Daei Belantara SeMalaysia

  • Home
  • Daei Belantara SeMalaysia

Daei Belantara SeMalaysia Medium untuk Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) Jakim berkongsi aktiviti dalam menyantuni masyarakat orang asli seluruh Malaysia

MAJLIS IBADAH KORBAN DI POS KUALA LAH GUA MUSANG KELANTAN 28/05/2026 KHAMISMajlis ini dimulai dengan sarapan pagi pada j...
29/05/2026

MAJLIS IBADAH KORBAN DI POS KUALA LAH GUA MUSANG KELANTAN

28/05/2026
KHAMIS

Majlis ini dimulai dengan sarapan pagi pada jam 8pg dan seterusnya proses penyembelihan, melapah, mencincang tulang, memotong daging, membungkus dan mengagihkan bungkusan daging kepada wakil setiap Pos yang hadir.

Sebanyak 345 KIR telah diagihkan dan menerima dari wakil mereka.
1. Pos Kuala Lah 98 KIR
2. Pos Pulat 90 KIR
3. Pos Pasik 118 KIR
4. KOA Kuala Wok 40 KIR

Majlis ini dibantu oleh team Alumni CLUB JASA IIUM GOMBAK seramai 25 orang, Masyarakat Melayu Berjiran Kg Kuala Lah 10 orang, Masyarakat Melayu Berjiran Kg Meranto 10 orang dan Masyarakat Orang Asli Pos Pulat 20 Orang dan Kuala Lah 28 Orang, turut membantu PMOA JAKIM Kuala Lah 2 Orang, GAOA Pos Pasik 2 Orang, dan GAOA Kuala Lah 3 Orang.

Makan tengahari disediakan secara gotong royong oleh team Muslimah Mendriq Surau Perpaduan Nurul Ihsan Koa Kuala Lah.

Majlis berakhir pada jam 12.45 tengahari.

Alhamdulillah terima kasih MAIK diatas penyaluran sumbangan daging korban ini buat komuniti OA.

LAPORAN DISEDIAKAN OLEH:
PMOA AHMAD ZAINI DAHLAN BIN AB RAHAMAN
POS KUALA LAH GUA MUSANG.

29/5/2026Alhamdulillah,Selesai sudah Majlis Ibadah Qurban bersama asnaf mualaf masyarakat Orang Asli Pos Blau, Gua Musan...
29/05/2026

29/5/2026
Alhamdulillah,
Selesai sudah Majlis Ibadah Qurban bersama asnaf mualaf masyarakat Orang Asli Pos Blau, Gua Musang.

Majlis bermula seawal jam 8.30 pagi dengan pelbagai aktiviti yang berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah dan keberkatan:

• Kehadiran penduduk kampung
• Sarapan pagi bersama
• Proses penyembelihan, melapah, menimbang dan pengagihan daging qurban kepada 65 ketua keluarga asnaf Muslim di Pos Blau

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua peserta dan para penyumbang yang mengambil bahagian dalam ibadah qurban pada tahun ini.
Tidak lupa juga kepada Penyelaras , PMOA yang sudi hadir bantu hingga selesai.
Semoga segala amal ibadah, pengorbanan dan sumbangan yang diberikan diterima, diberkati serta dirahmati oleh Allah SWT.

12/05/2026

PROGRAM GERAK BAKTI MADANI:MAHASISWA MENYUMBANG, MASYARAKAT BERKEMBANG

10 Mei 2026

Kampung Orang Asli Hulu Tamu, Batang Kali, Selangor

Anjuran: Program Dakwah dan Pengurusan Islam, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan

Address

Kompleks Islam

62300

Telephone

+60193051541

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Daei Belantara SeMalaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Daei Belantara SeMalaysia:

  • Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization?

Share