artificial Intelligence pada 1 Mac 2024

Artificial Intelligence (AI) merujuk kepada simulasi proses kecerdasan manusia oleh mesin, membolehkan mereka melaksanakan tugas yang biasanya memerlukan fungsi kognitif manusia. Sistem AI boleh menganalisis data, belajar daripadanya, dan membuat keputusan atau melakukan tindakan berdasarkan data tersebut.

Antara applikasi AI yang sering digunakan:

• CHATGPT - Secara istilahnya, Chat bermaksud perbualan atau sembang manakala GPT adalah akronim untuk (Generative Pre-Training Transformer) iaitu model pembelajaran mesin atau sistem yang menggunakan kaedah pembelajaran mendalam bagi menjana teks di alam maya (online) sama seperti pemikiran manusia dalam masa nyata.

• CANVA PRO - Menjadikan reka bentuk lebih mudah iaitu dapat mengakses tanpa had kepada 100+ juta foto, templat, grafik dan video.

• DALL.E - DALL·E menggunakan teknologi “deep learning” untuk belajar dari data gambar dan teks. Apabila arahan diberikan dalam bentuk text, ia dapat menganalisis untuk cipta gambar yang sepadan.

• CLICKUP – Satu platform pengurusan kerja yang boleh membantu individu dan pasukan menguruskan projek, tugasan, jadual, dan banyak lagi dengan lebih efisien serta dengan pandangan dan tambahan maklumat yang dikeluarkan oleh AI bagi memberikan idea daripada pelbagai aspek.

 SALAM RAMADAN DAN SELAMAT BERPUASAPusat Pembangunan dan Pengurusan Harta (PPPH) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Ab...
11/03/2024



SALAM RAMADAN DAN SELAMAT BERPUASA

Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta (PPPH) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah mengucapkan Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam khususnya warga UMPSA.

================
Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta (PPPH)
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
================

Sesi Perkongsian bersama Encik Amirul Faiz bin Abdul Latif - Sustainable Development Goals pada 9 Februari 2024Sustainab...
27/02/2024

Sesi Perkongsian bersama Encik Amirul Faiz bin Abdul Latif - Sustainable Development Goals pada 9 Februari 2024

Sustainable Development Goals (SDGs) adalah satu inisiatif di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertujuan untuk menggalakkan pembangunan secara mapan dalam kalangan negara anggota PBB. Sebanyak 17 sasaran yang ditetapkan antaranya adalah Bandar dan Komuniti Lestari, Industri Inovasi dan Infrastruktur dan Pendidikan Berkualiti.

SDGs di Malaysia turut diamalkan secara langsung dan tidak langsung oleh kementerian, agensi kerajaan dan pihak swasta melalui amalan kerja yang berbeza-beza. Sebagai contoh, di setiap Institusi Pengajian Tinggi (IPT), SDG4: Pendidikan Berkualiti sering dijadikan amalan dalam menyampaikan perkhidmatan pendidikan yang berkesan dan inklusif kepada semua lapisan masyarakat. Di peringkat PPPH, SDGs turut dibudayakan melalui amalan penjimatan tenaga, penggunaan tenaga lestari dan boleh diperbaharui serta pemerkasaan dasar pembangunan mesra OKU.

Namun begitu, secara keseluruhannya, pembudayaan SDG di Malaysia masih berada pada tahap sederhana. Hal ini disebabkan kurangnya pemahaman tentang pelaksanaan dan kepentingan SDGs di samping pertindihan bidang kuasa/peranan dalam perkara ini.

Sesi Perkongsian Bersama Encik Mohd Shahril Bin Abdullah – Sistem Penilaian Kualiti Dalam Pembinaan (Qlassic) pada 2 Feb...
13/02/2024

Sesi Perkongsian Bersama Encik Mohd Shahril Bin Abdullah – Sistem Penilaian Kualiti Dalam Pembinaan (Qlassic) pada 2 Februari 2024

• QLASSIC merupakan sistem atau kaedah untuk mengukur dan menilai kualiti kemahiran kerja berdasarkan Construction Industry Standard (CIS 7:2014).
• QLASSIC membolehkan kualiti kemahiran kerja antara projek pembinaan dapat dibandingkan secara objektif menerusi satu sistem penskoran.

Terdapat beberapa okjektif QLASSIC antaranya ialah :
• Menanda aras kualiti kemahiran kerja industri pembinaan.
• Menentukan satu sistem penilaian terhadap kualiti kemahiran kerja pembinaan
• Mentaksir dan menilai kemahiran kerja sesebuah projek pembinaan berdasarkan standard relevan yang diperakui
• Untuk diguna sebagai kriteria pentaksiran prestasi kontraktor berdasarkan kualiti kemahiran kerja
• Untuk menyusun dan menghimpun data bagi analisa statistik

PENERANGAN BERKAITAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN JKKP PPPH PADA 26 JANUARI 2024Penerangan ini adalah bertujuan untuk member...
09/02/2024

PENERANGAN BERKAITAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN JKKP PPPH PADA 26 JANUARI 2024

Penerangan ini adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada semua staf supaya dapat mengambil perhatian berkaitan situasi luar jangka sekiranya berlaku kecemasan dengan tindakan yang pantas serta mengikuti pelan laluan kecemasan yang betul bagi mengelakkan sebarang kecederaan atau kesulitan sewaktu berlakunya kecemasan. Staf juga telah diingatkan untuk menggunakan video pelan tindakan kecemasan yang telah disediakan pada setiap mesyuarat atau perbincangan bersama pihak luar jabatan atau dalaman PPPH. Supaya dengan video tersebut, semua pihak dapat mengetahui akan kepentingan keselamatan dengan lebih mendalam.

TAKLIMAT KESEDARAN EKSA DI DALAM PUSAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN HARTA PADA 19 JANUARI 2024Taklimat ini adalah bertujua...
09/02/2024

TAKLIMAT KESEDARAN EKSA DI DALAM PUSAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN HARTA PADA 19 JANUARI 2024

Taklimat ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada staf PPPH tentang EKSA, peranan AJK EKSA dan kewujudan serta keberkesanan aktiviti yang telah dilaksanakan di PPPH. Dalam taklimat ini juga telah dibentangkan program/aktiviti yang telah dirancang untuk sepanjang tahun 2024 bagi persedian kepada semua staf untuk memberikan komitmen dan penglibatan pada program EKSA di PPPH ini. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Puan Norazlinda binti Nor Akahbar selaku pengerusi EKSA. Terima kasih diucapkan kepada semua staf yang hadir pada sesi taklimat ini.

Selamat datang dan selamat bertugas diucapkan kepada Encik Amirul Faiz bin Abdul Latif ke Pusat Pembangunan dan Pengurus...
01/02/2024

Selamat datang dan selamat bertugas diucapkan kepada Encik Amirul Faiz bin Abdul Latif ke Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta

31/01/2024



DAULAT TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah pada 31 Januari 2024 (19 Rejab 1445H).

Sembah Takzim Daripada Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah, Naib Canselor serta Seluruh Warga Universiti Malaysia Al-Sultan Abdullah (UMPSA).




Kementerian Pendidikan Tinggi

Address

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH KAMPUS PEKAN

26600

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00

Telephone

+6094315044

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta UMPSA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta UMPSA:

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed non profit organization?

Share