28/07/2025
#2025
YANG RAMAI PASTI BENAR
Kecondongan untuk kita mengesahkan keraguan dan ketidaktahuan kita tentang sesuatu melalui kelompok majoriti dan tampak hebat menjadi godaan yang sukar dielakkan apabila tidak ada imuniti dalam berfikir.
Adalah normal sejak kecil secara tidak sedar otak kita mencerap apa saja fahaman kehidupan yang dibawa oleh kelompok sekeliling kita dan terima sebagai fahaman kehidupan kita.
Kebiasaan untuk kita terima sesuatu tanpa pertimbangkan terlebih dahulu, maka cerapan dari didikan sekeliling kita lebih selesa untuk dipercayai berbanding mengukir kepercayaan sendiri.
Jika dikatakan “X tidak boleh didekati, maka kita akan pegang pada mantra ini”, jika dikatakan “X perlu ditaati, maka inilah mantra kita salut dalam diri kita” dan begitulah dalam pelbagai aspek kehidupan ada mantra-mantra yang kita pasak sebagai kepercayaan tanpa pernah dinilai semula kerana masyarakat sekeliling lebih majoriti dari kita sendiri.
Kesalahan logik yang dipanggil Ad Pop**am adalah kesalahan berfikir yang angkat kebenaran hanya kerana majoriti setuju bahawa ianya benar, jelas antara corak fikir paling berkuasa dalam mempengaruhi kehidupan seharian kita. (Kelompok merangkumi keluarga, kawan, komuniti, negara, syarikat, persatuan, bangsa, agama, kultus, dan stratifikasi sosial)
Kesalahan berfikir ini adalah satu bencana sosial yang menghanyutkan, meruntuhkan dan mengegarkan akal budi manusia, ketakutan bencana sosial ini lebih harus ditakuti dari takut kepada majoriti yang tidak punya akal budi. (Walaupun kelompok yang tiada akal budi apabila bersatu ada kekuatan mereka tersendiri).
Dalam Eksperimen The Asch Conformity oleh ahli psikologi sosial Solomon Asch terbukti betapa kuat pengaruh majoriti dalam mempengaruhi kita untuk memilih sesuatu yang jelas salah dalam perkara yang mudah, semata desakan untuk posisikan diri dalam kelompok majoriti, merasakan asing walaupun benar adalah pengalaman yang otak kita tidak selesa serta meresahkan.
Asing juga diertikan oleh otak kita sebagai ketinggalan, tersisih, pelik, minoriti, sepi dan seumpamanya, sukar untuk kita posisikan diri dalam keadaan seperti ini kecuali dengan fikiran yang jelas dan konkret lalu menjadi perisai dalam berpendirian.
Kebenaran dan keramaian adalah dua elemen berbeza, tidak p**a keramaian itu menjanjikan kebenaran walhal kebenaran itu kekal benar tanpa keramaian seperti bicara sang pemikir Anatole France, “Apabila lima puluh juta manusia mengatakan sesuatu yang bodoh, maka perkara tersebut kekal bodoh, tidak p**a ianya menjadi benar "
Berapa banyak keputusan hidup anda pernah diputuskan oleh kesalahan berfikir ini ?
**am