Walther Philip Michael

Walther Philip Michael Chief of STAR Sabah Labuan Division
Committed to unity, progress, and people-centered leadership.

Selamat Ulang Tahun ke-10, Parti STAR Sabah.Semoga perjuangan yang telah dibina sejak sedekad lalu terus diperkasakan de...
01/07/2026

Selamat Ulang Tahun ke-10, Parti STAR Sabah.

Semoga perjuangan yang telah dibina sejak sedekad lalu terus diperkasakan demi masa depan Tanah Air yang lebih gemilang.

Ikhlas daripada,
Walther Philip Michael
bersama seluruh Ahli Jawatankuasa STAR Bahagian Labuan.

01/07/2026

Mimpi 40%

Malam berganti malam,
janji terus diulang.
Angin membawa harapan,
namun fajar masih belum membawa jawapan.

Empat puluh peratus,
bukan sekadar angka.
Ia lambang sebuah hak,
yang menunggu untuk ditegakkan.

Generasi datang dan pergi,
anak-anak membesar dengan cerita yang sama.
Mereka bertanya,
"Bilakah mimpi menjadi nyata?"

Semoga suatu hari nanti,
yang tinggal bukan lagi janji,
bukan lagi mimpi,
tetapi keadilan yang benar-benar dirasai.

31/05/2026
30/05/2026

Kotobian Tadau Tagayo do Kaamatan!

Semoga sambutan Kaamatan tahun ini membawa kegembiraan, keberkatan dan mengeratkan lagi perpaduan dalam kalangan masyarakat kita. Mari kita terus memelihara budaya, menghargai warisan nenek moyang dan meraikan keharmonian bersama.

Ikhlas daripada
Walther Philip Michael
dan seluruh Ahli Jawatankuasa
STAR Bahagian Labuan

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua yang merayakan. Semoga Aidiladha ini membawa kedamaian, keberkatan dan kebahagi...
27/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua yang merayakan. Semoga Aidiladha ini membawa kedamaian, keberkatan dan kebahagiaan bersama keluarga tersayang.

Ikhlas daripada Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Cawangan Labuan.

Selamat Hari GuruSetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas segala jasa, pengorbana...
16/05/2026

Selamat Hari Guru

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi dalam mendidik anak bangsa.
Guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, malah menjadi pembimbing yang membentuk masa depan generasi negara.

Ikhlas daripada
STAR Bahagian Labuan đź’™

Selamat Hari Pekerja 2026! Menghargai setiap usaha, membina masa depan bersama.Terima kasih kepada semua pekerja atas de...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja 2026!
Menghargai setiap usaha, membina masa depan bersama.
Terima kasih kepada semua pekerja atas dedikasi dan pengorbanan anda.

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH! Parti STAR Bahagian Labuan merakamkan ucapan tahniah kepada Tuan Muda Prem Beachile J. Kitingan...
27/04/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH!

Parti STAR Bahagian Labuan merakamkan ucapan tahniah kepada Tuan Muda Prem Beachile J. Kitingan atas pelantikan sebagai Pegawai Pembangunan Daerah (DDO), Pejabat Daerah Tambunan.

Selamat maju jaya dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang baru.

KENYATAAN AKHBARMESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI USAHAWAN MONSOI LABUAN BERHADTarikh: 18 April 2026Lokasi: Lazenda Hotel...
18/04/2026

KENYATAAN AKHBAR
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI USAHAWAN MONSOI LABUAN BERHAD

Tarikh: 18 April 2026
Lokasi: Lazenda Hotel, Labuan

Labuan – Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Usahawan Monsoi Labuan Berhad telah berlangsung dengan jayanya pada 18 April 2026 bertempat di Lazenda Hotel, Labuan, dan dipengerusikan oleh Gund. Paul Ipoh Leokin.

Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan memperkukuhkan tadbir urus koperasi serta meningkatkan penglibatan anggota dalam aktiviti ekonomi yang mampan dan berdaya saing. Sebagai Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustrian KadazanDusun Labuan, beliau turut menyeru agar koperasi terus memainkan peranan strategik dalam memperkasa komuniti usahawan tempatan.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah En. Azmanianshah bin Bachok, Pegawai Pembangunan Koperasi Cawangan Labuan, yang memberikan pandangan serta nasihat berkaitan pembangunan dan hala tuju koperasi selaras dengan dasar dan garis panduan semasa.

Sejak penubuhannya pada tahun 2024, koperasi ini terus diperkukuhkan oleh barisan Ahli Lembaga Koperasi yang kekal menerajui organisasi, iaitu Timbalan Pengerusi En. Mait Majih, Setiausaha En. Walther Philip Michael, Bendahari En. Laurin Julai, serta Ahli Lembaga Koperasi Datin Herin Lumpisau dan Pn. Edith Joinin.

Koperasi ini dianggotai seramai 19 anggota, dan Mesyuarat Agung Tahunan kali ini telah mencapai korum seramai 16 anggota, membolehkan mesyuarat dijalankan dengan sah dan teratur.

Dalam perkembangan berkaitan, Gund. Paul Ipoh Leokin turut memaklumkan bahawa koperasi telah bersetuju untuk membuka semula keahlian kepada umum selama tempoh tiga (3) bulan atau 90 hari, bermula daripada tarikh notis rasmi yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Sehubungan itu, beliau menjemput khususnya ahli-ahli perniagaan KadazanDusun di Labuan untuk mengambil peluang ini bagi menyertai koperasi dan bersama-sama memperkukuhkan jaringan ekonomi komuniti.

Mesyuarat ini turut membincangkan pelbagai perkara penting termasuk laporan prestasi koperasi, perancangan aktiviti masa hadapan, serta usaha memperkukuhkan kedudukan kewangan dan operasi koperasi.

Koperasi Usahawan Monsoi Labuan Berhad komited untuk terus berkembang sebagai sebuah entiti yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi anggota dan masyarakat setempat.

Warmest Easter greetings to all celebrating. May this meaningful occasion fill your hearts with joy and gratitude.From W...
05/04/2026

Warmest Easter greetings to all celebrating. May this meaningful occasion fill your hearts with joy and gratitude.

From
Walther Philip Michael
& All Star Sabah Members (P.166 Labuan)

Address

Victoria
87###

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Walther Philip Michael posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share