Persatuan Seni Silat Sendeng Haji Hamid

  • Home
  • Persatuan Seni Silat Sendeng Haji Hamid

Persatuan Seni Silat Sendeng Haji Hamid Sebuah badan berdaftar yang bernaung di bawah Persatuan Perguruan Seni Silat Sendeng Malaysia.

Sanad Perguruan
23/10/2025

Sanad Perguruan

23/10/2025
Gambar gambar Arwah Aki ketika DSSM Titiwangsa dahulu. Diambil dari lensa adinda Mohd Badlishah.
16/09/2025

Gambar gambar Arwah Aki ketika DSSM Titiwangsa dahulu. Diambil dari lensa adinda Mohd Badlishah.

Mengimbau kenangan lama Majlis Khatam Sendeng Haji Hamid Pahang.Ramai guru guru lama dalam gambar gambar ni sudah pergi ...
10/09/2025

Mengimbau kenangan lama Majlis Khatam Sendeng Haji Hamid Pahang.

Ramai guru guru lama dalam gambar gambar ni sudah pergi meninggalkan kita buat selama lamanya. Yang masih bersama kita tinggal beberapa kerat sahaja kita. Bagi guru yg pergi, yang tinggal hanya kenangan beserta gambar nasihat dan amanat. Itu pun belum tentu dapat ikut.

09/09/2025

Persembahan Pertama gelanggang depan rumah dengan bantuan tenaga dari Gelanggang SMK Kg Sertik. Terimakasih kepada jalur jalur waris Khatib Ismail Karak kerana menjemput kami.

23/08/2025

Hebat dan Rosaknya silat

Hebat silat kerana gurunya,
Hebat gurunya kerana muridnya
Rosak silat kerana gurunya,
Rosak gurunya kerana muridnya.

Semua silat itu hebat, tapi yg merosakkan silat adalah sikap dan perangai sebilangan pengamalnya.
Kita memilih untuk belajar sebarang bentuk jenis silat kerana kita yakin silat itu adalah terbaik untuk kita dan serasi dengan jiwa kita.

Sekian,

Saya akan kembali menulis.

Kembalinya seorang lagi guru lama dalam persilatan ini,,,
22/08/2025

Kembalinya seorang lagi guru lama dalam persilatan ini,,,

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Dengan penuh dukacita, kami memaklumkan bahawa Cikgu Hj. Mohd Esa, Guru Tua Seni Silat Sendeng Segamat dan Ahli Majlis Guru PSSSM, telah kembali ke rahmatullah pagi ini.

Sesungguhnya pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat keluarga, sahabat, dan seluruh warga Seni Silat Sendeng. Beliau dikenang sebagai seorang guru yang tegas, berprinsip, dan sangat menjaga keaslian serta adab perguruan sebagaimana diamanahkan oleh Allahyarham Mahaguru Pengasas.

Semoga segala jasa, ilmu, dan pengorbanan beliau dalam perjuangan mempertahankan warisan seni pusaka ini menjadi amal jariah yang berpanjangan.

Marilah kita sama-sama menghadiahkan Al-Fatihah buat arwah dan mendoakan agar rohnya ditempatkan bersama para solihin.

Solat jenazah akan dilakukan di Masjid Lubok Batu dan dikebumikan selepas solat Jumaat.

Salam takziah, dan semoga Allah permudah segala urusan keluarga Allahyarham.

Al-Fatihah.

Alhamdulillah terjadi juga nak beriftar dgn Keluarga Sendeng Bentong. Meriah tak sangka ramai yg dapat hadir. Sendat rum...
25/03/2025

Alhamdulillah terjadi juga nak beriftar dgn Keluarga Sendeng Bentong. Meriah tak sangka ramai yg dapat hadir. Sendat rumah dibuatnya. Masing masing beramah tamah membawa juadah samada masak sendiri atau beli. Tapi penyudahnya terlajak lebih, tak larat nak makan. Terimakasih kepada yg sudi hadir. Insyaallah lepas ni kita buat lagi ye. Kemesraan berkenalan tetap dirasai. Selamat mengamalkan ibadah puasa dari kami keluarga sendeng Bentong.

Tahniah kepada Pesilat pesilat SMK Kg Sertik yg tamat khatam asas. Biar sikit tapi berbisa.
09/02/2025

Tahniah kepada Pesilat pesilat SMK Kg Sertik yg tamat khatam asas. Biar sikit tapi berbisa.

B I S M I L L A H

Alhamdulillah syukur. Syabas dan tahniah kepada jurulatih-jurulatih dan pesilat-pesilat dari Gelanggang Bukit Kangkar, Gelanggang Telok Rimba dan Gelanggang Bentong yang telah pun diijazahkan oleh Guru Utama YM Ahmad Nazari Bin Hj Abd Hamid dan disaksikan oleh Ahli Majlis Guru PSSSM yang hadir.

Majlis turut dimeriahkan bertambah seri dengan kehadiran persatuan/gelanggang bersekutu yang lain untuk sama-sama meraikan majlis. Tetamu-tetamu yang hadir turut disajikan dengan persembahan silat yang penuh dengan keaslian seni dan aksinya.

Majlis Khatam Persilatan kali ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Syed Ibrahim Bin Syed Noh, Ahli Parlimen Ledang, yang juga merupakan Ahli Kehormat Perguruan Seni Silat Sendeng Malaysia.

Semoga ukhwah dan silaturrahim yang dibina atas niat dan tujuan yang sama ini, melahirkan rasa kasih dan sayang sesama ahli, rasa taat dan hormat kepada Guru, dan menghindari kita dari sifat khianat dan perpecahan.

Misi diteruskan! SENDENG BANGKIT DAN BERSATU!

Setinggi-tinggi terima kasih kepada persatuan/gelanggang yang hadir :

Persatuan Seni Silat Sendeng Bukit Kangkar
Gelanggang PSSSM Telok Rimba
Gelanggang Padang Lalang, Tangkak
Persatuan Seni Silat Sendeng Segamat
Persatuan Seni Silat Sendeng Batu Pahat
Gelanggang PSSSM Bukit Kepong
Persatuan Seni Silat Sendeng Kg. Baru Bukit Katil
Gelanggang PSSSM Kolej Mara Seremban

Untuk latihan... Nanti kalau berhajat.. Boleh kontek sedara Arifin Raub  ya.. Alhamdulillah terima kasih ya Pin..
18/01/2025

Untuk latihan... Nanti kalau berhajat.. Boleh kontek sedara Arifin Raub ya.. Alhamdulillah terima kasih ya Pin..

Bila balik cuti semester meriah balik depan rumah. Bolehlah kali ni mengingat balik gelut tekpi yg dipelajari semasa ber...
04/01/2025

Bila balik cuti semester meriah balik depan rumah. Bolehlah kali ni mengingat balik gelut tekpi yg dipelajari semasa berbengkel diMuo dulu. Selain dari menghalusi permainan tembong dan kuntau 3 bulan. Tak lama lagi nak balik dah sambung belajar.

29/12/2024

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Seni Silat Sendeng Haji Hamid posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Seni Silat Sendeng Haji Hamid:

  • Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization?

Share