Silat & Solat

  • Home
  • Silat & Solat

Silat & Solat An official page by Ust Mohammad Bahrul-Ulum a.k.a Ustaz Silat. (IG)

A page that is created for more motivational and spiritual sharings and videos of his passions: Dakwah, Silat & Tabata workouts.

“Umur dah 30 lebih… masih sempat belajar silat?”Alhamdulillah… setelah sekian lama permintaan teman-teman, kelas silat u...
16/04/2026

“Umur dah 30 lebih… masih sempat belajar silat?”

Alhamdulillah… setelah sekian lama permintaan teman-teman, kelas silat untuk dewasa akhirnya dapat diadakan.

Saya bukanlah pendekar, jauh sekali hebat…
sekadar ingin mengajak diri sendiri dan sahabat-sahabat untuk sama-sama beriadah dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Insya-Allah, khas untuk mereka yang berumur 30 tahun ke atas.

Kuatkan jasmani, tenangkan minda dan mudah-mudahan mendekatkan diri kepada Allah.

Jom! Slow-slow belajar sama-sama…
yang penting kita mula dulu 👍

📍 Masjid Ahmad Ibrahim
📌 Detail ada kat poster
📲 Scan QR kalau nak join

Ikutlah resmi padi. 🌾
Si Rumpun Padi. 🌾

Silat & Solat.

Santai! 🙂

BismillahirrahmanirrahimPenyertaan Ibadah Korban & Akikah Aidiladha 2026 / 1447HAssalamu‘alaikum wrh wbt,Semoga kita sem...
31/03/2026

Bismillahirrahmanirrahim

Penyertaan Ibadah Korban & Akikah Aidiladha 2026 / 1447H

Assalamu‘alaikum wrh wbt,

Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan keberkatan Allah SWT.

Alhamdulillah, dengan limpah rahmat-Nya, tahun ini menandakan tahun ke-11 penganjuran program Korban & Akikah oleh Bahrul Ulum Services dengan kerjasama Perguruan Silat Si Rumpun Padi di bawah pimpinan Ustaz Mohammad Bahrul-Ulum bertempat di Surabaya, Indonesia.

Seperti tahun-tahun yang lalu, wakil kami di sana akan menguruskan keseluruhan proses:

✅ Penyembelihan
✅ Pengagihan kepada fakir miskin, pelajar pesantren & anak yatim
✅ Penyediaan masakan khas (untuk Akikah)

Setiap peserta akan menerima gambar pelaksanaan serta e-sijil penyertaan (semuanya secara digital) sebagai bukti ibadah telah dilaksanakan dengan amanah.

Untuk keterangan lanjut, sila lihat lampiran poster.

💳 Pembayaran:
PayNow ke: 9771 8284

Pertanyaan & Pendaftaran:
Ustazah A’ishah – 9771 8284
Ustaz Bahrul-Ulum – 9795 7121

Ayuh, mari kita hidupkan syiar Islam melalui ibadah ini – menyebarkan senyuman, meringankan beban dan menyemai kasih sayang sesama insan.

“Maka dirikanlah solat untuk Tuhanmu dan berkorbanlah.”
(Surah Al-Kawthar: 2)

Semoga Allah menerima amalan kita semua dan memberkati setiap langkah. Aamiin.

Yang menjalankan amanah,
Ustaz Mohammad Bahrul-Ulum

Assalamu‘alaikum wrh wbt.Dengan penuh rendah hati, saya ingin mengajak sahabat-sahabat semua untuk bersama menyokong pro...
08/01/2026

Assalamu‘alaikum wrh wbt.

Dengan penuh rendah hati, saya ingin mengajak sahabat-sahabat semua untuk bersama menyokong projek Infaq Sembako Ramadan 2026.

Insya-Allah, infaq ini bertujuan membantu 400 keluarga
di Teluk Dalam dan kampung-kampung sekitarnya di Pulau Bawean,
agar mereka juga dapat menikmati kemeriahan dan keberkatan Ramadan.

💰 Pilihan Sumbangan:
• $10 – 1 keluarga
• $50 – 5 keluarga
• $100 – 10 keluarga

🎯 Sasaran: $4,000 untuk 400 keluarga

📅 Tarikh tutup: 10 March 2026

📲 PayNow: 9795 7121
(Ustaz Bahrul-Ulum)

Ramadan adalah bulan memberi,
bulan untuk berkongsi rezeki.

Moga setiap infaq kita menjadi bekalan amal dan diberkati oleh Allah SWT. 🤲

Terima kasih atas sokongan dan doa semua.

Jazakumullahu khairan. 🙏

BismillahirrahmanirrahimPenyertaan Ibadah Korban & Akikah Aidiladha 2025 / 1446HAssalamu‘alaikum wrh wbt,Salam Jumaat ya...
18/04/2025

Bismillahirrahmanirrahim

Penyertaan Ibadah Korban & Akikah Aidiladha 2025 / 1446H

Assalamu‘alaikum wrh wbt,

Salam Jumaat yang mulia, semoga kita dipilih untuk meraih keberkatan hari ini.

