20/05/2026
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
ALHAMDULILLAH SYUKUR
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, Projek SejaTi MADANI ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) atas sokongan, kepercayaan serta bimbingan yang berterusan dalam menjayakan program ini. Penghargaan turut ditujukan kepada ICU JPM Negeri Kedah atas komitmen tinggi dalam aspek pemantauan, penyelarasan serta khidmat nasihat sepanjang tempoh pelaksanaan projek.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga dirakamkan kepada Ahli Jawatankuasa JPKKP Kampung Ruat yang telah memainkan peranan penting dalam merancang, mengurus serta melaksanakan projek ini dengan penuh dedikasi, komitmen dan semangat kerjasama yang tinggi.
Penghargaan khas turut diberikan kepada pihak Kolej Komuniti Jerai, khususnya para lecturer yang telah memberikan sokongan teknikal, khidmat nasihat serta penglibatan secara langsung dalam pelaksanaan projek, termasuk dalam menjayakan kerja-kerja berkaitan penggunaan jentera backhoe.
Selain itu, setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada UMNO Jerai atas sokongan padu, kerjasama serta penglibatan aktif dalam membantu melancarkan pelaksanaan projek ini demi manfaat komuniti setempat.
Tidak dilupakan, penghargaan ini turut ditujukan kepada semua pihak sama ada individu, agensi kerajaan, swasta mahupun komuniti setempat yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyumbangkan idea, tenaga, masa dan sokongan moral sepanjang menjayakan projek ini.
Sesungguhnya, segala kerjasama dan sokongan yang diberikan telah menjadi pemangkin kepada kejayaan JPKKP Kampung Ruat dalam memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan, seterusnya melayakkan menerima pengiktirafan di bawah Program SejaTi MADANI.
Semoga usaha murni ini dapat diteruskan demi kesejahteraan dan kemajuan komuniti serta menjadi inspirasi kepada pembangunan masyarakat yang lebih mampan, bersatu padu dan sejahtera selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Sekian, terima kasih.