20/02/2026
📌 ARAHAN PENTING | MUTABAAH IBADAH RAMADAN PEMUDA PAS MALAYSIA SESI 1447H | 2026
Assalamualaikum w.b.t.
Sempena Ramadan 1447H | 2026 ini, Akademi Tarbiyah (AKTAR) Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru setiap Abnaul Harakah untuk memanfaatkan Ramadan sepenuhnya dengan mengikut Jadual Mutabaah Ibadah Ramadan yang telah disediakan. Ini bukan sekadar amalan sunat, tetapi wajib bagi kita sebagai pejuang Islam untuk melatih diri agar terus istiqamah dengan ibadah walaupun selepas Ramadan!
Untuk pemantauan & pengukuhan amalan sepanjang Ramadan, pihak AKTAR DPPM dengan usahasama Jabatan IT DPPN Selangor menyediakan Aplikasi Mutabaah Ibadah Ramadan khas untuk Pemuda PAS Malaysia.
✅ Tindakan segera:
Semua Exco DPPM, Exco DPPN/W & seluruh Exco DPPK diminta klik link dan daftar akaun (bagi pengguna kali pertama)
🔗 Link Aplikasi Mutabaah: (Save Link ini untuk key in Mutabaah Ibadah)
https://mutabaah-ramadhan-dppns.web.app/
🧾 Cara Daftar (pengguna kali pertama):
- Klik link dan sila isi maklumat dengan lengkap seperti yang diminta dalam sistem.
❗Peringatan
- Ruangan Dewan Pemuda (pilih mengikut peringkat jawatan yang tertinggi)
- Jika Exco DPPM - Tidak perlu pilih Negeri/Kawasan
- Jika Exco DPPN - Tidak perlu pilih Kawasan
- Isi maklumat dengan betul dan lengkap
🗓️ Mula isi Mutabaah Ibadah Ramadan:
18 Feb 2026, Rabu (Malam 1 Ramadan) bermula Solat Maghrib.
✅ Mohon semua Exco DPPM/DPPN/DPPK mendaftar apps lebih awal untuk elakkan kesesakan saat akhir.
✅ Selepas siap daftar, anda boleh Log Masuk dan pastikan akaun anda boleh digunakan.
Terima kasih atas kerjasama.
— Arahan oleh: Akademi Tarbiyah (AKTAR) Dewan Pemuda PAS Malaysia