28/08/2026
🌿 SARINGAN KESIHATAN PERCUMA DI KAMPUNG TRIBOH SERIAN! 🌿
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
📢 Jangan lepaskan peluang untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara PERCUMA! Jom hadir beramai-ramai ke Program KOSPEN–NGO: Saringan Kesihatan Percuma yang dianjurkan oleh KOSPEN Kampung Triboh dengan kerjasama Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF).
🗓 Tarikh: 29 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.30 pagi – 12.30 tengah hari
📍 Tempat: Dewan Serbaguna Kampung Triboh, Serian
✨ Antara aktiviti yang disediakan:
* Ceramah Kesihatan
* Pemeriksaan BMI
* Ujian Air Kencing (Saringan Buah Pinggang)
* Ujian Gula
* Ujian Kolesterol
* Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
💚 Kesihatan adalah pelaburan terbaik untuk diri dan keluarga. Datang awal, bawa ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan bersama.
📌 Terbuka kepada semua penduduk.
Jom kita sama-sama menjaga kesihatan komuniti Kampung Triboh! ❤️