Alhamdulillah, dengan limpah rahmat-Nya, tahun ini menandakan tahun ke-10 penganjuran program Korban & Akikah oleh Bahrul Ulum Services dengan kerjasama Perguruan Silat Si Rumpun Padi di bawah pimpinan Ustaz Mohammad Bahrul-Ulum bertempat di Surabaya, Indonesia.

Seperti tahun-tahun yang lalu, wakil kami di sana akan menguruskan keseluruhan proses:

✅ Penyembelihan
✅ Pengagihan kepada fakir miskin, pelajar pesantren & anak yatim
✅ Penyediaan masakan khas (untuk Akikah)

Setiap peserta akan menerima gambar pelaksanaan serta e-sijil penyertaan (semuanya secara digital) sebagai bukti ibadah telah dilaksanakan dengan amanah.

Kami menjemput anda menyertai program ini melalui dua pakej berikut:



🅰️ PAKEJ A – KAMBING 🐐

• Korban: $155 / ekor
• Akikah: $155 + $20 (upah masak)

🅱️ PAKEJ B – LEMBU 🐂

• Korban: $1200 / ekor
(boleh dikongsi 7 bahagian)



Pembayaran:
PayNow ke: 9771 8284

Pertanyaan & Pendaftaran:
Ustazah A’ishah – 9771 8284
Ustaz Bahrul-Ulum – 9795 7121

Tarikh Akhir Penyertaan:
1 Jun 2025

Ayuh, mari kita hidupkan syiar Islam melalui ibadah ini – menyebarkan senyuman, meringankan beban dan menyemai kasih sayang sesama insan.

“Maka dirikanlah solat untuk Tuhanmu dan berkorbanlah.”
(Surah Al-Kawthar: 2)

Semoga Allah menerima amalan kita semua dan memberkati setiap langkah. Aamiin.

Yang menjalankan amanah,
Ustaz Mohammad Bahrul-Ulum

Adakah anda masih kurang yakin membaca Al-Quran dengan lancar?Sertai kelas mengaji online kami. Terbuka khas untuk Musli...
08/03/2025

Adakah anda masih kurang yakin membaca Al-Quran dengan lancar?

Sertai kelas mengaji online kami.

Terbuka khas untuk Muslimah dan kanak-kanak sahaja.

Kami bimbing anda dari asas hingga mahir, tanpa rasa malu.

Daftar sekarang sebelum penuh!

Ramadan adalah masa terbaik untuk menghidupkan kembali hubungan kita dengan Al-Quran.

Hari Terakhir untuk Berinfaq!Alhamdulillah, ramai yang telah menyumbang untuk Infaq Sembako ini. Jika masih belum berpel...
27/02/2025

Hari Terakhir untuk Berinfaq!

Alhamdulillah, ramai yang telah menyumbang untuk Infaq Sembako ini.

Jika masih belum berpeluang, hari ini adalah hari terakhir untuk kita bersama berkongsi rezeki.

Sedikit dari kita, besar maknanya bagi mereka.

Jom rebut peluang ini!

Rasulullah SAW bersabda:

“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah.”
(HR Muslim, No. 2588)

Semoga Allah membalas dengan rezeki yang berlipat ganda.

Terima kasih atas sokongan anda.

Projek Amal Infaq Sembako 2025/1446HAssalamu'alaikum wrh wbt,Bulan Ramadan yang mulia semakin hampir. Mari bersama-sama ...
14/02/2025

Projek Amal Infaq Sembako 2025/1446H

Assalamu'alaikum wrh wbt,

Bulan Ramadan yang mulia semakin hampir.

Mari bersama-sama menambah saham akhirat dengan menyumbang kepada Projek Amal Infaq Sembako 2025/1446H, untuk membantu saudara muslim yang kurang berkemampuan di Teluk Dalam, Bawean.

Rasulullah SAW bersabda:

“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah.”
(HR Muslim, No. 2588)

Allah SWT juga berfirman:

“Apa sahaja yang kamu dermakan, Allah akan menggantikannya, dan Dialah sebaik-baik Pemberi rezeki.” (Surah Saba: 39)

Infaq anda, walaupun kecil, membawa kebahagiaan besar kepada mereka yang memerlukan.

Semoga Allah SWT menerima amal kita dan melimpahkan keberkatan.

Terima kasih atas sokongan anda.

Masya-Allah..Siapa sangka, perguruan kecil yang tidak dikenali, hanya berlatih seminggu sekali di bumbung masjid, kini m...
05/01/2025

Masya-Allah..

Siapa sangka, perguruan kecil yang tidak dikenali, hanya berlatih seminggu sekali di bumbung masjid, kini menyambut ulangtahun ke-10.

Sebagai mengenang perjalanan ini, kami kongsikan usaha kecil SRP ini.

Jika berminat, sila hubungi tenaga penggerak kami.

Ikutlah resmi padi. 🌾
Si Rumpun Padi. 🌾

Silat & Solat.

Address

Singapore

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Silat & Solat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Silat & Solat:

  • Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization?

Share