Muslimat Dun Wakaf Bharu

  • Home
  • Muslimat Dun Wakaf Bharu

Muslimat Dun Wakaf Bharu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Muslimat Dun Wakaf Bharu, Community Organization, .

23/08/2026
Lensa program Hari Sayyidina Khadijah dun wakaf Bharu sebelum dan selepas.
15/08/2026

Lensa program Hari Sayyidina Khadijah dun wakaf Bharu sebelum dan selepas.

HARI SAYIDATINA KHADIJAH Dun Wakaf Bharu...Alhamdulillah selesai dengan jayanya.
15/08/2026

HARI SAYIDATINA KHADIJAH Dun Wakaf Bharu...
Alhamdulillah selesai dengan jayanya.

05/08/2026

🌸 JOM MERIAHKAN HARI SAYYIDATINA KHADIJAH 2026 🌸

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Muslimat sekalian dijemput hadir ke Program Hari Sayyidatina Khadijah Peringkat DUN Wakaf Bharu yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

🗓 Tarikh: 15 Ogos 2026 (Sabtu)
🕣 Masa: 8.30 pagi
📍 Tempat: Dewan Imam As-Syafie’, Masjid Wakaf Bharu

✨ Pelbagai aktiviti menarik menanti anda:
✅ Chairobic
✅ Ceramah Kesihatan: “Wanita Hebat, Jiwa Kuat: Inspirasi Sayyidatina Khadijah”
✅ Persembahan Marhaban
✅ Cabutan Bertuah dengan pelbagai hadiah menarik

🌷 Ayuh luangkan masa bersama-sama mengimarahkan program ini sambil menimba ilmu, menjaga kesihatan dan mengeratkan ukhwah.

📲 Pendaftaran & pertanyaan:
Sarah – 012-9685469
(Boleh imbas kod QR pada poster untuk mendaftar.)

4/7/2026 - 11/7/2026 Batu pahat Johor               ( Dun Seri Medan )Lensa muslimat dun wakaf Bharu
12/07/2026

4/7/2026 - 11/7/2026 Batu pahat Johor
( Dun Seri Medan )
Lensa muslimat dun wakaf Bharu


Muslimat Dun Wakaf Bharu.Jauh perjalanan luas pemandangan.Setiap langkah di bumi Johor Dun seri medan menjadi saksi s**a...
12/07/2026

Muslimat Dun Wakaf Bharu.

Jauh perjalanan luas pemandangan.

Setiap langkah di bumi Johor Dun seri medan menjadi saksi s**a dan duka kami sebagai muslimat dun wakaf Bharu, panas hujan,penat dan lelah bukan penghalang untuk terus menyantuni masyarakat serta menyampaikan amanah.

Di sebalik senyuman, tersimpan seribu kenangan, Di sebalik setiap cabaran lahir ukhuwah yg semakin erat, semoga setiap usaha kecil ini menjadi amal yg di terima dan memberi manfaat kepada ummah.

8 hari bersama s**a dan duka diharungi,demi sebuah perjuangan yg di redhai Allah .





Alhamdulillah...Mesyuarat muslimat dun wakaf Bharu telah berlangsung pada hari ini,Syukur ke hadrat Illahi Mesyuarat har...
01/07/2026

Alhamdulillah...
Mesyuarat muslimat dun wakaf Bharu telah berlangsung pada hari ini,

Syukur ke hadrat Illahi
Mesyuarat hari ini menjadi medan perbincangan dan penyusunan gerak kerja yang lebih tersusun,

Semoga setiap pertemuan dan perbincangan menjadi wadah untuk mengeratkan silaturrahim dan memperkukuhkan ukhwah serta di berkati Allah SWT.


Alhamdulillah hari ini program ceramah Hijrahtul Rasul muslimat dun wakaf Bharu telah berlangsung dengan jayanya.Setingg...
22/06/2026

Alhamdulillah hari ini program ceramah Hijrahtul Rasul muslimat dun wakaf Bharu telah berlangsung dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada penceramah Dr Suraya Chapakia dari Fatoni, Thailand .
Bukan mudah untuk berubah, tetapi hijrah sentiasa bermula dengan satu langkah,
Semoga Allah permudahkan perjalanan kita
Menuju insan yang lebih baik.

Semoga perkongsian yang di sampaikan memberi inspirasi kepada semua untuk terus berhijrah ke arah kebaikan.

Terima kasih keatas kehadiran dan sokongan
Muslimat semua.



26/05/2026

Assalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kasih sayang-Nya, kita sekali lagi dipertemukan dengan Hari Raya Aidiladha — hari yang mengajar kita tentang nilai pengorbanan, keikhlasan dan kasih sesama insan.

Di kesempatan yang mulia ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh Muslimin dan Muslimat khususnya rakyat Wakaf Bharu yang saya kasihi. Semoga Aidiladha kali ini disambut dalam suasana penuh keberkatan, ketenangan dan kebersamaan bersama keluarga tercinta.

Dalam keadaan hari ini yang penuh dengan cabaran kehidupan, tekanan kos sara hidup dan pelbagai ujian yang dihadapi rakyat, Aidiladha hadir membawa satu pengajaran besar — bahawa setiap pengorbanan yang dilakukan dengan ikhlas pasti ada ganjaran dan hikmah di sisi Allah SWT. Kisah Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. mengajar kita bahawa ketaatan kepada Allah, kesabaran menghadapi ujian serta kesediaan berkorban demi kebaikan bersama adalah kekuatan sebenar dalam membina kehidupan yang diberkati.

Semangat inilah yang perlu terus hidup dalam masyarakat kita — saling membantu, saling memahami dan tidak membiarkan sesiapa berdepan kesusahan sendirian. Mudah-mudahan ibadah korban yang dilaksanakan pada tahun ini bukan sahaja menjadi ibadah, tetapi turut menyuburkan rasa kasih, kebersamaan dan kepedulian terhadap insan yang memerlukan.

Di kesempatan ini saya memohon ampun dan maaf zahir batin atas segala kekurangan dan kekhilafan sepanjang saya menggalas amanah sebagai wakil rakyat di Wakaf Bharu. Segala sokongan, teguran dan doa daripada rakyat amat saya hargai.

Kepada anak-anak perantau yang pulang ke kampung halaman, selamat kembali ke desa tercinta. Semoga perjalanan dipermudahkan dan masa bersama keluarga menjadi saat yang paling bermakna.

Akhir kalam, marilah kita bersama-sama berdoa agar Allah SWT terus mengurniakan kesejahteraan, keselamatan dan keberkatan buat kita semua.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H.
تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muslimat Dun Wakaf Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed non profit organization?

Share